Tuesday, November 20, 2012

Memori zaman kanak-kanak

Assalammualaikum..

   Hai semua. Baru ada masa free yang aku curik2 nak update entry. Sayang la blog bia macam tu je haha. Ari ni punye topik aku teringin nak share pasal kenangan zaman kecik2 dulu. Sedikit sebanyak aku rasa pengalaman aku sama kot dengan korang semua. Lets check it out



   Masa aku kecik2 dulu aku selalu buat benda2 macam kat bawah ni. Tak pun aktiviti seharian aku dengan kawan2 masa sekolah & tadika dulu

  • main cop tiang

  • main baling-baling ais. Konon bajet nak mengorat time tu
  • main lawan pemadam
  • baling- baling kapur dalam kelas

  • tulis nama kat papan hitam bagi siapa yang bising
  • jaga kelas (pengawas)
  • naik basikal ramai2 pegi sekolah agama
  • beli buku kanak-kanak kat sekolah
  • beratur amik air milo percuma
    • beli air susu yang warna-warni tu
    • main kilat-kilat kuku pakai batu belakang sekolah
    • beli aiskrim 20 sen yang banyak perisa tu
    • tido dalam dewan time UPSR
    • cop meja makan/beratur nak beli makanan
    • beli barang2 yang comel (pensil yang ada gantung2, pemadam negeri2, macam2
     Dulu aku suka & selalu main mainan kat bawah ni
  • main ceper

  • main baling guli

  • lompat getah

  • stick 

  • teng-teng



  • tok harimau


  • baling selipar



  • huruf-huruf



    Sangat2 best kan masa tu. Zaman kecik mane kisah nak bergaul laki perempuan time tu. Yang aku tau aku seronok sangat berkawan dengan kawan2 aku. Same jugak dengan korang kan. Aku teringin sangat nak kumpul balik dengan kawan2 lama aku sezaman tadika & sekolah rendah dulu. Bukan apa, bila jumpa balik sekarang ni mesti dah lain sangat dah. Tah2 selisih sebelah pun tak perasan.

    Teringat kisah dulu masa kecik2 aku jatuh atas jalan tar sebab time tu aku terpijak kain baju kurung aku. dah berparut sampai sekarang kat dahi. Memang kenangan gila la. Lagi 1 kenangan bila aku naik basikal then terjatuh dalam nak kata bukit tak bukit tapi agak tinggi. Basikal yang aku naik terlanggar batang pokok. Basikal hancur & urat siku aku teralih. 3 4 hari jugak aku berubat nak alihkan balik urat siku aku tu. Meraung2 aku.

    Masa Darjah 1 aku kena bisul & bisul tu meletup. Mujur mama ade teman aku balik dari sekolah. Macam2 yang terjadi kat aku masa kecik2 dulu. Parut & tandanya ada lagi kekal sampai sekarang. Memang tragis & kenangan. How i wish i could turn the time back. Impossible.

the only friends during my childhood time that still stand on. I love u
   Banyak gila gambar. Padan muke korang hehe.Kenangan korang macam mane? Meh share dengan aku. Ok lah bye nak tadah air.

ingat lagi tak?

     

13 comments:

  1. semua yang diatas berkaitan dengan zaman kanak2 sy. awk mngata sy eh? hahhahahahhaha

    ReplyDelete
  2. kaki muja pernah masuk dalam ranting basikal,, aiyoyoyo,,,

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. teringat kembali zaman itu..

    ReplyDelete
  4. 3 permainan yg paling femes dan selalu main kat sekolah dulu main cop tiang,main ceper ngan main huruf..satu lagi main SOS..huhu

    ReplyDelete
  5. aaaaaaaaaaa.

    bestnya zaman kanak kanak awak! ^^

    ReplyDelete
  6. huwaa. bestnya. rindu gila nak main n jumpa kawan2. Nak tambah satu, dulu kita main lompat tikus dan ice-water setiap kali waktu rehat kat sekolah agama. rela x pergi makan as long as dapat main.

    ReplyDelete
  7. hahahahahha..semuanya saya pernah main dulu...hehehehe

    ReplyDelete
  8. ;bh kurg kengn kt jihah.. beshnya..rindu nak time kck..

    ReplyDelete
  9. semua penah men. kecuali masak2

    ReplyDelete
  10. semua ni saya buat gak...nostalgia nyaaa

    ReplyDelete
  11. hehe..memang terbaik .. dulu2 ni ..masa muda2 main mende ni ..haha

    ReplyDelete
  12. ehehe.. kenangan lama terimbas :')

    ReplyDelete
  13. budak zaman skang rugi sebab takdapat rasa mainan ni semua ! sangat best! hehe. puas main ! berpeluh jugak. skang main ipad takpeluh..sebab tu tak sihat !

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini