Saturday, December 8, 2012

Tips : Elak Bateri Phone Daripada Kembung

Assalammualaikum..

    Hai semua. Sini aku nak share dengan korang cara nak jaga bateri henpon supaya tak jadi kembung & tahan lama. Batri phone pon kembung jugak tau.Jangan jadi macam aku hampir2 nak meletup dah phone kesayangan aku ni.

     Simptom bateri nazak/dah tak elok :

  • tengah2 syok main henfon tetiba teroff sendiri
  • bila restart balik bateri terus drain secara mendadak even baru lepas cas
  • susah nak tutup fon (casing)
  • terpaksa restart banyak kali ( kadang2 kena hold 5 minit baru boleh on)
  • bateri tak terletak betul kat tepat bateri fon kite
    Ni lah die semua simptom yang aku kena sebelum aku tau bateri aku dah kembung. Mula2 aku pelik jugak tetiba fon aku off sendiri pastu bila aku nak on balik die off lagi. Then bila dah on automatik bateri aku terus jadi 0% even baru je aku lepas cas. 

    Bertambah pelik bila kau bukak bateri, then tengok bateri tu apesal tak duduk betul2 kat tempat die. Bila aku nak tutup casing fon aku jadi susah & terpaksa tekan. Bila aku raba belakang fon aku terasa gelembung sikit. Bila aku nak tukar bateri tu si amoi tu geleg kepala terkejut tengok bateri aku gelembung sampai macam tu sekali.

lebih kurang macam ni lah bateri aku kembung

     So aku google lah. Google punye google dapatlah jawapannye. Sah! Memang bateri aku kembung sebab overcharged. Aku cuak sebab takut meletup. Sudahnya apa yang aku buat aku tukar bateri baru. Yang ori of koslah mahal. Nasib baik abah yang belanja haha. Ok sini aku kasi tips nak elakkan benda ni daripada terjadi kat korang :
  • jangan sekali-kali overcharged!
Bila cukup je 100% bateri fon kau terus unplugged. Macam samsung senang die berbunyi bila bateri full charged. Ingat tau jangan over cas! Dulu aku selalu cas waktu malam pastu cas fon melarat sampai ke pagi. Mane tak terlebih2 cas.
  • jangan text, call, dengar lagu ataupun buat apa2 bila fon tengah cas
Dulu aku selalu buat. Tengah cas tu aku main game lah, dengar lagu lah main mesej lah. Padan muka dah kene macam ni bari nak secure.
  • offkan fon 
Bila cas tu lebih baik off kan fon. Then bila dah full baru on balik.
  • cas bila bateri betul2 habis
Jangan cas selagi bateri cukup untuk kita pakai. Kalau kita cas bateri time fon ade lagi bateri boleh jadi terover cas jugak. SO make sure bateri dah nazak baru cas.
  • selalu cek bateri phone
Rajin2 lah tengok bateri phone tu kalau ade tanda2 pelik kat fon kau orang tu. Aku ni dah setahun lebih baru nak cek. Tengok2 dah kembung sangat dah bateri aku oi. Bila ada something wrong kat bateri korang tu cepat2 lah tukar.


  • tukar bateri baru yang original
Kalau rasa2 bateri dah tak ok nak pakai, takut meletup ke ape baiklah pegi tukar. Dan lebih baiklah beli yang original. Biar mahal janji tahan. Bateri fon aku almost RM 60, RM70 jugaklah yang ori die. 
  • kurangkan cas
Cara nak kurang kan cas of kos lah kene jimatkan penggunaan nya. Contoh aktifkan power saving mode, guna software bateri saver kat fon, deactivekan vibration, kurangkan brightness & macam2 lagilah.

     Ha tu lah sedikit sebanyak yang aku boleh share berdasarkan pengalaman aku sendiri. Sekarang ni aku terlebih secure dengan fon aku. Haha. Sayang fon lah katekan. Yelah nak beli bukan murah. So korang jagelah henpon tu elok2. Lainlah kalau anak orang kaya boleh beli henpon hari2. Over kau.

    Lagi 1 kalau ade ape2 masalah senang je. Korang pegi mintak tolong kat google. Sure akan dapat jalan penyelesaian. Betul! Ok bye!

11 comments:

  1. hai..lme xsinggah cnie...

    fon sye mcm ade je simpton2 tue..fuhh..risau plak..huhu

    ReplyDelete
  2. Yang handphone sekarang nie memang melebih la fie cas, dari malam bawak ke pagi. Aduiii dulu waktu pakai nokia memang cepat bateri nya kembung camnie lepas tu jadi kong.

    ReplyDelete
  3. henpon lame pon pernah kembung.

    ReplyDelete
  4. huwaaaaaa ! sama la kita. tengah kembung la ni. haha. adoi. memang overcas pun hp saya ni. sobss. no money nak tukar baru -.-

    ReplyDelete
  5. hahaa. kalo hana selalu je cas hp dr malam smpai pagi. haha..

    ReplyDelete
  6. hmm akk pon sejak pakai hp lain neh.selalu cas hp bila batery tol tol kong.pas tu cas penuh trus tutup.bahya.

    ReplyDelete
  7. akak cas fon tggu fon akak mati trus..hahaha

    ReplyDelete
  8. wah...bagus laaa entri ni ..hehe...like3

    ReplyDelete
  9. Datang follow sini, nice entry :D salam kenal ye :D

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi