Monday, April 7, 2014

Pengalaman Praktikal (Part 1) : Menjawab Mulut Orang Bertanya

Assalammualaikum

    Hai semua! Selamat bertemu kembali. Fisrt sekali aku nak mintak ampun mintak maaf pada semua blogger & mereka yang datang komen, datang jenguk blog aku yang mana dah berkurun lama gila aku tak bukak & update. I was too bz. Got to do lots of thing. Aku dah nak grad!! Tinggal lagi lebuh kurang 7 bulan lagi. Eksited haha.

   Ok. Maaf sebab dulu aku bz dengan siapkan tesis. Then sekarang aku bz dengan praktikal. Plus tak ada line internet nak update blog. Gila kau rindu gila kat korang set2 blogger ni ha. Dah ada modem wifi inshaAllah aku akan cuba rajinkan diri untuk update blog ni.

   Aku nak cerita pasal pengalaman intern aku. Aku intern kat kawasan industri kecil & sederhana kat Bemban Melaka ni je. Bahagian production susu vitagen. Masa aku mula nak praktikal or even tengah praktikal pun ada mereka yang bertanya kat aku.

" kenapa pilih company kecil. Rugi amik degree masuklah company besar. Baru gah"
" kolej bagi ke memang mintak sini?"
" belajar u ternama kenapa pilih sini?"

   And lots of many kind of thought. Hairan? Tak payah. Normal lah tu mulut orang kan. Typical.

    Bila aku jawab soalan dorang senyum jelah. Bukan apa bagi aku semua tu tak penting pun. Yang penting niat aku nak belajar. Dah nama praktikal, kau duduklah company mana pun, besar ke kecik ke still kena belajar jugak. Sama je. Cuma environment jelah yang lain.

    Terkadang aku teringin jugak nak cakap "suka hati akulah nak praktikal kat mana pun". Tapi nanti rasa kurang ajar pulak. Cakap dalam hati je. Cuma aku macam sedih dengan pemikiran orang2 sebegini. Tahu pandang orang yang duduk diatas, berdiri atas nama yang gah saje. Menyampah.

    I was like eh biarlah kat orang2 yang selalu keep on asking aku. Tapi aku selalu cakap kat diri sendiri biarkan apa mereka nak cakap pun. Tak berkudis sikit pun. Tak semestinya mereka yang berada di kilang atau tempat yang kecik tu tak dapat belajar banyak benda. Aku belajar banyak sangat2 perkara bila intern ni. Banyak sangat. Yang tu nanti aku sambung dalam entry yang akan datang.

    Let them speak. Let them think. And i say go on, please. Ok bye. Nanti aku sambung entry lain.


P/s : Rindu kat kengkawan 

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi