Hai! Seperti sedia maklum sekarang ni jerebu semakin menggalak berlaku kat negara kita. Pagi tadi aku bangun rasa macam mendung tapi jenguk banyak kali rupanya jerebu. Teruk oi. Tempat korang dah kena? Memang, ramai yang bersungut sebab ni termasuklah aku tapi bila fikir balik ini semua ujian Allah kan.
Bila jerebu ni korang memang kena betul2 jaga kesihatan.
- minum air sebanyak mungkin. Bialah sampai kencing 10 kali sehari pun janji badan tak dehydrated.
- pakai mask. Kalau boleh amalkan sebab boleh lindung kita dari menghidu udara yang tak sihat ni
- stay inside. Jangan keluar sangat. Possibility nak sakit tu tinggi sebab badan kita kadang2 tak boleh stand dengan keadaan udara yang tak bersih
- dont stay outside for too long. Tak payahlah keluar lama2. Nanti bukan takat infection kat dalam badan tapi sekali dengan mata
- makan banyak. Badan kena ada banyak tenaga. Bia pun duduk dalam rumah je.
Nampak tak ape aku cuba terangkan. Kang aku masuk sampai sains makanan korang pening pulak nanti haha. Lagi 1, kalau nak beli barang basah kat pasar ke kat mana2 tengok dulu keadaan makanan tu ye. Jangan kau main sebat je nanti tak sihat. Keadaan persekitaran memang sangat2 mempengaruhi kualiti bahan makanan tu ye.
Jerebu ni kalau IPU dia teruk sangat memang akan datangkan kesan kat badan kita. Sini aku share dengan korang
Buat masa ni aku baru terasa gatal2 kat tekak & batuk. Peringkat ke 2 aku dah sampai hidup berair & mata rasa pedih. Oh!! Korang jangan kasi adik,anak korang main kat luar tu kalau keadaan berjerebu macam ni. Bahaya!
So langkah keselamatan nya, duduk je dalam bilik atau rumah. Lagi selamat.
ni kat kolej 13 UPM pagi ni |
KL- 11 pagi |
kuantan - 11.25 pagi |
Keadaan kat upm serdang pun agak lah teruk jugak. Nanti kalau rajin aku update gambar lagi. Bye!