Thursday, October 18, 2012

Girls, How To Get Away From Stress?

Assalammualaikum..

   Wah dah lama kot aku tak update belog since last week kan. Bz amat nyah. Aduhai. Ni pun penat tak hilang2. Kerja bertambah2. Tak kawin lagi ni haha. Ok lah. Sehubungan dengan diri aku yang tengah stress & tension amat sangat ni aku nak share korang cara aku hilangkan stress aku. Same tak dengan cara aku? Kalau sama memang geng lah haha. Jom cek :

  • shopping
Of kos lah kan! Hari ni je aku dah beli beg & baju. 2 minggu lepas aku tibai beli tudung & baju 4 helai. Sedap gila aku memborong. Kau tahu bila tengah stress ni kalau pegi shopping habis hilang semua problem. Yang tinggal cuma penat. Tapi memang syok.

Jadi, pakwe2 sekalian jangan hairanlah kalau makwe2 anda selalu sangat tukar2 baju ke beg ke kasut ke sebab tu memang nafsu kami. Hihi. Nak2 time ade sale lagilah mata ni blink2 je kan. Sape setuju dengan aku sila join kelab aku. Opss! But be careful! Control your money ok. Jangan seronok sangat sebat sane sini karang kering poket


  • tidur
Yang ni pun selalu aku buat. Bila badan dah letih sangat2 ape lagi aku terus tidur. Pesen aku kalau tension aku suka tidur then bila bangun terus kosong kepala. Nikmat2
  • makan
Ha yang ni aku tau ramai yang buat kan. Aku pon tapi badan still tak naik2. Aduhai. Rasa puas bila dapat makan banyak2 bila time tengah stress. Tak kisah ape dah janji perut kenyang. Yippi. 
  • menangis
Kadang2 je aku buat. Aku akan nangis kalau aku betul2 dah tak boleh nak stand dengan satu situation tu. Menangis kadang2 salah 1 cara yang best jugak nak hilangkan stress. Semua masalah turun sekali dengan air mata tu. 
  • tengok running man
Ha yang ni lah paling2 aku selalu buat. Automatik stress aku hilang bila layan running man. Siyesly. Sebab aku akan tergelak guling2 dengan kesengalan ahli2 RM yang sengal2 ayam tu. Trylah weh. Kompem berkesan


  • karoke
Kalau rasa nak melalak baru buat. Mungkin ada certain orang pikir bila aku cakap nak pegi karoke dorang akan cakap "ko pegi tempat2 macam tu?". Then aku senyum jelah sebab aku tau bukan aku pegi dengan lelaki ke nak berdua2 dalam bilik karoke tu. Aku pegi dengan kawan2 rapat aku. 

I dont even care what u guys wanna say about me but please be open minded & dont judge me as u like. Tu hak korang nak pikir apa. Terpulang yang penting aku terhibur & aku tak buat salah. 
  • pegi spa/facial
Ni kalau gaka2 banyak duit bolela kan. Relax kan diri hehe
  • jalan-jalan
Aku suka pegi pantai & atas bukit. Siyesly sangat2 tenang. Kalau korang rasa nak ketenangan sorang2, pegilah cari pantai & bukit yang terdekat. Bukir Ekspo UPM pon bole haha.
  • solat hajat & baca Al-Quran
Tapi apa2 pun aku lebih prefer buat yang ni. Sangat2 tenang hati. Semua masalah yang ada hilang bila kita buat semua ni. Tak rugi 1 saat pun kalau kita luangkan masa untuk buat semua ni. Lagi bertambah2 pahala. Sesukar & sebesar mana pun sesuatu masalah tu, pasti ada jalan penyelesaian & Allah sentiasa ada untuk tolong kita jika kita minta.Ingat tu.

   So ape cara korang? Meh share dengan aku ye. Ok got a lot of works to do. Bye!

14 comments:

  1. most of it saya buat...dh lama rsenya tak layan RM...sedih3

    ReplyDelete
  2. kbykn cara akk trsenarai di atas..tp selalu kalau akk ilang mood, memasak tu kemain suka bebenor..haha.

    ReplyDelete
  3. Yang nangis tu antara ubat mujarab... Lagi2 kalau lame giler bertahan, problem tak settle2. Dan yg last tu, mmg penawar kusut masai kepala dgn hati. InsyaAllah... ;)

    ReplyDelete
  4. makan paling cepat hilang tension. hehe.

    ReplyDelete
  5. kalau Nurul stress, Nurul suka tido.. :)

    Salam kenal.. www.siezuka.com

    ReplyDelete
  6. patutlah adik saya suka sangat tukar2 baju..

    ReplyDelete
  7. dik, bila agak² nk karok dgn akak??

    ReplyDelete
  8. last tu yg sebaiknya..

    ReplyDelete
  9. tidur dengan makan yang paling berkesan setakat ni..haha

    ReplyDelete
  10. dah lama tak tengok running man.. sampai skrg sangkut kat episode 99.. hehe [link blog saya]

    ReplyDelete
  11. dulu lya x layan pun RM nie..
    pastu roommate yg ajar
    terus suka

    ReplyDelete
  12. namee suka tidur sebab tak ingat apa2.hehe. kalau shopping, duit akan banyak habis !hehe :D tidur adalah yg terbaik. dan berdoa. hehe

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini