Monday, October 8, 2012

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Neraka Oleh Wanita

Assalammualaikum..

    Hari ni aku nak share dengan korang 1 article yang menarik bagi aku. Aku baca dari fon terus aku share sini. Tahu tak ada 4 golongan lelaki yang ditarik masuk neraka oleh wanita? Bagi yang dah tahu tak pelah, bagi yang tak tahu meh aku share


1. Ayahnya


  • Bila seorang ayah tak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. 
  • Dia tak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. 
  • Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.


2. Suaminya

  • Bila sang suami tak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebeas dipejabat, memperhiaskan dirinya bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
  • Bila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tak pernah bertangguh,saumnya tak pernah ditinggal, maka akan ditarik ke neraka oleh isterinya

3. Abang-abangnya
  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya & saudara lelakinya. 
  • Jika mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja & adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam

4. Anak-anak lelakinya
  • Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu tentang perihal kelakuan ibunya yang haram disisi Islam
  • Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal diakhirat kelak

Subhanallah. Kasihan kaum Adam. Tanggungjawab tersangat besar. 

" Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin & batu bata!!..." - Firman Allah s.w.t 

8 comments:

  1. ayah saya pernah beri taklim pasal ni. emm susah jadi lelaki ni. tanggungjawab besar. em serba salah pulak rasa.

    ReplyDelete
  2. lelaki, besar peranannya. perempuan pon sama. maka, kena sama2 saling mengingati. :)

    ReplyDelete
  3. mudahnya lelaki nak masuk neraka sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. suami yg tak larang isterinya buat maksiat dayus namanya..besar tanggungjawab lelaki lebih2 lagi yg dah ade title ayah..kena didik anak isteri..insha allah, mintak dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. besar betul tggjwb lelaki .. hum . kesian ayah n abg2 kalau kite buat bnd yg terlarang walaupun dah dinasihatkan .. :(

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini