Korang dah baca entry ini? Makin hangit di fb. Kalau belum bacalah. Bila aku go through keterangan akak yang dikatakan jadi 'mangsa' lelaki pervert ni, aku ada opinion aku sendiri. Tak menyebelahi sape-sape pun. Kita yang baca sendiri tahu nak cakap apa kan.
Bagi aku, tindakan akak tu betul. Sengaja buat-buat layan mamat tu untuk tujuan nak reveal mamat tu. Mungkin akan adalah yang berkata " dah tahu mamat tu lain macam pegi layan buat apa", "engko pun sama naik gatal melayannya, padan muka". Dalam kes macam ni, engkau kena tahu suara 2 belah pihak. Memang betul pun apa yang akak ni buat. Well, orang nak cakap kan, bukan kita boleh amik selotep & tampal. So, bairkan je.
Sekarang ni, kalau korang tengok pun bersepah kedai lagi-lagi online shop yang jual pakaian jubah dress ni. Sekarang memang tengah in trend pakai jubah dress ni. Even aku sendiri makin minat nak pakai jubah yang ala-ala pesen ni. Tapi! Kena ingat 1 perkara. Benda yang paling crucial kita amik kira kalau nak beli jubah dress bagai.
- " Kain jubah ni kalau aku pakai melekap tak kat badan? Nampak tak spender aku?"
- "Jarang tak jubah aku ni. Nanti nampak pulak bentuk tubuh badan"
- "ukuran & size jubah dia ni sesuai ke dengan aku. Senteng x?"
Paling bahaya kalau nak beli online. Kita bukan tahu jenis kain dia macam mana. Memang ada seller tulis jenis kain, tapi lebih puas hati kalau kita sendiri yang pegang kain baju yang kita nak beli tu kan. So far, jubah yang aku beli online semuanya aku puas hati. Memang trusted seller. Cuma ada 1 jubah yang aku beli jenis kain lycra. Jenis yang nampak punggung kau seketul-seketul kalau tak pakai kain dalam. So, kena cari altenatif lain lah.
Apa yang aku tengok sekarang ada banyak sangat penjual online yang jual jubah-jubah dress ni. Ada lah 1 online shop ni yang ada dapat komen dari customer yang kata pattern baju yang dia buat macam ketat sangat ukuran untuk mommy yang bf ni. Tapi meman design dia tip top.
Tapi tak semua seller macam tu. Banyak jubah dress yang korang boleh tengok yang boleh dikatakan menepati syariat. Longgar, labuh & cantik. Tinggal sediakan duit je. Nak pakai boleh je, tapi pandai-pandai kita lah nak pakai cara yang sebetulnya.
Aku pun bukan lah baik sangat nak kata macam-macam tapi still, berusaha ke arah itu. Yang lebih baik. Manusia boleh berubah. Cuma nak tak nak je. Kita sendiri kena jaga diri kita sendiri. Sebelum nak pakai apa-apa tenung dulu diri kat cermin. Sesuai ke tak kita pakai macam tu. Nanti bila kalau kena tegur, kita jugak yang marah kan. So. fikirlah.
Cakap pasal model, aku dulu pun pernah jugak bercita-cita nak jadi model. Zaman-zaman acah-acah teringin nak jadi model dulu kan. Bila sekarang, fikir balik rasa macam "eh ,malunya". Nasib baik tak teruskan niat tu. Haha. Dah makin naik umur, terasa makin malu pulak diri ni.
Hati-hati lah. Jangan sampai kite jadi bodoh pula pegi ikut je syarat orang yang nak jadikan kita model tu sampai macam-macam dia suruh kita buat. Ada akal fikir.
tu psl jrg nak beli pakaian online..
ReplyDeleterisau material tak serupa mcm yg dibicara..
kena fikir dahulu sebelum pakai
ReplyDeletebiar besar janji tutup aurat :)
Bab memilih jenis kain jubah tu mmg setuju . Saya pun ambik berat part tu , malu bila tgk ada yang pakai jubah tapi macam tak pakai baju -.-
ReplyDeletesalam kenal. done follow sini :)
SALAM KENAL :)
ReplyDeletepagi tadi baru tgk org pakai jubah melekat sampai nampak lapis2 lemak tepu
akak jalan belakang dia, laju2 pintas sbb sakit mata
hihi
@nuyui a.k.a miss YUI
ReplyDeletekan. risau jugak huhu
@Lea IsNawi
ReplyDeleteyup betul, nak pakai biar fikir dulu
@fizafantagirO
ReplyDeletehai kak, salam kenal :)
memang pun, silap pilih kita yang malu
@Irfa
ReplyDeletekita yang perempuan tengok pun malu apetah lagi lelaki kan. huhu.
salam kenal :)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteYup, negara kita negara Islam, tapi punyalah payah nak cari baju yang betul betul menepati syariat. So, pepandailah berfikir dan mencari
ade terbaca kat fb shafiqa roslan.
ReplyDeletejgn la mudah terpegaruh ngan lelaki miang.
so no kalo diorg offer..huhu
setuju jugak..memang kurang suka kain lycra.kalau jual online murah sangat mesti kain jenis nipis dan melekap.
ReplyDeletekalau dulu kat kg akak fesyen camtu org x panggil jubah dress.. org panggil meksi. akak memang x pakai fesyen2 camtu tak tau akan datang kot2 berubah taste minat pulak nak pakai kan.. tp setakat ni takde hati lagi la nak pakai
ReplyDeleteUkur baju di badan sendiri.. kalau nak beli baju tu.. Kalau di fikirkan betul juga apa yang akak tu buat.. Boleh tahu belang lelaki gatal tu..
ReplyDelete