Friday, June 29, 2012

Irma Hasmie Nikah - Cantiknya!

Assalammualaikum..

    Bangun tido je aku terus google irma kawen. Kat twitter fb nampak dah gambar mereka. Weh cantik sangat2 baju HD buat. Macam bidadari irma. Untungnya hubby dia. Jom tengok gambar. Kredit ke Rotikaya

her hubby. hensemnya!



Lagi gambar sila ke blog Rotikaya. Tak sabr nak tunggu majlis resepsi. Kompem cantik sangat2. Tahniah Irma. Makin cantik tambah berseri2 bila bertudung. 

p/s : Allah replaced someone much2 better. Ada hikmah disebalik setiap perpisahan :)

Harry Potter- From child to hot teen

Assalammualaikum..

    Cop. Mane pegi semua orang eh lately ni? Fb takde twitter tak de blog pun tak de. Bz ye. Tetiba nak cite pasal harry potter ni kan. Ingat lagi dulu betapa aku kutuknya series cite ni "ape besnye cite HP tu macam mengarut je". Ok then bila aku dah tertengok jadi terpikat. Seingat aku series HP yang 1st sekali aku tengok yang Harry Potter & The Chamber of Secret tu. Lepas pade tu tak penah miss tengok cite ni. Wehu

   Mostly member aku tersangat2 addicted dengan cite ni siap ada full episode novel citer ni. Wah. So dorang memang dah tau apa akan jadi seterusnya. Aku memang tak minta novel bi ni so aku tunggu citer die keluar wayang je. Memang sape yang tak tengok cite ni dari series yang 1 akan blur2 bila tengok series yang seterusnya kan. So alternative aku pegi cari series HP yang dulu2 yang aku belum tengok tu. Snaggup kau.

HP & The Philosopher's Stone
HP & The Prisoner of Azkaban
HP & The Goblet of Fire
HP & The order of Pheonix
HP & The Half Blood Prince
HP & The Deathly Hallows (I & II)

   Yang paling sedih bagi aku HP 6 sebab time tu Dumbledore mati. Malangnya aku tak dapat tengok HP 7 part ke 2 sebab time tu tengah cuti sem. Tak sini tak de wayang. So kenelah hold berbulan2 kasi die kelua kat HBO nanti huhu. Jom tengok muka2 mereka yang dulu kecik je lagi sekarang dah hot2 nyah.






   Sedih pulak HP ni dah habis. Valdemort yang kejam. Ada terbaca dalam paper dorang ade buat gather sempena habisnya series HP ni. Semua pun dah kaya raya nak2 si penulis novel tu J.K Rowling. Phew. Agak2 ade tak kat meisa cite macam ni punye real? CGI mungkin opss


Thursday, June 28, 2012

Bila lelaki putus cinta - dasyatnya

Assalammualaikum

    Baru nak update blog. Amik mood. Aku tak tau nak update apa tapi bila seronok berblogwalking sampai habis volume berok band aku then baru aku ada idea. Oh harap si pakwe2 dan laki2 takkan hentam aku dengan entry yang aku publish ni ye. Bace sudah.

    Pernah tengok lelaki putus cinta? Macam mana rasanya? Selalu kite tengok pompuan je kan yang butt heart bagai nak gila bila putus cinta. Act kalau tengok lelaki rasanya lagi teruk dari kita. Im not telling to trust this but im just asking my pakwe's experienced  before and yes he admit it. Nak tau macam mana? Jom proceed baca.

    Kalau nak ikutkan mostly lelaki tak suka tunjukkan emosi dorang depan2 kan. Berbeza dengan pompuan yang lebih untuk expresskan emosi terang-terangan sampai habis nak baling bantal bunuh diri semua. Itu nikmat yang Allah bagi kat kita membezakan lelaki & perempuan. How amazing Allah's creatures. Mungkin lelaki ada yang buat begini bila mereka putus cinta :



  • cool & act like nothing happened
Lelaki macam ni biasanya aku labelkan sebagai kental. Sape tahu die mungkin tak kisah bila putus dengan gf dia kan. Tak pun sape tahu luaran die je yang nampak cool tapi hakikatnya dalam hati rasa bagai nak rabak hati tu tahan kecewa. 
  • pendiam
Just like my pakwe's experienced. Bila dia putus cinta dulu jadi lebih pendiam & tak banyak cakap. Kawan dia merangkap bf kawan baik aku was telling me everythings about his past. Aku simpati dengan apa yang dah dia lalui & sebab itu aku nak kawin dengan dia. Aku nak bahagiakan die & bina balik hati dia yang dah remuk tu. 

Bagi aku lelaki ni jarang jadi pendiam nak2 dengan kawan2 laki dia yang lain kan. Tapi bila sekali dia dah diam tu means ada sesuatu yang terjadi. Putus cinta ni hebat weh boleh buat orang yang dulunya banyak cakap jadi pendiam. Wohoo
  • be someone else instead of himself
Jadi orang lain selain diri dia sendiri. Means that jadi orang lain dalam erti kata perwatakan. Kalau dulu dia jenis yang percayakan perempuan & bila dah putus cinta terus dah pegang prinsip "no women no cry" . Ni lagi dasat. Tapi better tak payah sebab mungkin akan buat diri dia lagi teruk kot sebab menipu diri sendiri. Tapi mungkin jugak tu yang terbaik buat lelaki tu kan. Who knows.
  • sedih habis!
Sape yang tak sedih bila putus cinta. Laki biasanya akan rasa sedih dalam sehari 2 macam tu je & then life will going like usual. Hebat tak hebat lelaki ni kan. Kalau kita? bertahun pun mungkin tak kan hilang lagi rasa kecewa tu. Ada sorang member baik aku putus cinta dengan gf dia sebab kawin lain & kau tahu pointer dia jatuh merudum tahap dewa. Sampaikan hampir hilang semangat nak teruskan study. Tu padahnya bila putus cinta laki ni.


  • cari lain @ pengganti
Ada yang jenis terus cari pengganti lain. Sekejapnya. Tu mungkin cara mereka nak ubat rasa kecewa tu kan. Tapi aku nasihat kan, dear adams please do not do this if still cant forget your past. It will make your life even become more worse. Tapi kalau nak sangat buat nak buat macam mana. Kadang2 pasang sampai 5 pon ada. Damn playboy lah.
  • berprinsip
Macam yang aku cakap dalam point yang sebelum ni. Terus ade prinsip "no women no cry". Kalau sebelum ni "no women i'll die". Macam2.
  • bunuh diri
Ini kalau lelaki yang dah tak de pegangan agama. Terus putus asa bunuh diri sedangkan ada banyak lagi pilihan untuk dia. Think twice triple please.


  • berusaha bangun semula
To be honest, adore with this type of boys. Bila dah kecewa lupakan semua yang dah lepas & terus bangun semula. Hebat gila lelaki macam ni. Dengan bantuan orang sekeliling mereka mungkin menolong. 

   Mungkin apa yang aku taip kat sini ada yang tak betul ke ape tapi aku cuma kasi pandangan dari apa yang aku tanya dari kawan2 lelaki aku & even dia jugak. Terpulang kalau nak kata aku cari publisiti dengan post entry2 macam ni. Eleh tapi kau baca jugak kan. Hihi. Tapi lelaki jangan dicabar kesabaran nye. Menyesal nanti.

   Sebenarnya lelaki bila putus cinta lagi dasyat dari perempuan kalau nak diikutkan. Cuma kita perempuan yang tak tahu apa keadaan mereka bila putus cinta. Betul tak? Tak kira bila2 pun akan terjadi perkara ni sentiasa bersedia. Lumrah percintaan kecewa bahagia gembira. Cuma bila berlaku je tetapkan hati pada Allah insyaAllah Allah akan tolong kita. Bye!

   

Wednesday, June 27, 2012

ww 23- 1 hari nanti (Umrah)

Assalammualaikum..

    Tetibe hati ni teringin sangat2 nak pegi sini. Teringin sangat2. Semoga 1 hari nanti akan tercapai. Amin.






p/s : nak pegi dengan family & bakal suami :) insyaAllah

Monday, June 25, 2012

Allergik - seafood & habuk

Assalammualaikum..

   Cite pasal allergik. Korang ade allergik? Tak kira lah allergik apa pun. Seafood ke habuk ke ayam ke sayur ke. Ari ni aku nak share dengan korang pasal allergik ni sebab aku pon alah dengan certain makanan & benda. Aku pun ada resdung. Korang boleh baca entry ini untuk tau lebih lanjut pasal pengalaman aku dalam resdung ni.

   Aku start allergik ni dah lama. Since sekolah menengah rasanya. Tapi tak teruklah sangat. Aku allergik pada 2 bende ni :
  • ketam 
  • habuk

    Act tak semua makanan laut aku tak boleh makan. udang sotong semua tu aku boleh je makan tapi since dah teradi sesuatu kat aku dulu aku jadi trauma nak makan semua makanan laut ni kecuali sotong. Dulu aku makan ketam, then bibir aku jadi bengkak kalah angelina jolie tu nyah. Siyes! Gatal sangat2 mulut aku jadi merah2. Then sejam aku dok menangis sebab tak tahan gatal + merah mulut aku gaya kene cium lebah tu mak aku hantar pegi klinik. Oh lepas makan ubat alhamdulillah. 

    Dasat kan. By then terus aku pangkah ketam. Tapi aku teringin sangat2 nak makan ketam nye. Doktor kata aku cuma boleh makan seafood yang segar je. Means kalau aku nak makan ketam, aku kena makan ketam yang fresh, tak boleh ketam yang dah semalaman simpan. Gedik tak mulut aku kan. Yelah dah kempunan sangat aku nak makan terpaksalah mama carikan.

    Aku ingat lagi bila aku nak sangat2 makan ketam, aku terpaksa stand by ubat sebelah aku lepas aku makan ketam. Yes aku bila dah dapat makan ketam tak ingat dunia weh. Sedap gilos nak2 ketam masak lemak cili api. Yaw. Lepas makan mengagau aku makan ubat sebab tak tahan terus gatal. Kesian aku ni.

    Udang lagi lah aku tak sentuh langsung even aku boleh makan. Aku tak berani nak makan. Sotong boleh pulak aku bedal. Payah duduk kat hostel ni. Tak de simpanan ubat lebih. Tu lah die nye allergik aku kat ketam ni. Pasal habuk tu aku rasa mostly orang allergik habuk kan. Aku bila kene habuk yang berlebihan je terus aku selesema. Oh sangat teruk!


    Bila dah bersin sampai bergegar 1 umah tu terus aku tido. Tak tahan lah aku dengan habuk ni. Aku kan ada resdung jadinye memang sangat2 sensitif dengan habuk bagai ni. Kalau aku kene habuk je selesema, ada certain orang tu naik kat badan. Sama jugak dengan alergik seafood tu. Ada orang naik kat badan kan. Lain orang lain. 

    Aku tak pandai sangat lah pasal alergik semua ni. Kalau korang nak tau google aje. Korang boleh refer sini . Cuma bagi yang ada masalah sama macam aku, aku nasihat kan lebih baik elakkan dari kau merana. Siyes sangat2 seksa bila dah terkena alahan ni weh. Rasa macam dah hilang separuh dari nikmat hidup. Tapi nak buat macam mana terima saje. Lebih baik mengelak kan. 

    Ada member aku tak boleh langsung makan keropok ikan sebab lepas je pade makan tu die pening kepala & alah pada badan. Macam2 kan. So korang yang tak de masalah dengan alahan ni bersyukurlah. Jangan cari masalah pulak. Jangan jadi macam aku bibir dah merah bengkak baru nak menyesal. Ahaks. Ok selamat membaca & jaga diri elok2 ye.

Sini aku kasi tips nak elakkan alahan ni :

  • elakkan makan benda2 yang boleh buatkan korang alah
  • bila ada tanda2 gatal ke apa ke terus pegi klinik ok. Terus!
  • jangan main bedal je makan
  • jaga hidung anda & pakai mask kalau nak bersihkan bilik @ umah
p/s : pray for my dearest anis adila's father that being admitted to ppum on her birthday last 2 days. Stay strong sayang.

Sunday, June 24, 2012

Neelofa

Assalammualaikum..

    Yey dah habis exam! Boleh besarkan badan duduk rumah makan je ape nak. Ahaks. Nak cite pulak pasal neelofa sebab tertengok pulak cerekarama die berlakon. Btw makin galak die berlakon sekarang. Act to be honest aku tak berapa nak berkenan sangat dengan beliau ni sebab too too too seksi. Pakaian dia daring gilos. Mostly laki suka neelofa ni. Orang cantik.

     Dia mula naik mase menang Dewi Remaja dulu kan.Yes die memang sangat cantik tapi terlalu seksi. Bulat mata aku tengok die pakai baju. Kalau aku yang tengok pon dah bulat mata kalau lelaki tengok?? Maaf terkutuk sikit disini. Maaf pada peminat kipas susah mati neelofa. Jangan emo2 kat sini ya.

     Baru2 ni kan kecoh pasal die gadoh pulak dengan anzalna, tasha shilla semua. Elok lah tu sama2 masuk pertandingan bila masing2 dah naik sama2 aibkan keburukan masing2. Kalau korang, korang pilih siapa ye? Kalau aku, nak ikutkan semua aku tak berkenan opss!  Mula2 aku tengok cite Azura lakonan neelofa ni aku macam terus nak pangkah sebab kaku. Tapi lame2 bila tengok cite2 lain ok sikit lah kot. Jom kita tengok serba sedikit gambar2 neelofa.






    Aku suka tengok neelofa ni sebab dia cantik. Mata dia lawa!



 
    Maaf kalau ada yang tak berkenan. Aku pinjam google punye gamba.

p/s : apesal aku rasa Izara lagi lagi cantik dari beliau eh? Hihi

Friday, June 22, 2012

Tragedi tanah runtuh dahulu kala

Assalammualaikum..

    Hari bile tah aku saje2 teringat nak tengok balik kisah tanah runtuh Highland Tower ni. Mase tu aku tersangat lah kecik lagi. Seingat aku mase tu tahun 1993 kan? Bila aku tengok balik video kat blog cik eka. Sedih bile aku tengok balik. Tak disangka2. Act aku baru tahu macam mane kisah sebenarnye yang terjadi mase tu kot bile aku bace blog kak eka tu. Sadis kan aku haha. Jom tengok gamba sikit






    Kes ke 2 pulak kat Taman Hill View Ampang yang rumah2 orang ternama yang habis ranap tu.



   Lagi kes yang kat Bukit Antarabangsa yang ramai retis2 duduk kat situ tu. Teruk jugak kan. 




   Lagi kes yang kat rumah anak2 yatim Hulu Langat. Yang ni serius aku rasa sebak sangat2 sebab time tu mereka anak2 tengah latihan nasyid kan.




   Bile tengok semua ni aku jadi seriau dengan rumah2 yang duduk tinggi melangit atas bukit tu. Memang nampak megah atas bukit tapi kite tak tahu hukum alam. Allah nak bagi. Yang kite tau gah & megah je duduk atas bukit rumah mewah2. Rela aku duduk kat dalam felda biarpun orang nak kata kolot ke ape janji selamat. 

    Mintak dijauhkan supaya tak terjadi lagi. Tetiba sebak pulak aku bile tengok balik teringat balik cerita2 ni. Belum masuk bencana alam yang lain. Nanti korang jangan lupa tengok video Highland Tower kat blog Kak Eka tu ye. Sedih. 

p/s : al fatihah buat semua mangsa yang terkorban. 

Thursday, June 21, 2012

wishlist sepanjang hidup

Assalammualaikum.

    Tetiba petang2 ni aku nak share dengan korang ape wishlist aku sepanjang hidup aku yang aku nak sangat2 capai. Nanti korang share lah sekali dengan aku ye.


  • bukak kedai bakery named "najihah's bakery"

Aku teringin sangat2 nak bukak 1 kedai bakery. Teruja sebab ramai jugak kawan2 aku yang pandai buat kek,pastry bagai & ade yang dah ada kedai sendiri dah pun. So jadinye aku nak jugak wish nak bukak 1 kedai bakery. Target dalam 4 ke 5 tahun akan datang. Kalau ade modal terus carry on.
  • kawen dengan dia
For sure semua orang nak macam tu kan. 4 tahun lagi insyaAllah. Biar orang nak kate aku gatal nak kawen awal pon asalkan aku berusaha untuk elakkan maksiat dengan kawen awal. Please open up your mind bebeh. 
  • habis degree & master holder
InsyaAllah lagi 2 tahun habislah degree aku. Kalau ade rezeki nak sambung master. InsyaAllah. Master dalam bidang aku ni jugak. Maybe dalam Makanan Halal kot.
  • ada semua keperluan sendiri
Nak kete sendiri, umah sendiri dengan duit sendiri. Target dalam umur 25 tahun. Nak swift please. Biar pun lapuk janji comel bila dengan aku ahaks.
  • mekah
Sangat2 sangat berharap akan jejak kan kaki ke sana sebelum habis nafas. Cakap kat dia "awak,nanti temankan sy pegi mekah sekali dgn mak abah ye. teringin sangat". Dia tak jawab tapi menangis. Kenapa ya
  • Pulau Perhentian
Sejak aku dari kecik lagi aku nak sangat2 pegi sini. Nak sangat2. nanti dah keje dah boleh kot pegi sini. InsyaAllah.



   Tu saje. Aku nak sangat2 capai bende2 ni kalau dipanjangkan umur aku. Kalau ade lagi hayat aku insyaAllah. Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan kan. Semoga semua ni akan tercapai. Amin Amin Amin.

p/s : terima kasih Ya Allah. Semoga korang pun akan dapat ape yang korang nak sangat :)

Wednesday, June 20, 2012

ww 22 - Buat kaum hawa yang nak cari bakal suami

Assalammualaikum..


semoga kamu dapat membantu saya mengubah diri saya kearah yang lebih baik. Dan semoga kamu adalah insan yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing saya dari sekarang sehingga saya menjadi yang halal buat kamu nanti hingga ke syurga. Amin.

Entry lama

Assalammualaikum..

   Hari ni aku malas nak update cuma nak kasi korang bace entry aku yang lama2. Happy reading :)



    Hari ni tu dulu. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini