Monday, April 29, 2013

Cara Pakai Tudung Bawal Labuh & Tutup Dada

Assalammualaikum..

   Haluu. Long time no see lah semua. Sory ye. Update je entry terus nak share pasal cara aku pakai tudung bawal ni jadikan dia labuh & tutup dada. Oh ya, ini first time aku buat tutorial pakai video & sila jangan gelak. Sumpah aku rasa kelakar video ni. Ok let see bebeh




  Maaf quality video worst gila. Maaf jika ada banyak kekurangan & khilaf.  Maaf video terlaju banyak. Selamat mencuba :)

Saturday, April 20, 2013

Penangan Bobo- Fenomena Malaysia

Assalammualaikum..

    Hai semua! Sekarang ni nama bobo tengah melonjak2 naik kan. Sebab kan parody lagu sayang tu ha. Actually nak dijadikan cerita bobo ni sepupu kepada roomate kosmat aku. Alahai. Keciknya dunia. Jom kita layan video dari bobo & ada JOHARA sekali. Lawak.








Friday, April 19, 2013

Pertanyaan Berkaitan Rumpai Laut (Kebaikan & Keburukan)

Assalammualaikum..

    Hai. Lately ni aku banyak sangat dapat pertanyaan dari orang ramai berkenaan rumpai laut ni. Seperti yang sedia maklum rumpai laut tiada collagen tapi rumpai laut ni salah 1 sumber makanan yang kaya dengan khasiat & baik untuk kesihatan kita.

   Ok, for those yang still terfikir soalan yang sama ataupun korang first time user nak pakai rumpai laut ni,aku sertakan beberapa soalan yang selalu ditanya.



  • "kenapa muka saya naik jerawat lepas makan/guna rumpai laut ni?"
Biasanya benda macam ni normal. Sebab bila kita makan rumpai laut akan ada tindak balas dalam badan kita. Contoh nak buang toksik & kotoran dalam badan & juga kulit. Kesan macam ni biasanya paling lama pun 1 minggu atau kurang dari itu. 

Korang kalau ada yang mengalami simtom macam ni jangan panik unless kalau berterusan agak lama. Saya cadangkan kalau macam tu stop dari ambil rumpai laut sebab mungkin badan & kulit kita tak sesuai dengan rumpai laut tu. 
  • "kenapa saya pakai lebih 2 minggu tapi tak dapat hasil macam awak?"
Lain orang lain proses perubahannya. Tak semua orang sama dengan proses perubahan yang berlaku kepada saya. Saya pakai dalam 2 minggu dah nampak kesan. Mungkin proses perubahan untuk anda agak lewat berbanding saya.

Jangan lupa banyakkan minum air kosong ye nanti dehydrated pulak.
  • "macam mana nak bagi hilang hanyir rumpai laut ye? Saya try masak tapi still hanyir"
Mungkin cara awak rebus tak kena. Atau pun mungkin awak terlupa letak benda yang boleh hilangkan hanyir rumpai laut contohnya daun pandan, asam jawa. Jangan lupa juga masa basuh bilas elok2 dengan banyak kali sebelum direbus. 
  • "ada effect tak kalau ambil secara berlebihan?"
Apa2 mineral pun atau makana yang kita ambil melebihi jumlah yang sepatutnya tak elok. Seeloknya bila korang dah nampak perubahan kat badan & kulit korang kemudian dah maintain perubahan tu better stop kan dulu pengambilan rumpai laut tu. Bimbang nanti akan ada kesan lain akibat berlebihan nutrient. Ingat,berlebihan nutrient pun tak elok tau!

Even aku pun aku hanya guna/makan sekali sekala dah sekarang ni sebab alhamdulillah kulit & badan aku dah ok. Aku hanya pakai masker rumpai laut bila muka aku naik jerawat. Agak2 dah stabil keadaan kulit muka aku,aku stop lah. Depends. Do not use it too much
  • "betul ke rumpai laut tiada collagen? Habis tu macam mana boleh ada khasiat?"
Ya. Rumpai laut tiada collagen. Tapi rumpai laut salah 1 sumber makanan yang kaya & tinggi dnegan nutrient & khasiat yang baik untuk tubuh badan. Ya,aku admit ada je orang yang argue & complain sana sini pasal ni. Claim aku penipu lah bagai. 

Here,u read this. Benda yang Allah kurniakan kepada kita,yang halal untuk dimakan & beri khasiat kepada tubuh badan kita buat apa kita nak ragui? Buat apa kita nak caci maki? Jika rumpai laut ni tak elok,bagaimana dengan semua perubahan yang dialami orang yang menggunakannya termasuk saya,kakak,mak & kawan2 saya? Cuba fikir.

Saya teruskan ambil rumpai laut ni sebab saya yakin dengan khasiat yang ada. Yang penting niat kita guna bukan sebab nak tunjuk cantik pada orang lain. Kita berusaha, selebihnya Allah yang bantu kita.
  • "rumpai laut boleh dijadikan bahan tambahan dalam masakan tak?"
Ya, boleh. Terpulang pada anda untuk pelbagaikan cara untuk memakannya. Seeloknya makan rumpai laut yang dah siap direbus campur dengan sunquick. Kompem sedap gila!
  • "berapa lama ye nak tunggu kesan lepas makan rumpai laut ni"
Depends pada penggunaan & badan/kulit kita. Macam yang saya kata tadi,lain orang lain tempoh perubahan dia. 

bahagia keluar jenjalan tanpa bedak. Yakin dengan rumpai laut


    Buat masa ni tu jelah. Siapa2 yang ada masalah & pertanyaan lain boleh terus contact sy by phone/sms (013-4241922), by email (najihahnurfarah@yahoo.com), wechat (najihahfara).

    Mark Down price for rumpai laut. Beli lebih  peket akan dapat harga lagi murah!
Tengok sini

Thursday, April 18, 2013

Review - KFC Spicy Korean Crunch

Assalammualaikum..


    Semalam alang2 aku dah sampai KFC interview manager dia, aku try lah beli ayam kfc yang baru ni. Serious terliur weh. Apa kata aku lepas makan resepi baru ni?


  • sedap!
  • sos terlalu sikit
    Bagi pendapat aku,untuk produk baru kfc ni sedap. Ya, sos dia sedap & sangat pedas. I like bebeh. Tapi malangnya sos dia sikit sangat so macam tak puas. Nak lagi sos tu sebab sedap. Ok itu aje. Korang yangtak try lagi cube pegi try. Aku suka sebab aku suka pedas. 

Harga :

2 pcs : RM 12.55
3 pcs : RM 15.80

Mark Down Price For Rumpai Laut! Jom Order

Assalammualaikum..

    Hai! Order untuk rumpai laut mentah kembali dibuka. Kali ni harga rendah ditawarkan.

Add caption


Gred AA (kuning)/100g - RM10
Gred AAA (purple)/100g - RM20

Termasuk postage. 
Beli 2 peket ke atas akan dapat harga tersangat murah lagi!

Siapa yang ingin order atau ada sebarang pertanyaan boleh contact sy 

sms/call : 013-4291922
email : najihahnurfarah@yahoo.com
wechat ID : najihahfara

sementara stok masih ada! Stok sangat terhad

Wednesday, April 17, 2013

Lace Phone Case For All Type Of Phone- Calazara

Assalammualaikum..

   Hai! Hari ni aku nak review 1 orang/service yang buat lace phone casing ni. Namanya Calazara. Aku pilih untuk beli casing phone dari beliau ni sebab :

  • harga sangat berpatutan (depends on our design)
  • boleh pilih design & kaler lace yang kita nak
  • boleh pilih pluggy yang kita nak
  • senang berurusan dengan owner. Mesra & tak cerewet
  • fast delivery!
  • puas hati dengan design. Worth with the price
    Jom kita tengok sample yang dia buat untuk customer dia yang lain.









    Ok dah puas tengok meh nak tayang casing baru aku pulak. Haha




    Aku suka yang simple je so aku mintak kat dia design without the blink2 benda tu. Hasilnya macam tu lah. Pluggy aku comel kan. Haha. So korang kalau berminat nak dapatkan boleh lah terus contact beliau.

FB : Calazara
Instagram : Calazara
Email : calazara0@gmail.com








Friday, April 12, 2013

Kata-Kata Jumaat : Wanita,Jangan Jadi Penghuni Neraka

Assalammualaikum


Jom follow instagram saya : najihahfara

5 Soalan Yang Paling Perempuan Tak Suka Bila Ditanya

Assalammualaikum..

    Hai semua! Sebelum aku menyibukkan diri dengan benda2 lain baik aku update blog aku yang makin lama makin suram ni ha. Kali ni nak buat entry pasal persoalan atau lebih kepada point yang mana perempuan tak suka jawab bila ditanya. Tapi tak de lah sampai tahap nak mengamuk kan. Tapi who knows. Ape eh? Sini :

  • "kau bila nak kawin ye?"
Part ni pasal jodoh. Gila sensitif ditanya kalau perempuan tu usia bertambah. Kadang2 perempuan ni buakn sengaja dia tak nak kawin. Mungkin ada sebabnya. Contoh tak sampai seru/jodoh, kumpul duit, tunggu waktu yang sesuai & lain2. Kita yang bertanya ni kalau nak bertanya bialah berlapik sikit bahasa kan. Jangan terus direct je tanya. Sentap der. 
  • "berat/tinggi kau berapa? melayang/macam galah je aku tengok kau"
Ini lah orang malaysia. Tahu nak kondem orang je. Sebelum kita nak tanya apa2 kat orang cuba fikir "siapa kita nak persoalkan semua tu pada orang lain?". Tahu tak kita kritik orang lain ibarat kita kritik ciptaan Allah. Aku lah selalu kena. Tak habis2 orang sibuk nak bertanya bila nak gemuk lah,kurus sangat lah. U know,somehow i felt like i wanna throw the dustbin towards those peoples who keep on complaining tu. Cuba kalau kau kat tempat aku atau orang yang ditanya. Gila tak terasa. Fikirlah.


  • "bila nak dapat anak? Dah lama kawin ni"
Yang ni lagi 1 hal yang serius. Anak, jodoh semua tu kan rezeki Allah. Kehendak Allah ketentuan Allah. Lagi sekali, siapa kita nak persoalkan tu semua? Layak ke kita nak cakap pasal tu semua. Aku kesian dengan oarng yang dah kawin tu. Bila orang dok sibuk tanya bila nak dapat anak rasanya terguris ke tak hati orang yang ditanya tu?

Mungkin bagi kita remeh je soalan tu tapi tak untuk orang lain. Orang yang ditanya mungkin akan sedih & fikir benda lain. Ada pulak mulut yang lancang tu siap cakap "entah2 mandul kot". Gila spesis manusia macam ni buat stok nak kena maki je kan. Mana boleh kita nak compare nasib orang lain,bagi mereka yang dah dapat anak sebaik lepas kawin tu lahamdulillah lah. Rezeki dia. Kita ni tak boleh nak expect asal orang lepas kawin je terus pregnant. Siapa punya teori tu?
  • "kau tak jaga muka ke? Kan jerawat dah timbul"
Mungkin ada certain perempuan tak kisah sangat pun pasal ni kan. Kalau kena orang yang self esteem nya rendah? Mesti dia akan fikir kau akan compare dia dengan orang yang jauh lebih cantik dari dia tu. Nak bertanya & menegur biarlah dalam nada bergurau & sopan sikit. 
  • "kau tak pandai masak? Ruginya"
Ya, aku admit agak rugi kalau perempuan zaman sekarang tak pandai memasak. Tapi at least jangan tanya & cakap macam tu. Aku ni ha ape sangat lah yang aku pandai masak even aku amik kos makanan pun tak semestinya aku pandai & teror masak semua benda. Tapi at least aku try. 

Bab pandai memasak ke tak ni biarlah diri sendiri yang fikir. Tak semestinya orang yang tak pandai memasak tu ketinggalan & kelihatan bodoh dimata orang especially pakwe. Ya, lebih bagus jika pandai memasak sekarang even mak aku selalu membebel "kalau tak belajar memasak sekarang bila lagi. Kata nak kawin cepat". Nampak tak betapa tergurisnya aku disitu haha. 



     Jadi,sebelum kita nak bertanya & cakap sesuatu kat orang tu selalu lah fikir perasaan orang lain. Try put yourself under other's shoe. Baru tahu sakit tak sakit hati. Perempuan ni ada banyak jenis. Ada yang jenis memendam & ada yang jenis cepat jawab. Tapi bila jenis yang memendam ni dah hilang sabar ready jelah kena sembur. Pada pendapat aku,yang bertanya semua ni majoriti dari jantina sendiri. Entah mana pegi rasa hormat pun tak tahulah. Kadang2 terasa nak je cakap "hey loser,please go away". Tapi nanti takut dikata biadap. Ya, sabar ajelah semampu yang boleh.

    And yes,orang tanya kita jawab. Think positive tapi kalau setiap masa orang yang sama menanya tak berbulu jugak? 

    Till then,bye!

Tuesday, April 9, 2013

Handmade Casing Power bank,Handphone,Laptop & External Hard Disk Yang Comel (Benang Kait)

Assalammualaikum..

    Hampir terlupa aku untuk review pasal handmade casing untuk hard disk, powerbank,handphone & sebagainya. Owner dia ni kawan kepada kosmet aku. Nanti aku share dengan korang contoh design yang aku & kawan2 aku beli. 

     Apa yang istimewa?
  • design & warna juga jenis benang boleh diminta mengikut citarasa sendiri
  • colour pun bole request ikut citarasa
  • owner yang senang nak deal & mesra dengan customer
  • harga berpatutan
     Meh ramai2 beli. Bagi aku sangat berpuas hati dengan khidmat & design yang diberikan. Bagi sesiapa yang nak tanya tentang crocht ni boleh terus ke fb beliau.

    Fb : Mama Meow Crochet
Contact : 016-8957812

    Yang kat bawah ni contoh hasil tangan beliau sendiri.











   And yang kat bawah ni sample design yang aku & kawan2 aku  beli dari beliau. Seriously sangat puas hati & cantik!



this is mine. Untuk powerbank  aku

   So bagi sesiapa yang berminat boleh lah terus contact dia ye. Bukan itu je, banyak lagi jenis crochet yang ada untuk macam2 benda. 

Monday, April 8, 2013

Filem Malaysia & Porno

Assalammualaikum..

   Sebelum tidur nak up entry. Maaf tajuk agak tak sopan. Lately ni banyak pulak kontroversi filem2 tempatan kita kan. Agak melampau jugak lah. Kenapa ya? Mungkin ada banyak sebab kot pengarah2 buat scene ataupun filem berunsurkan macam tu

  • nak tarik ramai penonton
  • trend
  • tak de modal & idea nak buat filem dah
    Contohnya macam filem Mencari Cinta part Rusdi Ramli & Nora Danish tu. Lagi baru2 ni yang Remy Ishak & Diana Danielle tu.









   Bila ditanya artis dia akan jawab "atas arahan pengarah". Habis tu mana pegi prinsip & harga diri kan. Mungkin artis malaysia terutamanya yang baru nak naik tu fikir pengarah letakkan syarat "nak popular & dapat job kena seksi & berani dulu". Opss!

    Kalau cakap pasal pakaian artis perempuan memang tak payah cakap lah. Geleng kepala je bila tengok. Semalam abah cakap "pesen benda lah si che ta pakai ni". Aku yang perempuan ni jadi malu pulak. Kalau makin labuh tak pe ni makin singkat makin nak ditayang. Dah rasa macam ada kat hollywood. Double opss!

    Aku nak cakap lebih nanti ada pulak yang kata aku ni bajet pandai agama bagai. Tapi kita kalau dah tengok tak tegur lagi berdosa kan. Masing2 ada akal ada fikiran sendri boleh fikir. Bagi artis yang dah kawin tu, bila laki tengok si isteri dipegang2 disentuh over2 dengan lelaki lain tak ke ada perasaan marah? 

    Aku bukan tak sokong filem tempatan filem negara sendiri tapi bila dah lama2 makin daring gila macam ni agak2 penonton pun boleh nilai sendiri. Lebih baik tengok cerita lain. Faham kan maksud aku.

Corat-Coret ABPBH 2012 & Tayangan Pakaian Artis

Assalammualaikum..

   Hai! Apa khabar semua? Gila rindu aku dengan korang semua. Baru nak merasa free bila cuti. Tapi cuti pun kena buat keje jugak nya. Tak de nak holiday sangat lah. Ok nak cerita pasal ABPBH 2012 yang baru je berlangsung semalam. Ape kata korang? Kata aku?


  • opss fida!
  • suara fans sangat memekak sampai terkeluar dari tv. Amboi! Over
  • Tasha Shilla macam konker mic. Kesian Fathia jadi senyap je. 
  • The best part ever was when all of the legend combine together singing the old timer song. Gila part tu memang best gila. Amir Ukays, Zarul Umbrella, Ayai Ilusi & Bagio Damasutra. Zarul hensem!
  • event macam kelam kabut sikit
  • baju last farah fauzana ops!
    As usual jom tengok artis & pakaian mereka di red carpet ABPBH 2012. Tema ledakan geometri. Jangan terjojol mata sudah
















sumber & lagi gambar di Oh Bulan






gambar dari instagram Nora Danish & Lisa Surihani

   Sebelum tutup entry meh sini nak share dengan korang part paling best masa ABPBH 2012. Layan jiwang tu. Maaf kalau ada yang tak puas hati dengan entry ni. Aku pun penonton jugak.



Aku rasa mungkin Zed Zaidi lepas ni boleh tetapkan syarat kepada artis perempuan setiap kali ada event kena pakai baju yang tak tayang belahan dada & paha. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi