Monday, April 28, 2014

5 Soalan Yang Paling Kritikal & Dibenci Oleh Perempuan

Assalammualaikum

   Hai! Terdelay nak update blog pulak. Hari ni terasa nak share dengan engkorang semua pasal perkara & soalan yang paling dibenci oleh perempuan bila ditanya. Tak kisah lah ditanya oleh si lelaki ke perempuan ke.


  •   "bila nak ada anak?"
The most critical question for married peoples. Macam kakak aku. Almost 2 tahun usaha nak anak tapi baru sekarang Allah nak bagi. Sepanjang setahun lebih mengadap mulut-mulut orang yang selalu sangat tanya tu bukan senang. Kena ada mental, emosi & fizikal yang kental. 

Soalan ni memang wajib bila dah kawin kan. Biasalah manusia. And mostly melayu. Kompem wajib punya mulut tu bertanya. Kadang-kadang dah tahu orang tu still tak ada lagi rezeki tapi nak jugak tanya lagi. Mak cik aku dah 7 tahun kawin tak ada anak. Dia punya stress & sedih tak payah cakap. Kesian sangat tengok. Tapi berkat sabar dia, usaha dia, Allah kasi dia anak dalam tempoh 7 tahun kawin tu. Dan alhamdulillah Allah kurniakan lagi seorang anak tahun ni. Nampak tu? Percaya pada qada' & qadar Allah.
  • "bila nak kawin?"
The most critical question for unmarried women. Yes, soalan ni pun wajib orang tanya bila once tengok perempuan tu dah bekerjaya. Some how those peoples yang bertanya ni boleh tahan annoying jugak kan. Mana kau tahu dia tak ada calon lagi ke, tak kukuh kewangan lagi ke, tak sedia nak pikul komitmen lain lagi ke. Kita tak tahu
  • "berapa berat kau?"
Same goes to both either thin or fat women. Kalau aku, of kos aku sensitif sangat bila orang tanya pasal berat aku sebab dah tahu aku ni sekeping. Kurus. Lagi mahu tanya. Kalau orang yang chubby tu lagi terasa. Ya, aku banyak makan hati dengan orang-orang yang suka tanya soalan macam tu kat aku even dah tahu aku macam mana. Sampai 1 masa aku rasa fed up & stress. 

Tapi kau fikirlah. Apa nak heran kalau orang tanya. Asalkan kau sihat tak kisah gemuk ke kurus ke. Jaga diri sendiri saja sudah.
  • "umur berapa?"
Yang ni mungkin ada certain perempuan tak kisah & ada certain perempuan tu kisah. Bagi aku bape pun umur tak kisah. Atau mungkin ada perempuan fikir pertanyaan pasal umur tu macam nak sindir dia tak kawin lagi. Mungkin. Tak semua ok.
  • "tinggi engkau bape?"
Sensitif bagi orang yang kurang rendah. 
  • "pakwe engko ke tu? Kenapa tak cari lagi sepadan dengan engko?"
Ada, tapi tak semua. Kadang-kadang ada jugak orang yang persoalankan.


 
    Semua pertanyaan kat atas ni kalau selalu ditanya & salah time nye engkau tanya pasal sipemilik tuan punya badan, silap haribulan kena sembur jugak. Kita ni sebelum nak bertanya orang tengok dulu keadaan dia, keadaan sekeliling & diri kita. Jangan main redah je. Boleh bikin gaduh nanti.

    Apa yang kita persoalkan tu sebenarnya kita persoalkan rezeki Allah bagi kat kita & orang tu. Tahu tak? Bagi kita yang belum kawin tu, jangan senang-senang laju je mulut tu bertanya & persoalkan rezeki orang tentang anak, hal kawin & sebagainya. Tahu tak emosi orang tu macam mana bila kerap kali ditanya macam tu. Kesian.

    Kita kena ingat :

    Ada orang Allah kasi dia nikmat harta yang banyak sangat, tapi tak dikurniakan anak,
    Ada orang Allah kasi anak yang ramai, tapi tak punya harta yang banyak.
    Ada orang Allah kurnakan nikmat harta yang banyak & anak yang ramai tapi punya masalah        keluarga
    Ada orang Allah kurniakan keluarga yang aman harmoni tapi tak punya harta
    Dan
    Ada orang Allah tak kurniakan nikmat apa-apa sebab Allah mahu uji dia supaya dikurniakan       nikmat yang  sangat besar dikemudian hari

   Kita kena ingat semua tu. Tak semua orang bernasib baik macam kita. Dan kita ni pun yang dah ada semua, mewah serba serbi ada jangan pulak riak menunjuk-nunjuk. Kaya tapi tak dikurniakan anak. Salah 1 dugaan Allah bagi tu supaya simpan sikit rasa riak tu daripada terus ditayang kepada orang lain. Mengundang rasa bangga & kesian orang lain. 

    Semua tu adalah REZEKI. Siapa kita yang nak persoalkan semua rezeki yang Allah bagi pada kita kan. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebaiknya terus berdoa supaya apa yang kita kurang akan Allah berikan 1 hari nanti. Biar lambat atau cepat. 

   Aku pun bukan lah baik sangat nak nasihatkan orang tapi benda ni semua berlaku dalam hidup aku. Hidup sekeliling aku. Ya, aku ambil pengajaran dari semua yang berlaku. Tak lah aku menyesal kemudian hari. Mana yang kita kurang kita tambah. 

   Jangan cepat sangat nak berkata itu ini kat orang, nanti berbalik semula pada diri kita baru tahu. Biarlah. Kita jaga diri kita & perihal diri sendiri sudah. Tak payah nak menyibuk

3 comments:

  1. hai awakkkkkkkkkk....hik


    actually, benci gila situasi macam tu... bertanyakan soalan yang tak pasti dan jawapannya bukan ada pada kita ... but,layankan jela,huhu

    ReplyDelete
  2. semua ALLAH dah tetapkan..

    skg soalan biasa pada akak di no 2. hahaha

    ReplyDelete
  3. ahahaha tu namanya kepoci! hehehe

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini