Showing posts with label hiburan?. Show all posts
Showing posts with label hiburan?. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Lagu ' Let It Go' Dari Cerita Frozen Berhantu

Assalammualaikum..

   Update lagi minah ni. Aku memula tengok cerita Frozen tu tak tertarik pun dengan lagu 'Let It Go' ni. Tapi bila lama-lama best pulak aku dengar. Tambah pulak macam-macam parody & version baru yang orang lain nyanyi lagu ni. Jom tengok.


Version Shila Amzah dalam 3 bahasa ( Mandarin, BM & BI)



Multi language (25 Language including BM) 



Hyorin Korea



Marsha

    
Demi Lovato - Original singer






Parody Paling Best


Tapi aku suka suara Idina Menzel yang bawak watak Elsa compared to Demi Lovato ni sebab suara Idina unik sikit. Lantang. 


'Berhantu' maksud aku kat sini pemes. Ramai yang berlumba-lumba nak nyanyi lagu ni ikut version sendiri. Aku suka dengar. Cerita Frozen ni best.

Friday, November 8, 2013

Pening & Mual Lepas Tengok Highland Tower

Assalammualaikum..


    Hai! Siapa sini dah tengok citer Higland Tower? MIG punya cerita tu? Aku baru tengok hari tu minggu lepas sekali dengan ijam dengan adik bongsu aku.

    Alkisahnya adik bongsu aku lah nak sangat pegi tengok wayang. aku tak tahu nak tengok cerita apa yang membolehkan dia masuk. Budak bawah umur ah katakan. Sudahnya pegilah Megamall punya wayang tenung lama lama nak tengok cerita apa dengan ijam. Lastly decide tengok lah Highland Tower tu.

    Kau tahu masa tu bapak ramai gila & panjang sangat queue nak masuk wayang tu. Eksited nak tengok cerita tu katenye. Full house bebeh! Then, bila lepas tengok mehla aku share apa pendapat aku pasal cerita ni.

Apa yang best?

  • watak eddy dalam cerita tu yang menghidupkan cerita tu. Lawak!
Apa yang tak best?
  • korang pegi tengok, pastu komen 
     Apa yang membuatkan aku pening & mual? Bukan sebab terasuk ke apa. Aku pening sebab aku duduk barisan depan, dengan kena dongak, tambah lagi dengan jalan cerita tu yang berkonsepkan dokumentari ala ala seekers. Too much movement kamera dalam cite tu yang membuatkan aku terasa nak muntah & pening tu. 

     Baru- baru ni ada cerita orang kena rasuk dalam wayang lepas tengok cerita ni kan. Tak tahu lah aku betul ke tidak ke. Bagi aku cerita ni biasa-biasa je. Karang komen negatif lebih lebih kata tak support filem melayu pulak. tapi bila dah support, tengok macam ni terasa macam membazir sikit kot. tapi overall ok lah. 

     Cerita ni pasal sekumpulan pelakon MIG ni dia nak buat macam dokumentari kat Highland Tower ni. Nampak real bila dorang pakai nama sendiri. tapi dah pertengahan cerita tu ada jugak lah part yang agak seram bagi aku yang takut cerita seram  ni ha. Yang bagusnya watak eddy tu lah sentiasa buat aku gelak bagai nak gila sebab lawak. Makin tegang bila Atikah & Shima kena rasuk. Time tu genting gila. Nak tahu kesudahannya kenalah pegi tengok

     





bye!

    Tapi aku admit jalan cerita dia memang nampak real betul. Sampai sekarang aku terfikir fikir real ke lakonan semata eh? 

Rating : 3.5

Tuesday, September 10, 2013

UPM & Green Kampus

Assalammualaikum..

    Hai semua! Susahnya aku nak timbulkan minat berblog & masa untuk blogging semenjak bizi dengan final year ni ha. Weh aku dah jadi final year, macam tak percaya je haha. Cepatnya masa berlalu terasa baru je aku jadi 1st year. Means that dah 3 tahun rupanya aku berblog. Lama tapi blog picisan.

    Sini aku nak cerita pasal UPM. Sepanjang 3 tahun aku belajar kat upm ni, baru tahun ni lah terasa macam ada perubahan besar yang upm betul-betul buat. Mesti ada antara korang yang tahu. Sekarang upm dah jadi green campus da semenjak kempen go green tu dijalankan.


    Tahu tak apa yang berubah & green nya?

  • ketiadaan bas bagi kolej tertentu (pelajar jalan kaki/naik basikal ke kampus)
  • berbasikal diperkenalkan (nasib baik aku dah jadi tahun akhir & duduk di kolej yang ada bas haha)
  • no more polistrin
  • pegi kafe makan tapau dalam tupperware (macam asrama)
  • jalan raya kat upm meriah dengan lane untuk orang berbasikal
  • pakej berbasikal dikenalkan
  • bas hanya untuk pelajar perempuan (yang aku naik tadi kaler pink )
     Hebat mpp tahun ni. Haha. Secara jujurnya bagi aku lah kan, baguslah upm ni kenalkan sistem go green bagai tu semua tapi tapi kan, aku agak kesian dengan mereka yang duduk di kolej yang tertentu yang mana dah tak ada lagi perkhidmatan bas disediakan. Means that kena either jalan kaki/ naik basikal lah pegi kelas/kampus. Kosmate aku pegi kelas jalan kaki 15 minit. Gila kesian. Boleh basah ketiak sementara nak sampai kelas. 

    Bukan apa, rasanya macam bagi aku lah kebajikan & keselamatan pelajar patutnya diutamakan. Lagi-lagi fakulti aku suka sangat buat kelas ganti & test malam. kalau aku jadi mereka yang kena jalan kaki agak scary lah nak jalan malam-malam even berteman pun kan. Upm ni luas. Tumpuan lalu lalang kenderaan luar jugak. 



    Aku sendiri pun tak rajin nak jalan kaki lagi-lagi budak final year. Macam-macam upm sekarang ni. Aku pun naik pening dengan sistem upm sekarang. Tapi mujurlah dah nak habis. Ape pun, semoga berjalan lancarlah kempen itu. 

     Maka, aku dengan bangganya lah bawak tupperware bungkus makanan. Kalau tak makcik tu kata kena cas. Lagi aku tak paham sistem upm. Tak de banner tak de ape. Ikut sajo. Tapi tetap bersyukur aku masih ada bas lagi untuk bergerak pegi ke kampus & kelas. Syukur senang. Aku lejen dari 1st year sampai tahun akhir naik bas haha. Ok bye

p/s : sem ni aku ada buat event last untuk subjek aku. Akan ada dinner, lunch & buffer. Nantikan iklan nya disini akan datang. Makanan sedap. Meh datang jenguk upm

Monday, April 8, 2013

Corat-Coret ABPBH 2012 & Tayangan Pakaian Artis

Assalammualaikum..

   Hai! Apa khabar semua? Gila rindu aku dengan korang semua. Baru nak merasa free bila cuti. Tapi cuti pun kena buat keje jugak nya. Tak de nak holiday sangat lah. Ok nak cerita pasal ABPBH 2012 yang baru je berlangsung semalam. Ape kata korang? Kata aku?


  • opss fida!
  • suara fans sangat memekak sampai terkeluar dari tv. Amboi! Over
  • Tasha Shilla macam konker mic. Kesian Fathia jadi senyap je. 
  • The best part ever was when all of the legend combine together singing the old timer song. Gila part tu memang best gila. Amir Ukays, Zarul Umbrella, Ayai Ilusi & Bagio Damasutra. Zarul hensem!
  • event macam kelam kabut sikit
  • baju last farah fauzana ops!
    As usual jom tengok artis & pakaian mereka di red carpet ABPBH 2012. Tema ledakan geometri. Jangan terjojol mata sudah
















sumber & lagi gambar di Oh Bulan






gambar dari instagram Nora Danish & Lisa Surihani

   Sebelum tutup entry meh sini nak share dengan korang part paling best masa ABPBH 2012. Layan jiwang tu. Maaf kalau ada yang tak puas hati dengan entry ni. Aku pun penonton jugak.



Aku rasa mungkin Zed Zaidi lepas ni boleh tetapkan syarat kepada artis perempuan setiap kali ada event kena pakai baju yang tak tayang belahan dada & paha. 

Wednesday, February 20, 2013

Harleem Shake & Orang Malaysia

Assalammualaikum..

    Semalam aku dengan romate aku tengok tarian Harleem Shake yang bagi aku macam haram ni. Dah lama dah aku tengok tapi macam tak beriya lagi. Katanya nak jadi fenomena ke 2 lepas Gangnam Style. Oh yeke?

    Semalam aku duduk lah mengusha video harleem shake yang mana orang malaysia yang buat jugak kononnya parody. Aku yang tengok aku buat kesimpulan aku sendiri. Pendapat korang? Tengok sendiri.






    Amacam? Yang paling tak boleh blah yang video ke dua yang ada perempuan tu. Gila jatuh saham sebagai perempuan. Motif dorang buat? Sesaja je ye. Bagi aku lah kan lepas tengok tarian ni semua aku rasa :

  • mentaliti rakyat malaysia
  • rakyat malaysia yang gemar menonjolkan ketidakpandaian diri sendiri atau dengan bahasa kasarnya kebodohan diri sendiri
  • kasi can lagi rakyat malaysia menghina & mengutuk
  • malu
  • mencari publisiti
    Tu pendapat aku lah. Korang aku tak tahu. Bila aku tengok video tarian ni rasa macam penari2 tu kena sampuk hantu pun ada,kena sawan pun ada. Tak rasa? Ape lah perasaan mereka2 masa buat tarian ni terutamanya perempuan tu. Gila segan nak menari macam sawan macam tu & uplod kat u tube yang 1 dunia boleh tengok. Oh!

    Apa yang aku perasan sini,rakyat malaysia gemar cetuskan trend & publisiti murahan. Lepas ni ape pulak? 

p/s : Aku rasa tarian kuda gangnam tu lagi better dari tarian ni. Macam kena histeria

Thursday, January 10, 2013

Artis Malaysia & Penjara

Assalammualaikum..

    Entry ringan sebelum start sakit kepala ingat mandarin. Siapa artis malaysia yang kerap keluar masuk jail tak pun pernah duduk dalam jail? Jom tengok

Adzrin Adzhar

mengubah wang haram

Zarina Anjoulie

kes dadah
Raja Azmi


Ameng Spring

dadah

Saleem

dadah

Apek


Sumber dari Kosmo Online dan google

Monday, January 7, 2013

AJL vs Berita Ramalan Ribut Akan Melanda Pantai Timur

Assalammualaikum..

     Aku on9 sebab nak tahu siapa menang AJL, alih2 kecoh pasal ribut tropikal (sonamu) bakal melanda pantai timur. Allahuakbar! Saudaraku ramai kat sana even family aku juga. To be honest aku juga geram dengan mereka2 yang suka sebarkan berita atau dengan erti kata lain terlalu eksited dengan penyebaran berita ini.

    Lupakan hal itu. Semua ini memanglah hanya ramalan tapi ape pun kemungkinan tak mungkin mustahil nak berlaku. Allah Maha Mengetahui segala hal. Info selanjutnya.

Nasihat Ribut Tropika
Dikeluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI)



info dari Fb I Love Pahang

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)


p/s : bagi yang menyebarkan, pastikan cerita tu betul ya. Jangan tokok tambah kata tsunami!

Sunday, January 6, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta & Matahari - Hafiz

Assalammualaikum..

    Jom dengar lagu ni. Best!

hanya ingin kau cinta


matahari


Aku suka lagu2 hafiz. Suara dia best. Lagu dia sedap. Happy listening. Oh! Aku hanya post lagu2 yang bagi aku best je haha. Dan sekarang banyak lagu best2 untuk didengari kan. Nanti kalau aku rajin aku post lagi. Bye!

p/s : sakit tekak tak hilang2 :(

Sunday, December 23, 2012

Kontroversi : Buah Dada Neelofa, Fatin Liyana Bogel,Siti Nurhaliza Bogel & Buah Dada Fauziah Latiff

Assalammualaikum..
 
    Semenjak 2 menjak ni makin galak keyword lucah2 kat blog aku. Aku rasa aku dah lama tak buat entry kontroversi bagai ni kan. Sekali naik, aku sendiri malu nak baca keyword. Sekali naik Fatin Liyana lah, Fauziah Latiff lah, Siti Nurhaliza lah. Korang tangan gatal ye.









    Kalau yang memang pesen seksi tu tak boleh nak kate ape lah kalau orang nak cari keyword macam2 kan. Tu ha yang tak pernah nak seksi tu kesian. 

Sunday, November 25, 2012

Artis Menggila Di Shout Award

Assalammualaikum..

    Disebabkan aku mengantuk nak buat keje, aku nak update pasal artis. Segar sikit mata aku. Bila aku tengok artis2 punye pakaian di Shout award aku rasa macam kat Hollyword. Haha. Waw!! Tema pantai eh. Jom tengok sini














Kredit & lagi gambar di blog ROTIKAYA

p/s : seram tengok dorang ni huhu

Wednesday, November 21, 2012

BEST : Cinta Halal TV3

Assalammualaikum..

    Korang dah tengok cite ni time Maal Hijrah ari tu? Aku suka sangat2. Sebab bagi aku jalan cerita dia sangat menarik & simple. Memang best sangat cerita dia. Tambah2 lagi si fathia pandai hidupkan watak dia. Memang natural & sempoi habis la. Thumbs up. Jom layan bagi sape2 yang terlepas tu



      Sape pengarah cite ni ye. Buat lagi citer2 macam ni baru best nak tengok. Btw si fathia ni sekali imbas tengok bila pakai tudung macam Maria Elena kan. Sebijik.

Saturday, November 10, 2012

Anugerah Skrin 2012 - Positif @ Negatif


Assalammualaikum..

    Hai. Da tengok ASK 2012? Aku rasa ramai gila yang akan rasa apa yang aku rasa kan? Malas nak panjang cerita straight to the point. Aku rasa ASK 2102 ni :

  • boring gila kecuali part Rita Rudaini & Adi Putra
  • hambar
  • no motif
  • tak menarik
   Aku cuba nak katakan yang positif tapi entah lah tercari jugak tang mana positifnya.Maaf lah. Bukan tak menyokong tapi rasa macam kecewa je. Jom kita tengok apa kata penonton kat twitter pasal ASK 2012


    Tapi boleh dikatakan aku puji lah bahagian yang menyanyi tu sebab best. Tang tu jelah bagi aku best tapi bila masuk je part belakon tu aku dah brrrrr. Maaf. Aku bukan peminat neelofa jadi aku tak suka dia jadi hos. Bak kata abah "bape butir je si lopa ni cakap. Kaku je". Abah sokong aku haha. Maaf bagi peminat lofa. Ape pun jom layan gambar

zamarul & linda

nabila huda
nora danish
sam & yana

adi putra


izara
Credit gambar kat page tonton. Sila kesana untuk tengok lagi banyak gambar. Ape pun tahniah krew tv3 nak cari kelainan

p/s : lebih prefer penyampaian yang formal kot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini