Friday, April 19, 2013

Pertanyaan Berkaitan Rumpai Laut (Kebaikan & Keburukan)

Assalammualaikum..

    Hai. Lately ni aku banyak sangat dapat pertanyaan dari orang ramai berkenaan rumpai laut ni. Seperti yang sedia maklum rumpai laut tiada collagen tapi rumpai laut ni salah 1 sumber makanan yang kaya dengan khasiat & baik untuk kesihatan kita.

   Ok, for those yang still terfikir soalan yang sama ataupun korang first time user nak pakai rumpai laut ni,aku sertakan beberapa soalan yang selalu ditanya.



  • "kenapa muka saya naik jerawat lepas makan/guna rumpai laut ni?"
Biasanya benda macam ni normal. Sebab bila kita makan rumpai laut akan ada tindak balas dalam badan kita. Contoh nak buang toksik & kotoran dalam badan & juga kulit. Kesan macam ni biasanya paling lama pun 1 minggu atau kurang dari itu. 

Korang kalau ada yang mengalami simtom macam ni jangan panik unless kalau berterusan agak lama. Saya cadangkan kalau macam tu stop dari ambil rumpai laut sebab mungkin badan & kulit kita tak sesuai dengan rumpai laut tu. 
  • "kenapa saya pakai lebih 2 minggu tapi tak dapat hasil macam awak?"
Lain orang lain proses perubahannya. Tak semua orang sama dengan proses perubahan yang berlaku kepada saya. Saya pakai dalam 2 minggu dah nampak kesan. Mungkin proses perubahan untuk anda agak lewat berbanding saya.

Jangan lupa banyakkan minum air kosong ye nanti dehydrated pulak.
  • "macam mana nak bagi hilang hanyir rumpai laut ye? Saya try masak tapi still hanyir"
Mungkin cara awak rebus tak kena. Atau pun mungkin awak terlupa letak benda yang boleh hilangkan hanyir rumpai laut contohnya daun pandan, asam jawa. Jangan lupa juga masa basuh bilas elok2 dengan banyak kali sebelum direbus. 
  • "ada effect tak kalau ambil secara berlebihan?"
Apa2 mineral pun atau makana yang kita ambil melebihi jumlah yang sepatutnya tak elok. Seeloknya bila korang dah nampak perubahan kat badan & kulit korang kemudian dah maintain perubahan tu better stop kan dulu pengambilan rumpai laut tu. Bimbang nanti akan ada kesan lain akibat berlebihan nutrient. Ingat,berlebihan nutrient pun tak elok tau!

Even aku pun aku hanya guna/makan sekali sekala dah sekarang ni sebab alhamdulillah kulit & badan aku dah ok. Aku hanya pakai masker rumpai laut bila muka aku naik jerawat. Agak2 dah stabil keadaan kulit muka aku,aku stop lah. Depends. Do not use it too much
  • "betul ke rumpai laut tiada collagen? Habis tu macam mana boleh ada khasiat?"
Ya. Rumpai laut tiada collagen. Tapi rumpai laut salah 1 sumber makanan yang kaya & tinggi dnegan nutrient & khasiat yang baik untuk tubuh badan. Ya,aku admit ada je orang yang argue & complain sana sini pasal ni. Claim aku penipu lah bagai. 

Here,u read this. Benda yang Allah kurniakan kepada kita,yang halal untuk dimakan & beri khasiat kepada tubuh badan kita buat apa kita nak ragui? Buat apa kita nak caci maki? Jika rumpai laut ni tak elok,bagaimana dengan semua perubahan yang dialami orang yang menggunakannya termasuk saya,kakak,mak & kawan2 saya? Cuba fikir.

Saya teruskan ambil rumpai laut ni sebab saya yakin dengan khasiat yang ada. Yang penting niat kita guna bukan sebab nak tunjuk cantik pada orang lain. Kita berusaha, selebihnya Allah yang bantu kita.
  • "rumpai laut boleh dijadikan bahan tambahan dalam masakan tak?"
Ya, boleh. Terpulang pada anda untuk pelbagaikan cara untuk memakannya. Seeloknya makan rumpai laut yang dah siap direbus campur dengan sunquick. Kompem sedap gila!
  • "berapa lama ye nak tunggu kesan lepas makan rumpai laut ni"
Depends pada penggunaan & badan/kulit kita. Macam yang saya kata tadi,lain orang lain tempoh perubahan dia. 

bahagia keluar jenjalan tanpa bedak. Yakin dengan rumpai laut


    Buat masa ni tu jelah. Siapa2 yang ada masalah & pertanyaan lain boleh terus contact sy by phone/sms (013-4241922), by email (najihahnurfarah@yahoo.com), wechat (najihahfara).

    Mark Down price for rumpai laut. Beli lebih  peket akan dapat harga lagi murah!
Tengok sini

4 comments:

  1. agak2 kalau rumpai laut tu kita tak makan, tapi sangkut kat telinga boleh nampak tampan x?

    p/s: amboi gambar ngelas tu buat jantung aku dupdap2 kahkahkah :D

    ReplyDelete
  2. tu lah nampak article pasal rumpai laut ni. tu yang ramai duk tanya jihah kot.

    ReplyDelete
  3. Kita mkn aritu abis kaki bengkak.itu pun kesan samping
    an ke.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini