Monday, April 21, 2014

Frust Dengan Smartphone Samsung

Assalammualaikum

   Hari ni nak cerita pasal pengalaman buruk aku dengan samsung. Dulu aku pakai fon samsung. Samsung galaxy W. So far korang pengguna samsung punya sematfon ok tak? Mana lah tahu kot kot ada yang mengalami peristiwa macam aku.

   Benda yang sama berlaku pada kawan-kawan aku. Dulu memang aku suka pakai fon samsung sebab design, harga & cantik. But then lepas apa yang jadi kat henpon aku dulu aku jadi serik pulak nak pakai fon samsung since ada jugak ramai yang reviewe perkara yang sama macam aku.

   Dalam family aku ayah aku dengan abang ipar aku yang pakai fon samsung. Dan aku pun still pakai tab samsung. To be honest, samsung punya tab memang ok. Tapi baru-baru ni lah dia buat hal yang sama macam henpon aku dulu. Sudahnya memang aku frust lah dengan samsung ni.



   Masalahnya apa?

  • auto restart/ mati sendiri
Tengah aku mesej & scroll henpon aku terus padam sendiri. At 1st macam aku tak syak sangat sebab aku ingat mungkin hang. Tapi lama-lama selalu pulak. Sampai 1 masa tak sampai 5 minit mesti dia mati sendiri. Sedih!
  • bateri drain lepas cas
Yang ni for sure sebab aku over cas. Tapi aku dah tukar bateri baru. Original. Bila dia mati sendiri terus bateri tinggal 0%. Padahal aku baru je cas. Mengundang maki jugak
  • henfon jadi panas sangat
Masa dia restart tu henpon aku tiba-tiba jadi panas sangat. Panas gila. Aku dengan pantas bogelkan henpon aku. Cabut semua. Then dalam beberapa minit aku on balik tapi hampa. 
  • keluar logo sepanjang masa
Bila fon on then keep on repeating keluar logo samsung tu ha. Ape masalah nye aku tak tahulah. Yang ini same goes to tab aku. 

   Aku ni tak lah mahir & terer sangat bab henpon ni. Tapi aku selalu jugak google bila jadi masalah macam ni & ramai yang alami masalah sama macam aku. Kawan-kawan aku pun sama. Samsung Galaxy 2, 3, dan yang lain. 

   Aku uninstall semua benda. Aku format. Tapi jadi masalah yang sama. Sudahnya aku tukar fon baru. Aku jual je balik. Aku suka samsung sebab front camera dia even vga cantik. Nak tak nak aku trade in sajo. Dapat lah dalam RM 200. Jadilah.

   Aku pun tak pasti sama ada masalah android tu ke, masalah aku yang tak reti jaga fon ke, masalah henpon tu sendiri ke ape. Tapi yang sure bila banyak orang sekeliling aku alami benda yang sama, aku jadi malas nak pakai samsung. Tapi aku tetap nak pakai tab samsung sebab mampu milik.

   Cumanya, semua jenis brand henpon pon sama je. Yang penting kita tahu jaga kan. Tak kisahlah. Tapi sekarang aku tengah bling-bling mata dengan henpon sony xperia Z1 & T2 model baru tu. Aiyo ma, tergoda betul. Sekarang aku tukar pakai fon sony. Alhamdulillah review ramai orang & aku sendiri puas hati. Dan kebanyakan lelaki yang aku kenal mostly semua pakai henpon sony. Patutlah. 

   So far aku pakai sony & kebanyakan review dari mereka di alam maya & orang yang pakai sony xperia ni:
  • tak mudah hang
  • gambar sharp & cantik gila
  • sound best!
  • design terbaik (simple & mampu pegang. Maksudnya tak terlalu kecik, tak terlalu besar)
  • camera cantik
  • harga mampu milik
  • tahan lasak
   Cumanya bagi aku henpon sony xperia ni 1 je kelemahan dia.
  • front camera tak cantik.
Certain model sony je yang ada front camera cantik. Gila cantik gila. Tapi kalau jenis VGA memang tak cantik. Pakai main camera sajo.Ikut cita rasa & kemampuan diri sendiri lah kan. Ada orang support kata jenama itu yang bagus, ada orang kata yang itu. It depends pada diri masing-masing. Lain orang lain cita rasa dia kan. Sama macam aku.



    Aku tak kata semua henpon samsung ni tak ok. Pandai jaga ok lah. Tak pandai jaga, memang jahanamlah. Tapi so far dengan android baru aku rasa ok lah kot. Cuma abang ipar aku punya henpon kekadang bila nak cas tak detect & kekadang image tak keluar. Masalah.

   Sekarang tengah berlumba-lumba orang pakai lenovo kan. Memang tak dinafikan memang murah, mampu milik & besar. Ramai yang kata ok & berpuas hati. Aku pun tengok macam best je tapi aku lagi sayangkan henpon sekarang. Save bajet haha.Lenovo aku rasa ok kot sebab murah, kau boleh dapat sekali screen besar kan. Camera pun not bad. Jenis aku, aku mementingkan kualiti kamera, kelajuan henpon & memori kad.Aku suka HTC jugak sebenarnya tapi mahal sangat. Haha. 

   Panjang pulak bebel aku pasal henpon. Apa-apa jenama pun kita pakai, jaga lah elok-elok. Jangan main install segala benda alah dalam henpon. Lemas henpon tu nanti. Kalau orang kaya boleh main tunjuk je kau nak henpon mana kan. Tak kurang mesti akan ada yang kata pakai ipon lah lagi bagus. Memang bagus, setanding dengan harganya. Dan tak semua orang mampu macam kita. Ingat tu. Sekian. Bye!

    

17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. beli la iponggg.. boleh guna dlm jangka masa yg lama..

    ReplyDelete
  3. UTK KES2 TU AKK PNH JD.

    SKG KERAP RESTART SNDIRI

    ReplyDelete
  4. Yeah. dah baca sampai habis kau.. HAHAHA...


    yes, most prefer sony drp samsung haha

    ReplyDelete
  5. masalah dengan android adalah mmg akan cepat panas. yela, mana taknya. online 24jam.. tu tak camput main game lg.. hehehe.... :)
    tapi sony, mmg dari dulu best sbb bunyi dan gambar.

    ReplyDelete
  6. oo setakat ni xde masalah lg dgn fon samsung. dh dekat setaun guna

    ReplyDelete
  7. memang pun. smsung S2 pun same. cume s3 susah nak ade masalh. so far pakai dah setahun setengah okay and xcpt panas.. :)

    ReplyDelete
  8. akk pon mcm nk pakai sony.mcm smart je.

    ReplyDelete
  9. lambang tuh dtg dan x ilang2 sebab auto update dan x complete... sudahnya mmg kne format kat kedai samsung store bcoz kne msuk software baru... kalau nak cntek..serius pkai iphone...mmg puas hati even mahal ckit... dn hrga die pun x jtuh sgt kalau jual dlm keadaan elok lgi..

    ReplyDelete
  10. Handphone sekarang ni memang dia punya life span sekejap sangat. Pakai setahun lebih, mula buat hal. Mana-mana brand smartphone pun lebih kurang sama je pe'el nya.

    Sekarang ni, yang betul-betul handset tahan lama cuma jenis yang bukan smartphone je. Jenis macam Nokia torchlight tu. Yang tu jatuh terhempas beratus kali pun still ok. Cuma downsidenya, tak dapat nak instagram or facebook aje la. Hehehe

    ReplyDelete
  11. jarang dengar samsung bermasalah.hmm mungkin kes terpencil.try la lenovo.spec sama macam samsung dan android kasta tinggi tapi harga memang kira longgok je..murah habis hehe

    ReplyDelete
  12. kalau yg tab akak pun penah tiba2 mati pastu panas aja. so tukar pakai phone s3.so far skrg xda buat hal melainkan baru repair charging port dia sb patah.hehe.so far, s3 ok.teringin nak pakai sony tapi tula, design tak berapa nak menawan hati.

    ReplyDelete
  13. saya dari awal beli handphone memang pilih sony.
    suke dengan kamera tu.
    cantik n sharp :)

    ReplyDelete
  14. haaaaa.. same here.. part hang tu yg buat hati panas.. lagi2 masa nak reply msg yg urgent.. rasa mcm nak baling ke dinding pun ada.. huhu..

    ReplyDelete
  15. so far akak guna samsung enpon & tab.. memang takde masalah. terutama tab sebab kadang2 anak akak baling2 & hempap2 ke lantai pun still dia ok. tapi akak ni bukan jenis kejar laters version.. selagi boleh pakai akak guna jer.. samsung pun Galaxy Y & tab pun yang tab 1.. selagi tak rosak...

    ReplyDelete
  16. layanzzz...samsung still the best..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini