Friday, April 11, 2014

Bila Malaysia Diuji Kaw-Kaw : Pengajaran & Peringatan

Assalammualaikum

   Sekarang ni korang perasan tak macam-macam dugaan yang Allah timpakan bagi kita kat Malaysia kan. Macam-macam. Bertimpa-timpa dalam 1 masa yang sama.


  • jerebu
  • suhu panas melampau
  • suhu sejuk melampau
  • catuan air
  • denggi
  • kehilangan pesawat MH370
  • penculikan pelancong
  • kematian remaja sebab dadah
   Aku rasa kali ni yang nampak macam dasyat gila ujian kita kot. Bagi aku. Even aku tak de kaitan antara masalah kat atas selain suhu persekitaran, tapi aku tetap rasa tempiasnya jugak. Tambah pulak dengan kes MH 370 tu. Lagi rasa bertimpa.







   Tapi jangan lupa, mesti, mesti ada hikmah & sebab Allah turunkan ujian macam tu kat kita rakyat malaysia. Yang mana most of us are Islam. Sangat terang & jelas kot. Mungkin tanpa kita sedar kita dah banyak sangat lalai dengan hiburan dunia & lupakan tanggungjawab kita pada Allah swt. Mungkin. Siapa tahu. 

    Dalam banyak-banyak kes, paling aku rasa teruk ialah catuan air, musim panas & for sure kes MH 370. Seriously rasa terbeban sangat. Apatah lagi orang-orang yang terlibat. Honestly aku rasa kesian kat DS Hishamuddin, Ahmad Jauhari & Azharuddin. Tapi paling kesian kat AJ kot. Nampak pada riak muka terlalu letih, penat nak jawab semua soalan yang dorang rasa pun tak mampu nak jawab. Kesian

    

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعونDan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

لا يكلف الله نفسا إلا وسعهاAllah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286] 

    Mungkin Allah nak uji kita sekarang sebab Dia sayang kita & tak nak kita terus lalai. Dia bagi kita pengajaran. Pengajaran yang cukup terkesan. Samapi bila-bila.

    Even kita sendiri pun dalam hidup tu bohong sangat kalau tak pernah langsung kena timpa dengan kesusahan & ujian. Mungkin ada yang tak pernah & hidup mewah sentiasa tapi 1 hari nanti mesti ada. Allah sayang kita sebab tu Dia turunkan ujian kat kita.

   Kalau ikutkan, sepanjang 23 tahun aku hidup di muka bumi Allah swt macam-macam dugaan yang aku tempuh. Sampai terus rasa down pun ada. Antaranya :

  • fail dalam exam
  • fail dalam bercinta (quit few times!)
  • tesis kena reject 2x
  • laptop rosak disaat kena present viva & projek tahun akhir degree
  • abah sakit, kena operate
  • hilang orang yang tersayang
  • macam-macam lagi
    Kalau ikutkan tak terkira dugaan aku. Paling - paling terkesan dugaan hari tu bila tesis aku kena reject 2x oleh supervisor aku. Nanti aku buat entry khas. Sumpah time tu rasa down gila babeng sebab kawan lain semua nak jilid dah sedangkan aku pulun cari orang nak tolong betulkan grammar dalam tesis aku. Scary!

   Kita kena amik pengajaran atas apa yang berlaku. Dalam Malaysia terutamanya. Dont keep on blaming each other. Orang tu salah, orang ni salah. Parti ni salah, parti ni macam tu. Useless! Dalam keadaan macam ni nak babitkan lagi politik. Annoying jugak bila every single thing happen mesti nak kaitkan dengan politik. Wajib!

    Orang-orang yang suka buat spekulasi tu ha, cube kau letakkan diri kau kat tempat orang yang mengalaminya. Jangan tahu buat andaian je. Perit orang yang merasanya.

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200] 

    Allah uji kita semua sebab nak tengok, kita berbalik atau tak kepada Dia bila ditimpa musibah. Banyakkan doa,doa,doa, &doa. Sabar,sabar,sabar & sabar. Tak tugi pun sabar kan. InshaAllah akan termakbul & Allah tunjukkan jalan penyelesaian buat kita semua. Semoga Allah bantu kita selesaikan apa yang terbelenggu dek kerana tragedi MH 370. Amin

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

4 comments:

  1. everything happened for a reason.

    ReplyDelete
  2. Allah berikan ujian pastinya bersebab kan..

    mcm2 dh jd..

    ReplyDelete
  3. Sabar dan tawakal...itulah yang harus kita jalani , semua itu karena ALLAH Swt sayang kita

    ReplyDelete
  4. ujian allah itu ada hikmahnya. ujian itu supaya kita muhasabah diri dan mendekatkan kita pada-Nya.

    rujukvitaminku.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini