Monday, August 25, 2014

Masalah Roomate/ Housemate/Classmate & Segala 'Mates'

Assalammualaiku

 Pernah tak korang hadap dengan roomate,schoolmate,housemate & apa-apa mate yang bermasalah dengan korang? Atau korang sendiri yang rasa ada masalah? Well biasalah dalam hidup kalau tak jumpa dengan orang yang tak sebulu dengan kita tak sah kan? Especially when you were in the college, boarding school ataupun kerja.

Bohong kalau kata tak ada. Mungkin ada tapi biasalah kita takkan nak kecoh-kecohkan. Paling tak pun kita akan share benda masalah macam ni dengan orang yang kita rasa boleh share masalah kan. Macam?

  • pemalas
Kalau zaman universiti dapat roomate pemalas agak 1 tekanan yang besar jugak. Kau bayangkan hidup dengan orang yang pemalas nak kemas katil, meja study & ruang dia sendiri. Macam mana nak hidup kan. Kalau duduk rumah sewa lagi boleh sakit jiwa stay dengan orang pemalas ni.

Aku jenis tak suka dengan orang yang pemalas nak cuci pinggan lepas makan. Suka biar for a while sampai berkulat kadang-kadang. Rasa nak baling jugak pinggan tu. Dah hidup dengan orang lain pandai-pandailah nak praktik cara yang betul kan.

  • pengotor

Ini pun 1 lagi bebanan. Jenis yang terlalu pengotor pun ada wujud jugak. Especially housemate. Stay rumah sewa sama-sama. Spender pun kalau boleh lipat bagi kepam-kepam dah sebulan baru ingat nak basuh. Jenis pesen tak reti nak jaga kebersihan jamban pun ada jugak. Taik sendiri orang lain yang kena bersihkan & flush. Gila memang tak boleh hidup dengan orang macam ni.

  • terlalu bergantung dengan orang lain
Sekali dua nak bergantung boleh lah. Kalau boleh dikatakn almost 24/7 nak bergantung dengan orang, aku rasa orang yang selalu stay dengan dia tu pun boleh jadi rimas. Contoh macam "aku pun tak naklah makan jugak kalau kau tak nak pegi kafe. Malulah nak pegi sorang". Nampak macam kelakar tapi wujud je.

Memang sepatutnya kita tak boleh biar orang yang jenis tak pandai nak adapt sorrang-sorang ni sendiri. Tapi kena jugak fikir, kita pun ada benda lain untuk dibuat lagi. Bukan tugas 24/7 nak stay selalu dengan dia & buatkan semua benda untuk dia. Kan. Belajar buat semua sendiri.

  • berpuak
Coomon. Mana-mana aku pergi mesti ada kumpulan ni. Dari aku high school sampai universiti tak pernah tak jumpa. Tak salah langsung nak berpuak semua & biasalah semua orang pun nak ada kawan dia sendiri in which 1 kepala dengan dia kan. Tak apa, as long as we're being fair to each other & tak tunjuk lagak masing-masing.

Selalunya orang selalu salah anggap dengan orang yang  berpuak ni kan. Including me. Aku mengaku kadang-kadang aku ada jugak macam " eh minah ni dengan geng dia bla..bla..bla..". Tapi tak semua orang dalam geng dia perangai macam tu. Betul tak.

  • berkira
"eh, engkau ada amik softlan aku tadikan. Boleh tak kau ganti balik, aku dah tak ada duit nak beli baru". Berkira maha dasyat.

  • psiko
Macam mana? "korang boleh tolong senyap sikit tak. Akak nak study ni". Aku jumpa spesis paling annoying sekali masa aku kat upm. Senior. Direct sound secara kasar. Bukan tak boleh nak tegur elok-elok kan. Pesen psiko macam ni elok tegur baik-baik, tak pun psiko dia balik. Mesti dia yang angkat kaki dulu. 
  • suka bersendiri
Tak boleh salahkan dia, dah memang sejak azali dia macam tu. Well, kadang-kadang kita sendiri pun nak ada masa untuk bersendirian kan. Semua orang pun macam tu. Biarkan. 

Kalau nak diikutkan masalh dengan orang sekeliling kita, tak terkira. Banyak sangat ragam. Semua nak ikut kepala masing-masing. The best thing is just let them be in their way & we too. Orang tak kacau kita, kita tak payah kacau orang.

Dan bukan senang pun nak puaskan hati orang. Tak semua orang kenal kita macam mana kan. Tapi kalau dah obvious sangat, sendiri mau fikir lah tuan punya badan. 

3 comments:

  1. Semua tu akak alami dik..sampai skrg..semua point tu mmg ada...nak2 bila gas dh abig x reti nk beli baru...tau2 guna je gas org dh tukar tanpa rasa bersalah..

    ReplyDelete
  2. paling tak suka yang berkira dan pengotor..alhamdulillah tak pernah dapat lagi.roomate kat u dulu, nak tidur pun tarik cadar bagi tegang.akak lak yang segan sebab pengemas sangat

    ReplyDelete
  3. sy jenis jenis bersendirian..mmg suka privacy time tp roomate semua suka kacau hidup sy padahal sy xkacau pon dorang... em terpaksa diri ini tabah

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini