Wednesday, December 26, 2012

Kebajikan Bersama Sumbangan Untuk Anak Yatim Rumah Amal Kasih Bestari

Assalammualaikum..

    Dah lama sangat aku tunggu event ni. At last ada jugak event sesama blogger. Kak Mila ada buat event untuk sumbangan rumah amal kasih bestari, Shah Alam.


Tempat : Seperti diatas
Tarikh : 24 Februari 2013

    Kat bawah ni beberapa gambar yang aku copy dari blog kak mila. 




    Tak payah tengok jauh, cukup aku tengok sepupu aku yang anak yatim kematian ibu. Yang paling bongsu baya adik aku umur 6 tahun. Mase arwah mak dia meninggal meraung2 dia menangis cari mak dia. Aku sedih sangat bila aku balik kampung tengok sepupu aku tu. Dorang ade 3 orang adik beradik. Pak cik aku yang kerja bermati-matian nak sara hidup mereka untuk sekolah lagi. Kadang2 rasa nak menitis air mata pun ada.

    Jadi, apa salahnya kita bantu mereka dengan hulurkan bantuan tak kira dari segi apa pun. Kalau korang nak tahu degan lebih lanjut tentang ni korang boleh directly emel kak mila ni ataupun terus tanya kat fb ataupun blog dia.

Blog : Mila Ahmad


    Aku nak pegi. Nak sangat tapi takut tak de transport. Insha Allah panjang umur tak de halangan aku datang kat sana. Sape2 nak join jomlah sekali. Semoga dengan bantuan kita yang tak seberapa akan mendapat rahmat dari Allah swt & membantu serba sedikit mereka yang memerlukan. Amin.

4 comments:

  1. masa kat uni dulu pernah satu kelas pegi rumah anak yatim.
    bawak baju2 terpakai,buku2 dan tilam untuk diorang.
    nak bantu dari segi kewangan x mampu lagi.
    sedih jugak kita tengok ni.

    ReplyDelete
  2. teringin nak pergi tempat macam nie...leh kew nak join :)

    ReplyDelete
  3. adik terima kasih buat entry ya. tetiba akak terharu :'(

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi