Wednesday, October 31, 2012

Isu : Gatal Nak Kahwin

Assalammualaikum..

    Sementara aku ada masa nak enaip ni baik aku update blog. Huwa. Bz sangat2. Oklah aku malas nak bebel  panjang2. Siapa yang follow aku kat twitter, instagram, fb, blog mesti korang tau aku tengah sangap bercinta. Aww. Ok aku rasa ada yang agak annoying dengan post aku kan. Sebelum tu, tak suka tak apa, sila kan baca blog lain. Terima kasih singgah.

     To be honest, ada je yang cakap kat aku "ko ni nak sangat kawen, belajar pun x habis lagi", "fara, tak sayang masa muda remaja ke nak kawin awal?" & so on. Kalau aku kumpul2 kan soklan boleh buat untuk survey questionnaire bi aku ni. Haha. Ok then, kenapa orang tanya macam tu kat aku?

  1. dengkikan aku
  2. meluat dengan aku yang bercinta
  3. risaukan aku (bajet)
    To be honest too, i dont even care what will peoples said about it. Its not a big deal. My life, my decision, my own pathway. Simple je. Dalam hidup ni aku pernah cakap "kadang2 hipokrit & selfish itu penting untuk buat keputusan untuk diri kita". Dan kita sebagai manusia yang dikurniakan Allah akal fikiran pun kene bijak. Tak payah pikir banyak, just kau renung sampai tembus quote ni "put yourself in other's shoe". Thats is!

    Bila orang tanya "fara, ko nak kawen lepas habis belajar? awalnya". Aku akan cakap yes. Sebab apa?
  • paling penting mak ayah kami dah restu & bagi greenlight janji kene habis belajar dulu
  • ada sumber pendapatan (cukup duit)
  • waktu yang sesuai
  • tak nak hold lama2 

     Even ada jugak suara2 halus yang kata aku ni gatal sangat nak kawen ke ape, lantak lah nak kata ape. Bagi aku itu semua hak masing2, hidup masing. Lagipun dalam Islam sendiri menyatakan "benda baik tak elok dilewat2 kan jika sudah tiba masanya. salah satunya jodoh". Malah lebih digalakkan dipercepatkan sekiranya sudah mampu, cukup syarat semua. 1 je aku pikir, semakin lama aku berhubungan semakin besar potensi maksiat untuk berlaku. Kita tak tahu apa yang akan jadi akan datang.Maksiat boleh berlaku dalam apa jua cara & keadaan sekalipun. Dari mata, hati, perbuatan & lisan. Jadi dengan niat nak kawin salah 1 cara nak tegah kan.Betulkan aku jika aku silap.

     Being married at a very young age is too risky. Bagi pendapat aku, tak. Sekarang ni dah ramai sangat dah mereka2 yang kawin awal ni. Bukan sebab trend, bukan sebab suka2, tapi sebab mereka sudah mampu & betul2 bersedia nak pikul tanggung jawab tu. Semuanya terpulang pada kita. Kalau kita rasa kita still tak mampu nak ada komitment sebegitu besar bila berkahwin, hold lah dulu weh. Tak payah la nak rakus gelabah sangat nak kawen kan.

     Untuk adik2 sekolah yang sibuk sangat bercakap pasal kawen nikah ni, rasanya kalau nampak bf/gf awak tu memang tak de potensi langsung nak jadi wife/husband yang baik, better tak payah ngade2 dik. Kau pegi belajar sampai habis dulu baru sibuk2 pikir pasal ni. Aku admit, dulu aku kapel hanye nak suka2 nak buat stok geli2 sebab tak nak sunyi kan. But then sekarang bila aku dah besar ni (wuu) aku rasa dah sampai masa aku serius dengan ijam (kesayangan). Dah start plan masa depan. Ye, memang berbeza sangat kapel dulu dengan sekarang. Kehendak tu.

     Aku memang tak nak bercinta lama2 sebab takut jadi macam akak aku. Bercinta bagai nak rak sekali kawen dengan orang lain. Apa2 pun jodoh semua Allah yang tentukan. Kita hamba Dia kena sentiasa berdoa semoga dikekalkan jodoh dengan pasangan kita masing2. 


     So, for those who keep talking about this that to me, keep arguing me on why i really2 want to get married sory to say, i have to say that u're talking rubbish. And, thank u for always remind me. Kita ada pilihan masing2, kita ada keputusan masing2. Tak tahu nak buat pilihan, Allah ada untuk bantu.

     Last but not least, petua untuk kekalkan jodoh kita adalah dengan jaga perhubungan, jaga batas pergaulan, jaga adab & insha Allah Allah akan permudahkan urusan kita untuk disatukan dengan pasangan kita kelak. Amin. Jika ada jodoh takkan kemana.

lebih baik aku menggatal untuk berkahwin & menggatal berniat untuk punya ikatan yang sah iaitu perkahwinan daripada aku menggatal tak tentu hala hanya untuk suka2. Fikirkan. 

p/s : insha Allah 3 years more to have 'halal' license =p 

Sunday, October 28, 2012

RESEPI : KEK PELANGI MARBLE

Assalammualaikum..

    Hai! Setelah sekian lama tak update aku nak share resepi kek yang aku & mak aku pakai untuk buat kek pelangi marble ni. Sangat2 senang. Tak payah nak complicated sangat nak buat. Jom proceed

simpan sikit nak bagi kesayangan. Haha


BAHAN-BAHAN :

  • 250g butter (aku pakai buttercup)
  • 1 cawan kopi tepung Bluekey (ayak)
  • 1 cawan kopi gula castor
  • 1 senduk besar susu pekat
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • esen vanila (agak2)
  • 5 biji telur
  • serbuk koko @ pewarna lain
  • coklat urai (optional)
CARA-CARA :
  1. pukul butter & gula sampai kembang. Pakai slow speed dulu then baru high speed
  2. masukkan esen vanila, baking powder & susu pekat. 
  3. masukkan telur 1 per 1 then pukul sampai sebati. Jangan terlalu kembang ye
  4. masukkan tepung & fold ikut arah pukul tadi. Nak pukul balik pun tak pe. Tapi aku fold je pakai wooden spoon, senang.
  5. Asingkan adunan kepada 2 @ lebih. Ikut pada selera masing2. Kalau nak banyak kaler asinglah dalam 3 bekas. 
  6. letak pewarna @ serbuk koko & sebatikan
  7. tuang dalam loyang 1 per 1. Buat macam yang bulatan tu. Selang selikan dengan warna yang lain. 
  8. Bakar pada suhu 180, selama 45 minit. 

Tu je. Senang kan. Aku suka buat sebab mudah & sedap hehe. Raya ni je aku dah buat 4 biji kek ni. Aww. Selamat mencuba!

p/s : selamat hari raya aidiladha semua! Maaf lambat

Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Campus Life

Assalammualaikum..

    Rindunya nak update blog! Hai korang. Apa khabar? Aku yakin mostly readers aku ramai yang masih lagi belajar kan. Tak kira lah diploma ke, sijil ke, master ke phd ke kan. Hari ni aku terasa nak share dengan korang kehidupan aku di campus & kolej sepanjang 3 tahun jadi degree student ni. Nanti korang compare dengan kehidupan korang eh.

    Aku admit bila aku kat rumah time cuti sem aku rindu sangat2 kehidupan kat kampus. Aku rindu nak lepak dengan kawan2 aku, pakwe, datang kelas. Hihi. Bajet kan. Ape2 pun aku rasa campus life adalah life yang sangat2 bermakna & best bagi aku sebab kat sini lah kita banyak habiskan masa dengan kawan2 & belajar macam2 benda kan. Time keje belum tentu dapat rasa benda ni semua.

     Aku rindu sangat time aku jadi freshie dulu. Macam2 event aku join. Macam2 kelab aku join. Best wok. Antara yang aku join masa tahun 1 & 2 dulu :

  • Camping REX Kolej 16 UPM, Puchong

time pegi camping kat Puchong



  • festival koir Intercollege
time koir. geli2 kan



  • Kem Kelab Mendaki UPM, Teluk Segadas Pangkor Perak
1st time aku snorkelling. Habuk pun tarak





batu2 karang. Cantik sangat


  • PEPSI Kolej 16 UPM


zaman muka aku terlalu kebudakan dulu
  • Volley ball InterKolej 


  • Touch Rugby Interkolej (juara)





   Tulah sebahagian aktiviti yang aku join time aku tahun 2 & tahun 1 dulu. Aktif kan. Aah sebab time tu tak bz lagi boleh lah pegi sana sini. Rutin harian aku tiap2 hari :

pegi kelas > stay fakulti > balik petang > malam buat asignment/keje > tido

     See bila masa aku nak lepak santai2 join2 semua aktiviti bagai kalau dah jadual mengalahkan budak final year. Haha. Tahun 3 aku rasakan tersangat2 penat, tersangat2 bz & tersangat2 messy. Lumrah student kan. Ngadap jelah.

     Paling2 best time weekend aku dapat keluar lepak same2 dengan kawan2 aku, pakwe, sedare aku tak pun balik rumah. Kalau sempat lah. Weekday memang sebok dengan meeting itu discussion macam2. Test belambak semualah. Krem otak. 
Raya Baksis Sem 1

Raya sem 1

person that i loved most

   Semua ni kenangan beb. Tinggal lagi setahun lebih untuk aku habiskan degree. Kompem aku nangis bila nak tinggalkan masa study ni. Haha. Sekarang aku memang betul2 tak de masa nak rehatkan badan buat benda2 yang enjoy macam outdoor activity bagai. Penat otak. Yang aku tau weekend tido sepuasnya. Letih weh.

    Korang adik2 yang baru masuk U tu bawak2 lah enjoy sekarang. Nanti menyesal sebab tak puas gunakan masa freshie yang ada. Gune masa tu sebaiknya. Pegi join mana2 aktivity. Best, dapat sijil, dapat pengalaman, dapat kenal orang baru. Sape2 nak usha bf/gf tu bolelah buat sekali. Hihi

    Dan akhir sekali kenangan yang paling2 manis aku kat upm ni bila aku bertemu dengan kesayangan aku. Cewah. Memang betul2 secara tak sengaja, tak disangka & kebetulan. Terim kasih aiza, wan & special thank u Allah for giving me him. Alhamdulillah. So korang, enjoy your campus life

p/s : rindu nya semua tu :( 


Saturday, October 20, 2012

Thursday, October 18, 2012

Girls, How To Get Away From Stress?

Assalammualaikum..

   Wah dah lama kot aku tak update belog since last week kan. Bz amat nyah. Aduhai. Ni pun penat tak hilang2. Kerja bertambah2. Tak kawin lagi ni haha. Ok lah. Sehubungan dengan diri aku yang tengah stress & tension amat sangat ni aku nak share korang cara aku hilangkan stress aku. Same tak dengan cara aku? Kalau sama memang geng lah haha. Jom cek :

  • shopping
Of kos lah kan! Hari ni je aku dah beli beg & baju. 2 minggu lepas aku tibai beli tudung & baju 4 helai. Sedap gila aku memborong. Kau tahu bila tengah stress ni kalau pegi shopping habis hilang semua problem. Yang tinggal cuma penat. Tapi memang syok.

Jadi, pakwe2 sekalian jangan hairanlah kalau makwe2 anda selalu sangat tukar2 baju ke beg ke kasut ke sebab tu memang nafsu kami. Hihi. Nak2 time ade sale lagilah mata ni blink2 je kan. Sape setuju dengan aku sila join kelab aku. Opss! But be careful! Control your money ok. Jangan seronok sangat sebat sane sini karang kering poket


  • tidur
Yang ni pun selalu aku buat. Bila badan dah letih sangat2 ape lagi aku terus tidur. Pesen aku kalau tension aku suka tidur then bila bangun terus kosong kepala. Nikmat2
  • makan
Ha yang ni aku tau ramai yang buat kan. Aku pon tapi badan still tak naik2. Aduhai. Rasa puas bila dapat makan banyak2 bila time tengah stress. Tak kisah ape dah janji perut kenyang. Yippi. 
  • menangis
Kadang2 je aku buat. Aku akan nangis kalau aku betul2 dah tak boleh nak stand dengan satu situation tu. Menangis kadang2 salah 1 cara yang best jugak nak hilangkan stress. Semua masalah turun sekali dengan air mata tu. 
  • tengok running man
Ha yang ni lah paling2 aku selalu buat. Automatik stress aku hilang bila layan running man. Siyesly. Sebab aku akan tergelak guling2 dengan kesengalan ahli2 RM yang sengal2 ayam tu. Trylah weh. Kompem berkesan


  • karoke
Kalau rasa nak melalak baru buat. Mungkin ada certain orang pikir bila aku cakap nak pegi karoke dorang akan cakap "ko pegi tempat2 macam tu?". Then aku senyum jelah sebab aku tau bukan aku pegi dengan lelaki ke nak berdua2 dalam bilik karoke tu. Aku pegi dengan kawan2 rapat aku. 

I dont even care what u guys wanna say about me but please be open minded & dont judge me as u like. Tu hak korang nak pikir apa. Terpulang yang penting aku terhibur & aku tak buat salah. 
  • pegi spa/facial
Ni kalau gaka2 banyak duit bolela kan. Relax kan diri hehe
  • jalan-jalan
Aku suka pegi pantai & atas bukit. Siyesly sangat2 tenang. Kalau korang rasa nak ketenangan sorang2, pegilah cari pantai & bukit yang terdekat. Bukir Ekspo UPM pon bole haha.
  • solat hajat & baca Al-Quran
Tapi apa2 pun aku lebih prefer buat yang ni. Sangat2 tenang hati. Semua masalah yang ada hilang bila kita buat semua ni. Tak rugi 1 saat pun kalau kita luangkan masa untuk buat semua ni. Lagi bertambah2 pahala. Sesukar & sebesar mana pun sesuatu masalah tu, pasti ada jalan penyelesaian & Allah sentiasa ada untuk tolong kita jika kita minta.Ingat tu.

   So ape cara korang? Meh share dengan aku ye. Ok got a lot of works to do. Bye!

Thursday, October 11, 2012

Homemade Brownies & Gift For Convocation! Promotion

Assalammualaikum..

    Hai! Sini aku nak promote. Aku & kosmate aku ade menawarkan perkhidmatan hadiah untuk sesiapa yang ingin hadiahkan kawan2 ke pakwe ke makwe ke sedara ke sape2 je yang nak convo. Kami sediakan homemade brownies & hadiah lain. Jom tengok sini

sila kelik bagi besar sikit
  •  Brownie pop - RM 2.80
  • Gift #2 Brownie bar in plastic packaging - RM 4.20, 2 packet for RM7.80
  • Gift #3 (brownie bar in colorful paper wrapping with ribbon) - RM 5.50
  • Brownie pop in bouquet (standard size) - RM 35.80
** We also provide a gift card for RM1 each. Hurry!! Earliest 10 person will get the discount!

Sebarang pertanyaan boleh tanya saye ye. Tak pun direct contact saya di 013-4291922.

Oh jangan lupa datang melawat ke booth kami di Bukit Ekspo UPM pada 13-14 OCT. Ada banyak lagi promosi makanan yang kami sediakan. Semuanya fresh dari Kompleks makanan UPM. See u there!!

WW 30 - Kucing Dalam Bakul Sampah

Assalammualaikum

comelnya!!
p/s : Test mandarin & food system hari ni. Bismillah

Wednesday, October 10, 2012

Kelebihan Surah At- Taubah Ayat 128-129

Assalammualaikum

    Semalam aku ade share entry 4 golongan lelaki yang ditarik mmasuk neraka oleh wanita. Hari ni aku nak share kelebihan surah At- Taubah ni. Ada 4 kelebihan surah ni. Jom kita kongsi sama2

Antara kelebihan yang diberikan oleh si pengamal ayat ini :

  • memanjangkan usia dengan izin Allah swt jika dibaca berulang kali
  • jika dibaca 7 kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia & akhirat
  • jika dibaca di pagi hari, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu & begitu juga jika dibaca pada waktu petang, dihindarkan ancaman di waktu malamnya
  • menambahkan keteguhan iman seseorang itu kepada Allah swt
Setiap patah perkataan & ayat dalam Al-Quran mengandungi lebih 1001 kelebihan kalau kita amalkan. 
Selamat beramal!

p/s : wish me luck for double test tomorrow. Phew

Monday, October 8, 2012

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Neraka Oleh Wanita

Assalammualaikum..

    Hari ni aku nak share dengan korang 1 article yang menarik bagi aku. Aku baca dari fon terus aku share sini. Tahu tak ada 4 golongan lelaki yang ditarik masuk neraka oleh wanita? Bagi yang dah tahu tak pelah, bagi yang tak tahu meh aku share


1. Ayahnya


  • Bila seorang ayah tak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. 
  • Dia tak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. 
  • Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.


2. Suaminya

  • Bila sang suami tak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebeas dipejabat, memperhiaskan dirinya bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
  • Bila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tak pernah bertangguh,saumnya tak pernah ditinggal, maka akan ditarik ke neraka oleh isterinya

3. Abang-abangnya
  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya & saudara lelakinya. 
  • Jika mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja & adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam

4. Anak-anak lelakinya
  • Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu tentang perihal kelakuan ibunya yang haram disisi Islam
  • Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal diakhirat kelak

Subhanallah. Kasihan kaum Adam. Tanggungjawab tersangat besar. 

" Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin & batu bata!!..." - Firman Allah s.w.t 

Saturday, October 6, 2012

Thank u Sayang!

Assalammualaikum..

    Hari ni aku nak buat entry jiwang ye. Maaf kalau berbulu. Bukan selalu aku buat entry jiwang2 bagai ni kan. Kalau tak selalu penuh dengan entry kontroversi. Oh!! Ok tak nak baca tak pe. Tak amik hati. Haha

To the special you,

     Thank u for giving me hope to be someone who being loved & loved by you.

     Thank u for making my life more & more gila-gila & enjoy.
     Thank u for asking my parents to be friend with me.
     Thank u for spending your time standing beside me while i was in trouble.
     Thank u for planning about our 'future' for the three years onward.
     Thank u for your concern to me.
     Thank u for lending me your ears to hear me nagged for every single things we did.
     Thank u for always remind me about my, you & our ibadah.
     And, thank u for being patience getting to hold my heart & love. 



Thank u Allah for giving me him to accompany me to face all these test given by You for now or sooner. Alhamdulillah

Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk kearah seterusnya ya sayang 

p/s : dear past time, please go away & never come back to me

Friday, October 5, 2012

Best Wedding Proposal + Flashmob

Assalammualaikum


     Aku share dari blog Ai Noraida. Cool gila dorang buat flashmob. Oh terharunya dipropose macam tu


Sekadar perkongsian. Bye

Thursday, October 4, 2012

Kawan Baik

Assalammualaikum..

    Even penat sangat2 dengan keserabutan kepala otak ni, aku gagahkan jugak untuk taip entry. Sebab aku kan sayang readers aku. Yey! Maaf menggedik buat seketika. Apa khabar korang semua? Sihat2 belaka lah kan.

    Act, entry hari ni lebih menuju kepada luahan hati aku sendiri. From what i feel & i did experienced it. Korang yang baca mungkin pernah mengalami situasi macam aku ataupun tak pernah. Just share what i feel. Tak kira lah dah keje ke belajar ke mana2 pun lah.

Situasi 1 :

   " aku pegi jalan2 pagi tadi"
" yeke? Tak ajak aku pun"
"err. Ingat ko tak nak"

Situasi 2 :

" weh,  balik dulu"
" tak nak makan sekali ke?"
" x pelah"

     Boleh korang notice ape cerita disebalik ape yang aku taip kat atas ni? Mesti ada beza kan. Cumanya tak berapa nak nampak. Maybe ada antara korang yang baca akan anggap aku ni terlalu childish & tak matured pasal ni. Your opinion will be respected. Thank u.

     Sepanjang 21 tahun aku teruskan perjalanan aku sebagai student dari tadika sampai universiti ni, dah berkali2 aku alami benda yang sama. Sakit hati,makan hati, terasa, tersinggung & semua bendalah aku dah rasa. Sampai kan aku pernah terpikir 1 ketika lebih baik bersendirian dari ada member. Sebab ape aku cakap macam tu? 

     Beriya kau jaga hati orang tapi hati kau tak de siapa nak jaga. Even aku sekarang pun dah malas nak jaga hati orang sedangkan hati aku sendiri tak terjaga & tak de siapa nak jaga. Yes, mesti akan timbul persoalan "kenapa mesti buat macam tu. Betul. Cuma kadang2 kita kene jugak selfish untuk pertahankan diri sendiri. Untuk jaga hati perasaan sendiri.



     Life rules. Semua tu normal. Even kawan baik ke tak rapat sangat ke sama je semua tu. Serapat mana pun kita dengan seseorang tu mustahil takkan tak de 1 pun rasa sakut hati & tersinggung tu. Ada tapi buat2 tak ada kan. Same goes to me. Aku selalu pendam apa yang aku rasa kalau aku terasa sangat2 dengan kawan2 aku. Aku jenis yang malas nak amik port sangat kalau aku terasa ke tersinggung ke dengan kawan2 aku. Cuma, kalau aku dah sampai tahap dah tak tahan sangat then aku akan luahkan. Macam apa aku buat sekarang ni.

     Sekeliling aku ramai yang memuji & mengkritik aku & kawan2 aku. Baguslah bagi yang memuji. Alhamdulillah. Dari aku sekolah rendah, menengah & matrik boleh aku kira berapa orang je yang still keep in touch dengan aku. Yang lain kene tunggu aku terhegeh2 cari dulu baru nak layan. Kalau dulu yes, aku boleh lah buat macam "eh, kau buat ape. Rindu lah kat ko weh". Tapi sekarang sory to say aku dah malas nak amik port. Kau nak contact silakan, tak nak sudah. Thats it

   Aku jenis yang susah sangat nak sentap dengan kawan2 aku. Kalau ada pun aku akan buat tak tahu je. Sampai aiza kawan baik aku sendiri pun tak tau nak describe aku ni macam mana. Ada yang cakap "fara, ko macam tak de perasaan kalau orang perli kau ke, buat ko terasa ke". Bagi aku senang, as long as benda tu tak mengganggu emosi & pelajaran aku, then aku biarkan je. Tapi kalau dah kesabaran dah sampai tahap maksima, kawan baik sendiri pun aku boleh maki & sound. Serious.

    To be honest aku rasa sangat2 sedih bila berlaku perkara macam ni. Aku sangat sayangkan kawan2 aku. 
Cuma bila diperlakukan sperti terasa macam kayu. Sedih weh. Sedih. Aduhai. Tapi apekan daya, biar jelah. And,for those yang terasa bila baca entry ni, aku mintak maaf banyak2. Aku memang tak de niat langsung nak bercerita ke apa tapi aku dah tak larat nak pendam. Mohon maaf banyak2.

    So, kita dalam berkawan ni kene sentiasa pegang prinsip "let you be in their shoe". Cube kau bayangkan apa yang kau rasa bila orang lain buat kat macam apa yang kau buat tu. Ingat quote ni "what u give u will get back. Either now or soon". Berharap semoga ikatan persahabatanku berkekalan hingga akhir hayat. Amin.Sekian.


p/s : serabai serabut & menyampah. MasyaAllah

Wednesday, October 3, 2012

Monday, October 1, 2012

Dear Blogger, How To Treat Your Haters?

Assalammualaikum..

    Hai semua. Sekarang ni aku selalu update 2 kali sehari kan. Sebab entah bila aku ade masa free pun aku tak tahu. Balik kelas penat, tidur dengan asignment lagi. Tak pe, loyal readers ade kan hihi. Ok enough. Talking about haters. Oh dengan nama sopan nya anon. Anon baik ke kejam? Tak baik kata jahat kata kejam. Both of it lah kan.

    Sepanjang aku berblogging selama 2 tahun ni tipulah kalau aku cakap tak de anon2 yang mengacau jiwa & perasaan aku kan. Ada je. Malah ada jugak yang buat aku rasa nak terlingkup. Oh! Bajet aku blogger terunggul kan nak ada anon haters bagai ni. Who cares. Ada yang bertanya aku, "fara, ko jadi blogger ok tak? Aku tengok ramai blogger yang kene hentam kutuk semua ni. Ko aku tengok ok je". Sayang, siapa kata saya tak de haters semua tu. Luar nampak je kental beb, tapi dalam makan hati woo. Ada tapi aku malas nak kecoh nak layan. Buat sakit jiwa. Maaf kalau statement aku dianggap takbur. Not mean to that.


    So, bila aku ada haters, start ada anon yang mula mengeji & menghentam entry2 aku, apa aku buat? Lets check it out bebeh :

  • dont take it too serious
Ada certain blogger asal ada nama anon datang  komen je terus nak melatah. No. Its not the way sayang. Tahu tak, anon ni makin kita cepat melatah makin dia galak & suka nak hentam kita. So, take it easy. Lumrah dunia blogging & kehidupan. tak semua orang suka kita, suka blog kita. Remember that. Nak berblog hati kena kental.
  • jangan layan!
Bila ada haters, anon semua ni aku nasihatkan tak payah lah membazir tenaga taip keyboard tu nak buat special entry pasal anon ni. Dulu aku admit aku penah buat tapi bila pikir balik untuk apa buat entry yang makin buat kita lagi sakit hati kan. Macam aku cakap, haters ni makin kita layan makin menjadi2. Jadi, buat tak tahu je. Biar dia syok sendiri.
  • think positive
Mungkin ada antara komen2 yang berasap dari anon tu betul. Cuma blogger ni asal nampak je nama anon yang komen terus gelabah kan. Sama jugak macam aku. Tapi cuba pikir postif dari setiap apa yang mereka cuba sampaikan pada kita. Kalau anon @ haters yang pakai bahasa kasar tu kau jawab je suruh dia behave balik. Why not kan.
  • disablekan komen untuk anon
Majoriti blogger buat benda ni. Aku tak buat. Kenapa? Sebab kawan aku bising cakap "woi aku nak komen macam mana kalau tak de anon ni, aku dah la buta it". What a funny statement lah kan. So aku tak disable kan pun komen untuk anon tu. So anon, feel free to komen my blog. Aww
  • behave
Jangan sesekali korang buat entry dengan kata2 yang berbaur ganas & kasar. Even marah & makan hati sekalipun dengan haters tu jangan lah sampai buat entry yang bikin gaduh. Tak elokkan readers lain baca. Dunia alam maya macam2 boleh jadi. Kau buat aku esok lusa aku buat kau pulak. Tak takut ke? Jadi, behave bila taip entry. Nak marah sangat pegi masuk jamban jerit.
  • tutup blog
Jalan paling tepat untuk korang kalau dah tak tahan maki sangat. Aku rasa blogger2 lain yang up tu dah terlalu immune dengan all those maki hamun dari haters ni ha. So why not kita pun jadi macam dorang kan. Kalau nak rasa sedap hati sikit cakap la "eh aku dah pemes, sebab tu ada haters". Err. Baik tak payah nanti orang meluat.

     Antara point2 kat atas, 3 darinya aku praktikkan. Selagi komen dari anon tu tak berbaur lucah & terlalu kasar aku takkan remove. Biar nanti si anon tu rasa bangga pulak dah maki aku tapi aku still published komen dia. Nanti dia malu sendiri. I love u haters. 



     Dalam berblogging jalan paling baik sekali cuma jangan layan. Tu je. Aku rasa dah ramai blogger yang buat entry pasal ni. Masing2 dengan cara masing2 & ini cara aku. Terpulang pada korang & haters2 nak nilai macam mana. Cuma 1 je aku pesan. Kalau dah terlalu berbulu & benci sangat dengan blog aku, tak payahlah rajin nak baca & why not unfollow je aku terus. Kan senang. Kau tak sakit hati aku tak semak. Done!

dear blogger, haters make us famous

p/s : mimpi bertunang lah weh. Aww

MAKAN : Pancake House, MidValley

Assalammualaikum..

    Aku nak share dengan korang tempat makan sedap. Maybe aku antara orang yang terkolot lah kot sebab tak penah pegi makan kat sini kan. Ah pedulikan. Aku pegi teman kawan aku buat asignment kat sini alang2 aku tolong promote sekali tempat makan ni ye.

    Penah pegi Pancake House ni? Kat Midvalley. Tingkat bape aku tak ingat, yang sure kat bahagian belakang2.


zary's. Tak ingat nama apa set die. 

Aiza's. Burger steak. Homemade burger . Sedap sangat.  RM 12.90

Pancake dia lembut sangat2. Sedap!
    Aku dengan kawan aku amik set lain2. Sorang lagi member aku amik set sekali dengan pancake atas ni. Sekali dengan air. Air kitorang kongsi sebab jimat. Haha

Beef Tapa. Mine. RM14.90

my dear makcik2
    Bagi aku Pancake House ni sangat sedap & affordable lah untuk student kalau nak makan stok sebulan sekali. Datang time lunch ada set. Murah & sangat mengenyangkan. Total kitorang makan semua around RM 55.++ .Oh btw kat sini boleh pakai kad diskaun tu.



muka eksited
p/s : to many things to do. Tak tahu nak mula dari mana



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi