Friday, August 8, 2014

Pengalaman Guna ALTEL

Assalammualaikum



   Aku dulunya memang setia dengan maxis since tempat aku duduk coverage maxis memang tiptop. Cumanya lately ni aku dah rasa malas nak guna maxis sebab aku rasa membazir. Bayar mahal tapi coverage menghampakan. Padahal sini tak ada coverage internet maxis. Makanya aku decide terminate & pakai line internet lain.

   Aku pilih untuk guna line Altel. Korang mesti dah tahu tentang Altel kan. Memang femes lately ni. Sebelum aku decide nak guna Altel aku dah buat banyak pemerhatian daripada review orang dari pelbagai sumber. Cuma masa sebelum aku guna aku tak sure sama ada tempat aku ada coverage Altel tu atau tak. So aku main berani mati je nak try Altel.

   Sebelum ni aku ada tanya few members aku yang guna Altel ni. Most of them memang rekemen sangat pakai Altel ni sebab jimat. Aku stay kluang sekarang. So aku tak tahu kat mana tempat nak car sim kad Altel tu. So, aku hold on dulu niat nak beli sim kad.

   Alkisah 1 malam aku pegi makan dengan family aku. Datang sorang mualaf main jual-jual. Then aku terdengar dia cakap pasal Altel. Aku terus keluarkan duit beli sim kad tu & after being registered aku boleh guna line Altel dengan jayanya. Aku beli dengan harga RM 10. Dalam sim ada RM 5 kredit percuma

   Guess what? Sebelum ni ada orang-orang yang kata line internet Altel ni tetap laju even dalam ceruk kampung kan? Jawapannya ya! Memang laju. Tempat aku even line internet E tapi still bole google dengan lajunya. Makanya aku teruslah guna line Altel & aku sangat bersetuju dengan review orang yang mengatakan line internet Altel sangat laju walaupun dalam kampung.
\
   Tapi tapi tapi. Perlu diingatkan bahawa semua tu bergantung pada tempat masing-masing. Setakat yang aku buat survey line internet Altel ni, mana-mana kampung aku pergi pun tetap ada line. Tak pernah tak ada. Tenggelam timbul tu biasalah. So setelah aku guna Altel selama nak dekat sebulan ni, apa yang bestnya?

  • pakej internet yang sangat jimat & murah
  • line internet yang sentiasa tak menghampakan
   Cuma bagi aku Altel ni ada 2 kelemahan. Bagi aku lah. 
  • topup cepat habis di kedai
  • bagi online user yang 24/7 surft internet memang cepat habis quota
    Aku pakai pakej yang RM 28 tu je. Bagi aku dah memadai untuk aku. Setakat bukak twitter & whatsapp tu tak banyak sangat makan. Unless kalau kau tiap jam on instagram, fb & you tube bagai semua yang makan quota banyak tu, memang cepatlah habis nya. Tapi bagi aku still sangat menjimatkan. 

   Pertanyaan yang selalu kawan-kawan tanya :
  • mana nak beli sim kad Altel ni?
Kat mana-mana kedai telefon yang ada lambang Altel. Tak pun kau redah aje mana-mana kedai telefon & tanya ada jual ke tak. Beli melalui dealer pun ok je. 
  • nak topup Altel kat mana?
Macam aku selalu beli kat 7e je. Kat 7e, Shell, Petronas & mana-mana kedai telefon. 
  • kalau habis quota line internet down ke?
Taklah. Cuma dia akan cas kau RM 0.05 setiap penggunaan internet. Aku guna selalu topup 10 ringgit tahan sampai 2 minggu. 
  • coverage memang ok ke?
Ya. Memang excellent. Nak-nak bila dalam bandar. Laju gila. Tapi it depends on your location. Ingat ya, lain orang lain pengalamnnya
  • apa pakej internet yang ada?
RM 15/ 500mb - 30 hari
RM 28/ 1Gb - 90 hari
RM 48/ 2 gb- 90 hari

    Untuk maklumat yang lain silalah pegi website ALTEL 

    So now, i am happy with Altel. Thank u Altel. Jimat, murah & meyakinkan. Perlu diingatkan bahawa lain tempat lain coverage ya. So far semua orang yang pakai line Altel memang terlalu eksited & tak menghampakan. Bye!

9 comments:

  1. saya pakai celcom. foc je. dah lama dapat free. pemurah betul celcom haha

    ReplyDelete
  2. @Hafiz Hafizol

    tak penah dengar pun hehe. mana2 lah janji berbaloi

    ReplyDelete
  3. pakai celcom, xleh tkr dh sbb no akak main, ada 5 anak bwh akak..huhuhu

    ReplyDelete
  4. dulu celcom, bb/android/ipong, kalau belum update carier ke celcom16.1 yes memang ada free internet, maksudnya tak kena block even dah habis quota, dan tak kena charge kredit untek pengguna habis tempoh.

    dan ye, aku sendiri pun dah jemu dengan tenggelam timbul celcom ni, kadang ada ja 3G full, tetiba tertukar pulak jadi E -.-

    memang nak ke altel pun dah haaa. haha

    ReplyDelete
  5. nak beli juga untuk broadband mn nak cr altel ehh

    ReplyDelete
  6. ada typo, RM 15/ 500gb - 30 hari
    500mb bukan 500gb
    HEHEH

    ReplyDelete
  7. assalam..
    altel milik syarikat melayu bumiputera iaitu Tan Sri Syed Al Bukhari.
    No wonder murah. Nways, thanx for sharing sbb i pun nak cari sim baru ni. Tak nak maxis dah. :)

    ReplyDelete
  8. Sy guna digi lagi dia makan duit kita.. dulu boss abg ada bagi simcard altel free tapi takut nak pakai sbb abg ckp susah nak cari topup dia.. tapi sekarang rasa macam nak pakai je simcard tu.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini