Sunday, August 24, 2014

Tips Jimat Dihujung Semester

Assalammualaikum

   Tak lama je lagi budak-budak degree nak masuk universiti kan. Bila masuk hujung sem mesti akan sengkek punye lah. Biasanya bagi budak yang dapat loan lah. Tak kira lah engkau dapat PT ke JPA ke ape . Tips ni paling crucial untuk si peng-apply loan lah. Macam aku. Tapi aku tak amik PT aku amik yayasan Pahang. Anak Pahang sejati.

   For the 1st 3 semester aku kat upm memang miserable & horrible gila hidup aku dihujung sem. Sengkek gila aku sebab tak ada duit. Bila dapat duit masa mula-mula tu bapak jakun gila. Yelah tak pernah dapat duit sebanyak itu dalam akaun kan. Aku pegi tibai shopping online. Lepas pada tu merana lah aku tak ada duit. Padan muka. Tapi  dalam semester 4, aku dah jadi bijak sikit & aku start fikir cara nak berjimat & save duit. So aku nak share dengan korang cara aku jimat & sure duit cukup sampai habis sem.

  • simpan dalam tabung
Aku start menabung since semester ke 3. Setiap hari aku akn simpan RM 1 dalam tabung. Kalau ada duit lebih dalam RM 5, RM 10 ke aku amik sekeping aku simpan. Dan setiap bulan aku akan simpan RM 50 dalam tabung tu. 

Yang paling penting, korang jangan sesekali guna duit dalam tabung tu kalau tak ada keadaan yang emergency. Jangan sesekali gatal tangan nak amik buat shopping. Try to control yourself. Macam aku, aku simpan tabung aku kat tempat tersorok. So that nanti aku tak kan nampak tabung tu.

Tapi. be careful dengan orang sekeliling tau! MAke sure sediakan tabung besar. Baru puas hati. So at the end of the semester aku boleh kumpul dalam RM150++ macam tu dalam tabung. Kan jimat weh. Bila aku tak ada duit masa hujung sem, aku akan guna duit dalam tabung aku. Setel masalah. Tapi hanya untuk benda penting macam makan & belanja lain. Bukan joli-joli
  • buat akaun lain
Macam aku UPM pakai CIMB. So, aku ada akaun Maybank. Kadang-kadang kalau aku rajin aku akan transfer sikit duit yang loan kasi dalam akaun ni. Aku pun simpan dalam ASB jugak. 1 sem simpan dalam 700. Simpan dalam tu for sure takkan guna punya kan. 
  • jangan rakus di awal sem
Bila dah dapat duit awal sem tu engkau jangan jadi rakus. Terus dalam kepala otak nak beli itu ini joli itu ini. Kalau sekali sekala boleh la. Kalau dah tiap-tiap sem macam tu, sakit lah. Aku pun kaki shopping jugak, tapi biasanya aku akan selang 4 ke 3 sem macam tu untuk aku shopping. Bila sekali shopping, aku spend & sediakan RM200. Tapi kalau nak shopping tak payah lah nak pegi shopping tempat memahal. Engkau student lagi. 

Aku shopping biasa kat Jalan Tar, KWC, TS & semua tempat yang murah-murah. Jimat boleh dapat banyak benda. Puas hati. 
  • elakkan guna duit buat beli gajet
Ini yang selalu student buat termasuk aku. Tapi pada zaman dulu. Aku dulu pernah beli tab pakai duit sem aku. Tapi tak banyak. Yang aku macam rasa  tak patut bila ada student yang spend almost half of duit loan tu kot untuk semata beli gajet yang mahal gila tahi. Macam rugi. Kes adik aku lah tu. Hujung sem sengkek. Padan muka. 

Nak beli boleh, tapi ikut lah kemampuan. Kau jangan nak tiru kawan sangat. Tengok kawan pakai I pong, engkau pun nak sama naik. Makan kertas jelah kau lepas pada tu. Baik kau spend duit untuk beli makanan, lagi best. Kenyang.
  • jangan terlalu ikut kawan
Jangan mudah sangat nak terikut dengan lifestyle kawan kita yang memang sedia ada kaya. Kalau dah tahu tak ada duit, buat cara tak ada duit. Tak payah belagak kaya. Nanti merana.
  • join apa-apa aktiviti yang ada elaun & upah 
Aku kalau rajin aku join lah. Tapi untung weh sebab dapat duit. Boleh lah buat topup ke buat makan. Dapat pengalaman lagi. 
  • kerja part time
Siapa yang kelas dia tak full sangat & rasa diri tu boleh buat banyak kerja dalam 1 masa boleh lah try cari kerja part time. Tak payah jauh-jauh, dalam universiti pun kadang-kadang ada je keje part time. Aku dulu pernah buat bisnes rumpai laut, ingat tak haha. Alhamdulillah sangat membantu dalam perbelanjaan aku. Tapi sekarang dah pencen sebab habis stok. 
  • beli apa yang patut
Tak kiralah makanan ke minuman ke topup ke. Kalau nak makan tu, tak payah demand sangat nak makan mahal-mahal. Makan apa yang ada sudah. Tengah awal sem boleh lah merasa. Agak-agak nak beli ais krim Coneto hari-hari tak payahlah. Makan sebulan sekali je. Sudah

Lagi 1 broadband. Kalau budak UPM, tak payah pakai broadband pun ok kot sebab ada wifi. Boleh tahan laju cuma biasalah ada waktunya slow. Wifi upm kalau kau nak rasa bahagia bila online, online time pukul 1 pagi ke atas & 11 pagi ke 12 tengah hari macam tu. Sebab time tu student tak ramai guna haha. Tapi kalau rasa nak beli, beli jelah.

   Hidup dalam universiti memang banyak sangat-sangat perlukan duit. Duit samping engkau memang kena spare setiap masa. Tak tipu. Banyak benda yang tak jangka. Depends pada kos masing-masing. Macam kos aku, benda yang paling mahal aku beli ialah suit uniform chef. Buku-buku kos aku pun boleh tahan mantap harga, tapi itu tak pe, sebab ada baucer buku. Tapi sakit jugaklah. Sekali beli almost 200.

    Paling kritikal masa final semester. Masa tu kena battle dengan fyp, thesis,semua benda yang memang melibatkan banyak sangat duit. Masa aku final year, memang hujung semester sangat-sangat masa nak hantar tesis, kena reject 2 kali kau tahu. Aku upah orang betulkan grammar, kena bayar dalam !00++. Mana nak cekau duit. Nasib baik ada simpanan. Kalau tak ada? 



   Memang kalau tak ada duit mintak je kat mak ayah. Tapi kena ingat, tak semua parents ada duit & mampu nak tanggung semua. Aku dulu pernah jugak nangis mintak duit. Malu nak mintak haha. Pastu kena marah. Yelah, dah tengah sem duit dah nak habis siapa tak marah. Enjoy lagi padan muka. 

   So, adik-adik pandai -pandai lah nak hidup nanti. Jangan sampai pengsan ikat perut tak makan sudah. Belajar jimat sikit. Paksa diri jimat. Semoga berjaya & tahniah! Siapa junior aku?

2 comments:

  1. Duit blog kan hado ? Haha.. sy masa stdnt prnh buat ptime. ptime weekend, Isnin penat, kmudian ponteng kelass hehe

    ReplyDelete
  2. nk bg kt adik akak..hahaha.. btw, nsb kite sm la dik.. akak punyela bertahan xnk mnta duit parents selagi duit loan ada.. ujung tahun mmg sengkek hbs sbb thesis.. wuuuuu

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini