Wednesday, August 27, 2014

Kolej Serumpun UPM

Assalammualaikum

   Hai! Lately ni banyak keyword aku dapat pasal kolej serumpun UPM ni. Aku tau sebab apa, sebab adik-adik intake baru bakal sambung belajar kat sini & ada antara korang yang dapat kolej serumpun ni kan. Btw korang tahu ke serumpun means what? Ok sini aku terangkan & share sikit pasal kolej serumpun ni.

   Actually serumpun ni terdiri dari kolej 14, 15, 16,12. Kedudukan kolej ni pun macam kat luar main kampus. Macam kolej lembah yang kat dalam tu ha. Zaman aku dulu aku panggil kolej-kolej lembah ni kolej merit sebab kalau korang nak stay sana sampai habis belajar, korang kena aktif kumpul merit. Dan sebab tu juga aku suka stay kolej serumpun ni walaupun ada banyak jugak benda yang aku tak suka pada mulanya pasal kolej ni. Tapi banyak kelebihan nya. Tak caya meh sambung baca entry aku.

   Aku suka stay kolej serumpun sebab :

  • ramai member 
Kolej lain pun ramai jugak member tapi bagi aku tak seramai macam kat serumpun la kot. Macam aku stay sini member aku bukan setakat kat dalam kolej 16 (kolej yang aku stay selama 4 tahun) je tapi boleh dikatakan kat semua kolej serumpun aku ada member. 
  • menyenangkan
Means kalau ada assignment melibatkan group work, senang la sangat aku nak bekerja. Tambah pulak most of kosmate aku semua stay kat kolej serumpun. Check point nak jumpa dekat Sanggar Kolej 12 ataupun cafe. 
  • dekat dengan cafe
Yang ni paling aku suka. Kafe tutup pukul 11, bila-bila masa aku lapar aku turun. Tapi malangnya kafe sekarang dah tak best macam zaman aku 1st year dulu. Macam-macam ada. Ape pun still bersyukur sebab masih ada makanan lagi. Pasrah. 
  • transportation (mid point bas)
Selama aku 4 tahun belajar kat upm, aku naik bas je pegi kelas. Mana-mana aku pegi naik bas je. Alhamdulillah still dapat survive sampai final year. Sini aku macam nak cakap sikitlah. Adik-adik yang rasa ala-ala tak boleh nak susah sikit, belajar lah biasakan diri hidup susah. Tak payah demand sangat baru 1st year dah nak bawak kete bagai. Dan aku dimaklumkan sekarang mana-man pak guard sangat strict. So kalau nak bawak kete tanpa ada sticker yang sah tu, lupekan. 

Aku macam tak boleh blah dengan student yang "panas lah naik bas. Leceh nak kena kejar semua". Pesen nak senang je time belajar payah jugak. Dan pesen yang bajet-bajet macam ni pun annoying jugak. Kalau rasa nak belajar cara kejar bas dari aku, boleh lah tanya aku. Haha. Master kot. 
  • kolej senang cari
Kalau sedar mara aku ke kawan-kawan aku nak datang amik aku senang. Sebab kolej aku senang sangat nak cari. Dekat dengan highway. Tak payah nak face banyak pak guard. 
  • meriah
Meriah sebab dalam 1 bilik ada 3 roomate (including you). Memang nampak sempit tapi pandai-pandai lah nak hidup susun bagi kemas. Tapi seriously best kalau dapat roomate yang sekepala dengan kita. Kalau dapat yang sebaliknya nasib kau lah. Mohon tukar bilik next sem. 

Macam aku, masuk tahun 2 tak silap, aku mohon tukar bilik duduk sama bilik dengan kosmate aku, & group masa aku orentasi dulu. Best gila. 
  • banyak makanan dijual
Kau orang masuk nanti dah tengah-tengah sem jangan terkejut pulak kalau ada orang jual makanan kat tepi tepi koridor ke depan bilik semua. Senior nak cari duit tambahan la katakan. Korang kalau lapar pun, boleh sebat makanan yang ada. Yang penting, bayar!

Tak pun nanti akan ada yang ketuk bilik kau "nak beli hotdog,nasi goreng,kek coklat..bla..bla..blaa". Time hujan memang laku. Aku pernah jugak jual dulu haha.Untung. Bukan makanan je, kau nak bisness ape, semua ada. Tak percaya, nanti masuk kolej mesti ada orang tampal notis.


    Tapi dalam pada best, biasalah ada jugak benda yang aku tak berapa selesa dengan kolej serumpun :
  • sempit
Benda paling obvious masa kau daftar masuk bilik nanti mesti kau akan rasa "ala, kenapa bilik dia macam ni". Sebab dari rumah lagi kau dah bayangkan kau akan dapat bilik yang besar, luas macam kat matrik dulu bila dah masuk universiti. Adik-adik, korang akan belajar rasa selesa after few weeks nanti. Trust me! Mula- mula memanglah wei. 

Tapi aku kasi tips la. Kalau rasa korang pandai kemas, buat susun atur L atau U (aku tak reti nak kasi gambaran macam mana). Tapi mesti akan nampak luas & kemas gila kalau korang pandai susun & kemas. Pandai-pandai lah.
  • jamban banyak rosak
Dah banyak kali mengadu, macam tu jugak lah. Aku tak tahulah bila dah ada intake baru ni semuanya dah baiki kan. Masa zaman aku dulu, boleh dikatakan dari 10 jamban, 4 je yang boleh pakai. Yang lain, haram semua rosak & kotor. 
  • masalah ampaian
Paling kritikal. Tapi jangan risau. Dryer ada. Kau basuh pakai mesin je pastu keringkan pakai dryer. Selama 4 tahun aku stay sana, boleh kira bape kali je aku basuh baju pakai tangan. Semua sebab malas. Kemudahan ada, guna je. Pernah sekali mesin basuh aras aku rosak, aku sanggup pegi basuh kat kolej sebelah (kolej 12). Dalam hujan pulak. 

Tu kelebihan stay serumpun ni ha. Mesin basuh banyak. Haha. 


    Alahai, kalau korang dapat kolej serumpun yang kolej berbelas-belas ni, tak payah lah nak rasa down sangatnye. Tak payah dengar sangat ape senior korang cakap tu. Biasalah, mana-mana tempat korang pegi pun sama je. So, be happy je. For sure korang akan rasa happy gila nanti. Kompem. 

   Sebenarnya, mana-mana kolej sama je. Ade baik buruk. Aku elok je stay kolej serumpun. Yang penting korang study elok-elok. Tak payah nak peduli sangat apa orang lain cakap. Saje je tu. Ok baby! Good luck. Aku dulu duduk kolej 16 in which the best kolej ever. Ada banyak sangat aktiviti yang ada. Sila join. Rugi kalau tak join. 

   Kalau ada apa-apa nak tanya, feel free to do so ok. Akak baik je. Gitu. Ok bye!

9 comments:

  1. sy pernah taw sbb pernah ikut sepupu stdy upm..hehehhe

    ReplyDelete
  2. baca entri buat rindu zaman blajar dulu pulak

    ReplyDelete
  3. haha..betul tu najihah..nak selesa masuk kolej swasta, hari-hari ulang-alik rumah..duduk uni ni memang banyak pahit manis, tapi yang perit tulah yang buat kita belajar hidup susah..

    ReplyDelete
  4. bagusnya akak seni0r upm ni..kawan saya ada yang masuk upm...nanti jumpalah dia tu..hihi

    ReplyDelete
  5. btl, dkt sgt dgn lebuh silikon, gerenti xsesat..

    dl akak msuk, kolej tu kolej 12 & 14, masuk sem 3, pecah jd 4 kolej.. smpila skang..

    ReplyDelete
  6. Salam,nk tnya,sy dpt kolej 16..tapi nak tukar ke kolej 15 masa pendaftarn,boleh ke ?

    ReplyDelete
  7. Salam,nk tnya,sy dpt kolej 16..tapi nak tukar ke kolej 15 masa pendaftarn,boleh ke ?

    ReplyDelete
  8. klu sem 1 nak tukar bilik blh tak? Kena mohon dkt mana ya?

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini