Sunday, April 20, 2014

Emosi Terganggu Akibat Ketuat

Assalammualaikum

    Hai. Pernah korang kena ketuat? Tak kisahlah kat mana-mana. Aku pernah & serik. Serik sebab sakit haha. Dulu masa aku Form 1 aku kena ketuat kat tengah-tengah tapak kaki. Sumpah sakit gila bila nak pakai selipar & terkena bucu toilet jamban tu. Menangis!

   Puncanya apa ketuat ni?

   Aku ada dengar banyak jugak punca kena ketuat ni. Tapi tak tahu mana 1 yang sahih nya. Sumber pembacaan aku dari sini  Ketuat boleh berjangkit melalui :

  • pemakaian pakaian atau barangan lain dengan orang lain
  • tak keringkan tangan/kaki dengan kerap & betul-betul
  • keadaan persekitaran yang kotor & lembab (lantai especially)
   Ketuat berpunca melalui jangkitan kuman pada kulit. Dan boleh berjangkit kalau kita share barang dengan orang yang terkena jangkitan kuman ni atau dalam bahasa simplenya orang yang kena ketuat. Aku pun baru tahu ketuat ni berjangkit. Sumber dari sini 

    Ketuat biasa kat jari biasanya tak sakit. aku ada jugak kat bawah jari kaki. Tapi yang tu aku rajin kutil je haha. Seronok mengutil


    Masa aku kena kat tapak kaki dulu, rasa dia tuhan saja yang tahu. Sakit sebab kita pijak kan. Nak nak bila dia makin membesar tu. Memang menangis aku masa tapak kaki tergesel dengan bucu jamban. Sentap. Aku pun duk cungkil-cungkil ketuat tu. Memamng berakar ketuat tu. Dan baru aku tahu ada banyak jenis ketuat.

  • ketuat rata (bersaiz kecil)
  • ketuat plantar (tapak kaki)
  • ketuat biasa
    Ada macam-macam lagi.

Lebih kurang macam ni lah ketuat aku dulu


    Cara nak hilangkan ketuat?
  • getah betik muda. Ini cara aku guna dulu. Amik sikit pastu titikkan kat tempat kena ketuat. Buat selalu
  • abu ubat nyamuk. Bancuh dengan air pastu letak kat ketuat.
  • kapur sirih. Sapu & biar sampai kering
  • minyak goreng ikan. Celup lidi sate & titik sikit kat tempat kena ketuat
   Ada banyak lagi sebenarnya cara nak hilangkan ketuat ni. Korang tinggal google je. Aku rasa ada ubat ketuat yang dijual kat farmasi kot. Try cari. Aku biasa guna getah betik je. Jimat & senang nak dapat.

   Apa pun, make sure kita jaga kebersihan sekeliling & kebersihan diri kita sendiri. Macam aku praktikal memang totally bermain & selalu surround dengan air. Air kotor pun ya jugak sebab lepas buat susu vitagen tu kena bersihkan semua. So probability aku nak kena ketuat pun tinggi kot. Haha. Tambah pulak kulit aku jenis kulit yang sensitif. Lepas cuci tempat production terus aku basuh kaki tangan dengan dettol. Scary jugak.

   Memang emosi terganggu bila ketuat ada weh. Yelah sakit. Fikir nak hilangkan je. Stress


   Sila sila lah jaga kebersihan.

7 comments:

  1. baru tahu kalau kene ketuat nih sakit..huhu

    ReplyDelete
  2. Saya ada kat bawah celah ibu jari kaki..biasa saya potong pakai gunting je bila rasa tak selesa atau jadi kematu..tapi ianya akan tumbuh balik..klu pakai getah betik tu berapa lama boleh ilang?saya tak penah cuba pun nak buang..tak sakit..cuma rasa tak selesa je bila dah bertambah kematu..

    ReplyDelete
  3. owh..macam tue ke cara nak hilangkan ketuat..baru tau

    ReplyDelete
  4. masa kecik sy selalu kena ketuat tp kecik je kat jari. mak suruh bagi kucing jilat. tak tau mak main-main atau betul-betul, tapi esoknya mesti berkurangan dan terus hilang sendiri.. hehehe... :)

    ReplyDelete
  5. Akak sampai skang ada ketuat ni. Ketuat akak kat jari kaki. Jari kaki nombor 4 dari ibu jari. Jari ape tah susah nak sebut hahaha. Ketuat akak pulak jenis dalam. Dia yg tak timbul tapi bila akak banyak berjalan, baru timbul. Orang cakap suruh gi klinik operate. Tapi takut. Boleh takut? hahahaha. Dah 7 tahun kat kaki. Dia tak sakit pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba snap gambar tapak kaki sis kiri kanan... saya boleh tengokkan

      Delete
  6. so far, tak pernah lagi kena ketuat.
    tengok pun dah rasa sakit dah..
    msti susah nak jalan kalo kena kat kaki.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini