Saturday, May 5, 2012

Kahwin Awal - Nikmatnya

Assalammualaikum

    Datang pulak mood aku nak update banyak2 ni. Ok aku asek nak cite pasal kawen je kan. Oh ya someone was asking me " are u married? coz i saw a ring on ur finger". Oh!! That was my mom's gift. Muke aku nampak macam dah kawen ye haha. Bini brutal lah kot. Ok banyak dah mengarut.
 
     Perasan tak korang2 semenjak 2 menjak ni ramai sangat orang yang kawen awal kan. Ok yang latest ni Dena Bahrin yang bagi aku die buat keputusan yang sangat2 besar dalam hidup die. Kawin di usia 20 tahun. Wah. Sangat bagus die. Korang boleh bace latest entry die kat sini. How obedient she is kan. Btw nenek die datuk Sarimah ye?



     To be honest, aku nak sangat2 kawin awal ni atas sebab2 tertentu. Ok bukan kate aku sebok nak tiru orang yang nak kawen awal ni kan. Siyesly. Sebab ape eh?

  • sebab aku tau aku ni jenis yang tak sure dengan sesuatu hubungan nak2 jarak jauh
  •  halalkan yang haram. Baru terasa nikmat sebenar bercinta
  • elakkan zina & maksiat 
     Kalau lah dah boleh aku kawin dah lama aku kawen tapi calon tarak duit tarak camne. Dan perkahwinan ni bukan bende yang senang & kecik. Perkahwinan perlukan pengorbanan. Ramai je member aku dah kawin skang ni. Wah. Sambil belaja. Bagi aku sangat2 besar tanggungjawab tu. tanggungjawab sebagai student, isteri nak urus rumah tangga. Oh bak kata uztaz mase kursus kawen "suami bertanggungjawab dalam menguruskan hal rumah tangga". 
  
     Kawin awal ni jangan semate2 nak ikut trend je. Orang kawen kau sebok2 nak kawen jugak. Entah sedia ke tak tu. Kene sedia fizikal & mental beb. Kalau tak macam mane lah nak handle rumah tangge kan. Kalau aku, bialah aku habiskan dulu degree aku ni then kumpul duti sendiri baru kawin. Oh mama siap bagi warning "ko dah dapat sijil jangan ngade2 nak mintak kawen pulak lepas ni". Hihi.Aku target 4 tahun dari sekarang. Waw!! And yes memang aku target 4 tahun dari sekarang insyaAllah dengan izin Allah. Kalau calon tak de mintak lah mama & akak aku carikan. Aww gitu sebok nak jugak haha

     Cuma bila dah banyak kali aku frust dalam bercinta ni memang aku dah give up nak bercinta. Sekarang ni aku cume pikri nak habiskan degree aku then cari keje. Memang jodoh tu kene cari tapi bagi aku bialah die datang sendiri. Kalau tak pun aku serahkan semuanya pade family aku. Aku memang dah give up sangat2 untuk bercinta. Tak tahu kenapa macam hati aku dah tertutup. Bahaya tu!Tak pe aku yakin Allah dah plan rezeki, jodoh & atur cara hidup aku dengan sebaik2 nya.
 

     Ape yang akan berlaku kelak kite tak tau. Dan perkara yang paling aku takut bila aku bercinta bagai nak rak dengan seseorang tapi tak kawen. Oh mak, sentap sesentapnya time tu. Jadinye baiklah aku biarkan je soal cinte2 ni ha. Lagipun buat semak kepala je. Ni yang duduk sorang pon sakit otak inikan nak ber2 dengan ehem2. Aiyo. 

   Buat korang yang dah merancang kearah perkahwinan tu 1 hari nanti,aku doakan korang bahagia & semoga tercapai hajat & hasrat itu ye. Percaya dengan qada' & qadar yang Allah takdirkan untuk kita. InsyaAllah apa yang kita rancangkan akan mendapatkan keredhaan Allah. Amin. Dan bagi aku bercinta selepas kawin itu lebih manis.

    Cuma bagi aku kan, kalau dah ready, kewangan ke 2 2 pihak  stabil, family kate ok go on jelah. Ape lagi nak tunggu kan. Kalau lah family aku dah bagi kawen sekarang aku nak aje haha. Rakus lagi. Sangat2 dituntut dalam islam untuk cepatkan perkahwinan untuk elakkan maksiat & zina kan. Subhanallah indahnya perkahwinan. Mase aku datang kursus kawen dulu aku berangan nak kawen cepat2 sebab sangat2 indah dalam ape yang dikhabarkan oleh ustaz hidup suami isteri ni. Yelah dah halal kan.Macam Ally & Farah, Dena, Ashraf Muslim. Hihi

berpada-padalah dalam berkasih & bercinta. Dikhuatiri akan hilang kemanisannya bila sudah diijab kabul
   
 
 p/s : eksited sesangat sebab minggu depan akak aku nikah!!

30 comments:

  1. amboii
    da byk kali bercinta ye kak
    hehee :D..someone right akan dtg pada akq jugak nnt.waktu tu,xder akq serik bercinta da..kadang2 orang yg kita kejar2 pon bkn milik kita jugak.kikiki :D

    p/s; saya pon nak kwin awal jugak.thn dpn.hahahaa.tbe2 je

    ReplyDelete
  2. kalau kawen awal masa study sebenarnya lebih bersemangat untuk beljar.. yg penting kawen bukan sebab nafsu..kawen utk sempurnakan iman :) minta ALLAH permudahkan urusan, insyaALLAH

    ReplyDelete
  3. setuju..sebenarnya yang paling penting ialah menghalalkan yang haram.. kita ni hanyalah manusia biasa yang sering tertewas dengan nafsu.. nafsu adalah kelemahan kita walau sejauh mana kita mengelak, tak mungkin kita dapat mengelak dalam masa yang lama.. kerana syaitan sentiasa hadir utk menghasut.. jadi, lebih baik kahwin awal ataupun terus kahwin jika da jumpa seseorang,. bercinta lepas kahwin lebih banyak nikmatnya

    ReplyDelete
  4. SERIOUSLY , saya suka ini entriiiiii .. yes2 .. cinta selepas kahwin adalah sebaik2 cintaaaaa .. now , no love for me until akad :)

    ReplyDelete
  5. jgn lah trtutup pintu hati utk berkahwin dah la ye? heheh.

    *Insyaallah nak berkahwin pada usia yg muda gak laa 22 hehe. muda x? haha

    ReplyDelete
  6. Singgah pagi di sini^^Jemput singgah kak?
    Ye,saya suka tengok org khwin awal ni,bukan ape,perkara yag baik bukankh elok dipercepatkan;)

    ReplyDelete
  7. Shiema pun nak kahwin awal. Best! Bukan gatal tapi Ibadat kan ? (:

    ReplyDelete
  8. nk kawen jugakkkkk...tp xde calon.. sob..sob..

    ReplyDelete
  9. sekali bcinta,malas da.
    tunggu tiba masa,mak ayah cr,kawen jek.haha

    ReplyDelete
  10. sy setuju sgt kalau kawin cpt2...sy yg kawin umr 25 pun terasa rugi tak kawin awal =)

    ReplyDelete
  11. ok, pasal kewangan ye? mas rasa tak mmbebankan.. sbb start masuk u, dah dapat loan ptptn kan.. so start simpan dari situ.. mcm mas, dua2 study lagi.. so dari duit ptptn, duit yg parent kirim, kitaorg simpan until now.. insyaAllah bulan disember ni akad nikah ;)

    tak apa, pendapat individu lain2 kan.. ada cara masing2.. but bg mas, kahwin muda dan masa belajar, satu yg indah sgt ;)

    btw lagu dalam blog tu, "maharku untukmu" by alief :)

    ReplyDelete
  12. kalau kite kewangan dah cukup, calon pon dah ada, memang terus nikah lah. hehehe ;)

    ReplyDelete
  13. make sure dah ready betul betul nak kahwin awal ni..besar tanggungjawab kalau dah berkahwin ni.

    ReplyDelete
  14. @farah hanim

    remaje dik..hahaha
    zaman x tau ape2 lagi time tu..amboi awalnye die..lebih dr akka haha

    ReplyDelete
  15. @Boni JLL3
    yup sebab dah ada ikatan yg halal & sah kan..

    ReplyDelete
  16. @siti kektus

    tau x pe..nk tunggu ape lagi kan..kawen terus haha

    ReplyDelete
  17. saya nak kahwin awaltp dah tak awal sbb usia dah lanjut pun. hehe . banyak kebaikan kahwin awal ni. elak zina tu yg terbaek because itu adalah penalty death.

    ReplyDelete
  18. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    Nikmat perkahwinan

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi