Friday, April 12, 2013

5 Soalan Yang Paling Perempuan Tak Suka Bila Ditanya

Assalammualaikum..

    Hai semua! Sebelum aku menyibukkan diri dengan benda2 lain baik aku update blog aku yang makin lama makin suram ni ha. Kali ni nak buat entry pasal persoalan atau lebih kepada point yang mana perempuan tak suka jawab bila ditanya. Tapi tak de lah sampai tahap nak mengamuk kan. Tapi who knows. Ape eh? Sini :

  • "kau bila nak kawin ye?"
Part ni pasal jodoh. Gila sensitif ditanya kalau perempuan tu usia bertambah. Kadang2 perempuan ni buakn sengaja dia tak nak kawin. Mungkin ada sebabnya. Contoh tak sampai seru/jodoh, kumpul duit, tunggu waktu yang sesuai & lain2. Kita yang bertanya ni kalau nak bertanya bialah berlapik sikit bahasa kan. Jangan terus direct je tanya. Sentap der. 
  • "berat/tinggi kau berapa? melayang/macam galah je aku tengok kau"
Ini lah orang malaysia. Tahu nak kondem orang je. Sebelum kita nak tanya apa2 kat orang cuba fikir "siapa kita nak persoalkan semua tu pada orang lain?". Tahu tak kita kritik orang lain ibarat kita kritik ciptaan Allah. Aku lah selalu kena. Tak habis2 orang sibuk nak bertanya bila nak gemuk lah,kurus sangat lah. U know,somehow i felt like i wanna throw the dustbin towards those peoples who keep on complaining tu. Cuba kalau kau kat tempat aku atau orang yang ditanya. Gila tak terasa. Fikirlah.


  • "bila nak dapat anak? Dah lama kawin ni"
Yang ni lagi 1 hal yang serius. Anak, jodoh semua tu kan rezeki Allah. Kehendak Allah ketentuan Allah. Lagi sekali, siapa kita nak persoalkan tu semua? Layak ke kita nak cakap pasal tu semua. Aku kesian dengan oarng yang dah kawin tu. Bila orang dok sibuk tanya bila nak dapat anak rasanya terguris ke tak hati orang yang ditanya tu?

Mungkin bagi kita remeh je soalan tu tapi tak untuk orang lain. Orang yang ditanya mungkin akan sedih & fikir benda lain. Ada pulak mulut yang lancang tu siap cakap "entah2 mandul kot". Gila spesis manusia macam ni buat stok nak kena maki je kan. Mana boleh kita nak compare nasib orang lain,bagi mereka yang dah dapat anak sebaik lepas kawin tu lahamdulillah lah. Rezeki dia. Kita ni tak boleh nak expect asal orang lepas kawin je terus pregnant. Siapa punya teori tu?
  • "kau tak jaga muka ke? Kan jerawat dah timbul"
Mungkin ada certain perempuan tak kisah sangat pun pasal ni kan. Kalau kena orang yang self esteem nya rendah? Mesti dia akan fikir kau akan compare dia dengan orang yang jauh lebih cantik dari dia tu. Nak bertanya & menegur biarlah dalam nada bergurau & sopan sikit. 
  • "kau tak pandai masak? Ruginya"
Ya, aku admit agak rugi kalau perempuan zaman sekarang tak pandai memasak. Tapi at least jangan tanya & cakap macam tu. Aku ni ha ape sangat lah yang aku pandai masak even aku amik kos makanan pun tak semestinya aku pandai & teror masak semua benda. Tapi at least aku try. 

Bab pandai memasak ke tak ni biarlah diri sendiri yang fikir. Tak semestinya orang yang tak pandai memasak tu ketinggalan & kelihatan bodoh dimata orang especially pakwe. Ya, lebih bagus jika pandai memasak sekarang even mak aku selalu membebel "kalau tak belajar memasak sekarang bila lagi. Kata nak kawin cepat". Nampak tak betapa tergurisnya aku disitu haha. 



     Jadi,sebelum kita nak bertanya & cakap sesuatu kat orang tu selalu lah fikir perasaan orang lain. Try put yourself under other's shoe. Baru tahu sakit tak sakit hati. Perempuan ni ada banyak jenis. Ada yang jenis memendam & ada yang jenis cepat jawab. Tapi bila jenis yang memendam ni dah hilang sabar ready jelah kena sembur. Pada pendapat aku,yang bertanya semua ni majoriti dari jantina sendiri. Entah mana pegi rasa hormat pun tak tahulah. Kadang2 terasa nak je cakap "hey loser,please go away". Tapi nanti takut dikata biadap. Ya, sabar ajelah semampu yang boleh.

    And yes,orang tanya kita jawab. Think positive tapi kalau setiap masa orang yang sama menanya tak berbulu jugak? 

    Till then,bye!

15 comments:

  1. yup,,setuju sgt..yang x pandai masak tu yup,,mmg x suka org tanya camtu..sbb mmg x pandai pon..haha

    ReplyDelete
  2. be positive. sebab itu cuma soalan. kita jawab. dah selesai soalan kn2..

    :)

    ReplyDelete
  3. taw xpe...xle...jgn tanye..jangannn..

    ReplyDelete
  4. amboi.. kesian.. aku bayangkan kalau aku jadi perempuan... maaf la ye.. sebb aku kdng2 pun tnye kawan prempuan aku sebijik mcam soalal2 dalam entri tuh.. ahahhahahah

    ReplyDelete
  5. suka bab bila nak dpt anak tu.sedap rasa jerk nak ckp-ckp
    ingat tuhan ke?

    ReplyDelete
  6. setuju sgt lg lg part anak tu haih la sensitif tau huu balik rumah nangis ngadu kt husband huhu

    ReplyDelete
  7. btol2..sume tu soalan sensitip..tp wat bodo je la jgn smpi mengamuk plak..hihi

    ReplyDelete
  8. hhahaha. agree ! sep sikit. *pap* :)

    ReplyDelete
  9. hahaha..silap besar la kalo org laser cenggini kat aku, menangis tak berlagu die dgr jwpn aku t... hoho...

    beb, im done folowing u, if not mind, visit la page aku. tengs anw !~

    ReplyDelete
  10. Betul2.. bila umur dah 20-an memang akan ditanya: bila nak kawin -.- hee

    ReplyDelete
  11. hmm.. belum pernah kena soal lg soalan2 cmtu, next time kot.. hehe

    ReplyDelete
  12. Bila nak ada anak? Kita pn xtahu jgk bila..semuanya rahsia Allah..

    ReplyDelete
  13. rs nk lempang bila ditanye mcm tu

    ReplyDelete
  14. kalau orang tanya saya...kenapa kau kurus sangat...itu serious saya sedih. tapi dulu ah. skang suka je jadi kurus. ihihih

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi