Hai semua. Apa khabar? Bz gilos nyah almaklumlah baru lepas habis kursus kawen. Aww. Ok sangat untung amik sekarang kursus tu sebab next time taj payah nak sakitkan otak peningkan kepala nak amik kursus ni. Opss! Jangan ingat amik kursus kawen je dah gatal nak kawen ye. Gua stepler mulut awak nanti tau.
Ok back to the point. Sape cakap ex tak boleh jadi bes preng? Boleh aje melainkan kau yang letak gap & sempadan atau prinsip yang ex tu dah tak boleh nak jadi kawan dah. Bagi aku depends pade sesorang tu. Dah kalau lah let say awak terlalu tak boleh terima ex awak tu menjadi kawan baik awak @ kawan awak takboleh nak buat apa lah kan.
Bagi aku, ex ni akan jadi lebih2 rapat bile berkawan. Maksud aku time kapel dulu ade je bende yang dah digaduhkan but then bila dah jadi ex elok je malah jadi lagi rapat. Thats from my own experiences. Korang nye experience aku tak tau lah kan. Kenapa ade certain orang tak boleh nak jadikan ex sebagai kawan?
- dah memang prinsip "lepas kapel kalau clash tak boleh contact langsung dah"
- terlalu benci
- tak boleh terima bile putus
- ego
- tak selesa
Tapi aku berkate2 ni dari pihak pompuan. Tak semua begitu. Tapi kan majoriti aku tengok kawan2 laki yang aku kenal once bile dorang dah break dengan ex dorang kan dorang tak kan stay berkawan. Sebaliknya akan terus lupekan ex mereka. Am i right dear adams? Please let me know your opinion. Aku pon tak tau lah sebab ikut diri masing2 kan.
Act bes bile ex jadi kawan. Nak2 kawan baik sebab dari situ kite boleh jadi rapat sangat2 dengan dia. Macam aku. Dulu aku admit aku tak sebulu langsung bila kapel dengan die but then sekarang alhamdulillah perhubungan sebagai kawan lebih baik. Ade masalah kekadang cite jugak kat die, kalau tak pun rasa jugak disayangi. Cuma sekarang die dah jauh lah, payah dah nak lepak sesame gelak2 hahah opss! Dari ex aku tu sekarang ok je contact balik buat macam biase. Masing2 kenelah belajar menerima.
Jangan lah kau letakkan barrier & buat prinsip yang macam aku cakap kat atas ni. Contoh macam " kau dah jadi ex aku buat ape aku ak kawan balik dnegan kau, terluke hati ni".Kenape pulak salah kalau ex nak jadi member kan. Belajar untuk menerima & melupakan perkara yang dah lepas. Sekurang2 nya kite dah bersedia untuk hadapi kemungkinan yang akan berlaku pade kite nanti kan. Trust me, u wont regret. Melainkan kau memang betul2 tak contact langsung ex kau. But be careful jangan pulak nanti kau terus terluka okeh.
Tapi kat sini ade jugak baiknye tak terima ex kite sebagai kawan. Contoh ex kite dulu jahanam gilos kan. Then kite ade hak untuk terime die sebagai kawan ke tak. Kesimpulannya it depends. Ok terpulang kat korang nak tentukan.
Macam mana nak jadikan ex sebagai best friend @ friend?
- lupekan semua kisah2 silam & lampau tu
- mulakan hidup baru
- jangan ungkit2 perkara yang dah lepas
- always be happy
- saling menghargai sebagai kawan
- buat macam biasa
Yang penting jangan lah tengah2 dah elok berkawan balik tu kau pulak kate "em, kite tak boleh sambung balik ke hubungan kite ye". Itu akan membuatkan kite atau pun die hilang mood ok. Hold to this quote "kalau dah jodoh sejauh mane pun pergi selama mane pun hilang dia akan tetap menjadi pasangan kamu. Itu janji Allah". Ok jangan lah sedih2 bagi yang putus cinta tu. Dont worry boleh kawan lagi lah.
lebih baik berkawan jika dengan berkasih bercinta itu membawa kepada kesengsaraan.