Sunday, October 28, 2012

RESEPI : KEK PELANGI MARBLE

Assalammualaikum..

    Hai! Setelah sekian lama tak update aku nak share resepi kek yang aku & mak aku pakai untuk buat kek pelangi marble ni. Sangat2 senang. Tak payah nak complicated sangat nak buat. Jom proceed

simpan sikit nak bagi kesayangan. Haha


BAHAN-BAHAN :

  • 250g butter (aku pakai buttercup)
  • 1 cawan kopi tepung Bluekey (ayak)
  • 1 cawan kopi gula castor
  • 1 senduk besar susu pekat
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • esen vanila (agak2)
  • 5 biji telur
  • serbuk koko @ pewarna lain
  • coklat urai (optional)
CARA-CARA :
  1. pukul butter & gula sampai kembang. Pakai slow speed dulu then baru high speed
  2. masukkan esen vanila, baking powder & susu pekat. 
  3. masukkan telur 1 per 1 then pukul sampai sebati. Jangan terlalu kembang ye
  4. masukkan tepung & fold ikut arah pukul tadi. Nak pukul balik pun tak pe. Tapi aku fold je pakai wooden spoon, senang.
  5. Asingkan adunan kepada 2 @ lebih. Ikut pada selera masing2. Kalau nak banyak kaler asinglah dalam 3 bekas. 
  6. letak pewarna @ serbuk koko & sebatikan
  7. tuang dalam loyang 1 per 1. Buat macam yang bulatan tu. Selang selikan dengan warna yang lain. 
  8. Bakar pada suhu 180, selama 45 minit. 

Tu je. Senang kan. Aku suka buat sebab mudah & sedap hehe. Raya ni je aku dah buat 4 biji kek ni. Aww. Selamat mencuba!

p/s : selamat hari raya aidiladha semua! Maaf lambat

14 comments:

  1. siapalah kesayangan tu ye??hehehe

    ReplyDelete
  2. boleh try ni....haa...saya tag awak dlm contest ni
    http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

    ReplyDelete
  3. bila malas apa yg snng pon jd susah..hihi.

    ReplyDelete
  4. omg jihah ! nampak sangat sedap ok ! nak try lah ! hehe. eh eh encik buah hati tu saya ehhh ? hehehheh "P nak sikit... :)

    ReplyDelete
  5. wah..mesti cik kesayangan puji melambung kan..hehe..

    ReplyDelete
  6. @Namee Roslan

    heheh namee try la. buat lagi sedap. aah namee pun buah hati sy jugak hihi

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi