Thursday, August 7, 2014

Raya Zaman Sekarang

Assalammualaikum

   Hai! Allahuakbar lama sangat-sangat aku dah tak update blog. Since i was finished my internship. Maaf. Tapi alhamdulillah still ada ramai lagi pembaca blog aku yang sudi datang jenguk blog aku walaupun macam ala-ala bangkai bernyawa. Tapi aku sayang blog ni. Haha.

   Raya dah 2 minggu hampir berlalu kan. Korang notice tak sekarang punya raya sangat-sangat berbeza daripada raya-raya yang dulu? Kan. Sangat perasan.

  • gajet ditangan
Aku tak cakap orang lain. Aku pun tak lari buat benda yang sama. Tapi taklah 24/7 kan. Bertuah jugak aku kat kampung line internet ala-ala segan nak muncul. Kalau tak aku rasa memang online lah memanjang. Tapi betul la kan. Bila dah zaman sekarang yang internet will be 1 of the most our priority, semua jadi lain. 

Kezen sorang kat utara, sorang kat selatan. Tegur sekejap-sekejap je. Lepas pada tu mata semua tertumpu pada skrin henpon je. Kadang-kadang sentap jugaklah bila kau bercakap dengan orang tu tapi orang tu tak pay attention langsung kat kau. Sentap gila kan. 
  • baju raya terlalu urban
Hari tu ada sekejap hot pasal pattern baju melayu yang ala-ala urban melampau. Ada baca tak? Bukan apa, sekarang ni feseyen baju raya kadang-kadang terlalu urban & macam over pun ada. Tak dinafikan memang ikut trend tapi tak setara dengan apa yang kita sepatutnya pakai kot. 

Cuma sekarang ni aku lebih prefer pakai baju raya yang still sama macam dulu. Simple & nice. Kalau dulu aku suka jugak pakai paju raya yang jarang-jarang kena pakai inner tu, tapi bila sekarang nak pakai rasa segan. Macam berbogel. Prefer to wear jubah dress. Biasalah manusia berubah.
  • semakin semakin sibuk
Yelah sekarang semua dah berkerjaya. Nak jumpa sedara mara kezen semua mesti payah gila. Semua raya tak sama. Macam aku ikut turn. Pahang & Perak. Kalau jumpa pun tak macam dulu lah mesranya kot. Nak-nak bila ada yang dah beranak-pinak. Lagi susah nak macam dulu. Biasalah

   
    Tapi yang paling ketara sekarang ni gajet lah. Semua sekarang manusia gila online. Including me. Tapi aku tak delah sampai dari pagi sampai petang nak pegang fon almost the time. Melampau. Kena sound dengan mak. Sekali sekala kita sambut raya meriah macam dulu apa salahnya kan. Raya setahun sekali. Apa salahnya tinggal fon tu sekejap. Kejap aje. Dah habis beraya dengan family kau nak telan fon tu pun tak apa.

   Selamat hari raya semua!


9 comments:

  1. Seriously, gadget & internet zmn skg dah takleh dipisahkan.. Sgtla antisosial zmn skg ni.. Bkn setakat raya je, ari2 biasa lagi parah.. Gadget x lepas dari tangan.. Tak ckp orgla, Mieza sendiri pun sama.. Mcm ketagih pulak.. huuuu...😭
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. betul .. sekarang raya pergi rumah orang, tuan rumah pun asyik buzy dengan smartphone jeaa .. =.=''

    ReplyDelete
  3. mujur la btry nfon jenis bodo tak tahan sangat. so akan off data & simpan phone bila btry dah sampai separuh. haha.. best jugak ada phone nie boleh selfie setiap rumah. kemudian boleh upload terus dalam ig,fb semua. tp jgnlah over sampai ralek benor main ke phone tak dulik ke org.

    ReplyDelete
  4. mmg la dik..gajet plg nmpk sekali..yg selfie tu ok lg.. yg ngadap fb, ig, twitter.. kenkadang panas hati bila kite ckp dia buat xtau je.. satu lg, dia borak dgn puak dia je.. ko dh la dtg umah kite, ramah tamah la dgn tuan umah, bkn dgn puak ko gak.. geram nihhh

    ReplyDelete
  5. @Rosmiza Ali

    same goes to me pun. tapi berpada2 lah kan

    ReplyDelete
  6. @Hafiz Hafizol

    ha tau x pe. ini off kalau bateri x de dah. terguris org nanti kan

    ReplyDelete
  7. @MizzTina

    betul2. samelah kak. kalau balik kampung tu memang berpuak. haha. do i care kan

    ReplyDelete
  8. 안녕하세요! Hi~! this is twinscraftlife^^ We sell handmade crafts^^ pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini