Monday, May 19, 2014

" Aku Rasa Dihormati Bila Berpakaian Sopan"

Assalammualaikum

   Aku terasa nak buat entry pasal ni. Pemakaian.

   Alkisah semalam aku keluar bandar Melaka naik bas. Otw nak balik bas penuh sangat sangat dengan manusia yang mana mostly 90% of them were foreigner lelaki  (bangla, myanmar,vietnam & what so ever). Mula-mula memang tak nak lah naik bas tu sebab full & ramai sangat lelaki. Tapi sebab nak kejar asar & tak nak balik lewat sangat kena jugak lah naik.

   Then bila dalam bas, kau tahu aku rasa macam diperhatikan dari atas sampai bawah. Seriously. Tapi aku bersyukur sangat sebab aku pakai baju tutup punggung & aku rasa selamat sangat. Tapi tak berapa selamat lah sebab ada 1 mat bangla dok gesel gesel badan kat aku. Aku move ke depan dia move jugak. Disebabkan terlalu crowded, aku tak boleh nak move sangat. Rasa nak tendang je anu dia. Geli.

   Kenapa aku cerita?

   Betul orang kata. Kita akan rasa selamat sangat & seolah-olah 'dijaga' oleh seseorang bila kita berpakaian sopan & menutup aurat. Few years ago, aku bukanlah seorang perempuan yang terlalu menjaga aurat aku. Ya, dulunya aku suka pakai inner dengan baju dengan pendek which is agak seksi jugak sebenarnya, pakai jeans ketat which is skinny, pakai tudung above dada, baju singkat atas punggung. That was me.

   But then, entah tak tahu bila aku start rasa secure & nak ubah semua tu. Dari cara pemakaian aku. Tapi aku try ubah cara pemakaian aku slow- slow. Aku banyak tengok cara orang lain berpakaian. Then, baru aku terasa "eh, buruknya perempuan ni pakai baju, and macam tu aku dulu". Rasa menyesal.

   Aku tak mampu nak terus berubah jadi macam perempuan kat luar sana yang directly terus pakai hand sock, stokin, tudung labuh & sebagainya. Sebaliknya aku try yang mana mampu dulu slow-slow. I was started wore tudung and cover my chest. Tak labuh tapi tutup dada. I was started wore those baju yang labuh-labuh. Baju aku yang dulu-dulu yang singkat sendat tu aku biarkan dalam almari. Aku bagi abang ipar aku dermakan kat rumah anak-anak yatim.

   Dulu, bila aku fikir balik bila aku berpakaian singkat, ketat semua tu aku tak fikir pun mata-mata liar yang tengok badan aku, yang jamah badan aku. Yang aku fikir time tu aku masih muda & that was a trend. Jahil jugak aku kan. Tapi tulah, itu semua pengajaran buat aku.

   Mak aku ada jugak sound "buat apa nak pakai baju nampak bontot kau, tetek kau, nak tayang kat sape". Sentap gila seluruh badan aku bila mak aku cakap macam tu. And yes. Tak dinafikan aku berubah since aku kenal ijam. Mungkin orang akan kata buat apa berubah sebab orang lain. Ya betul.  Entahlah. Susah nak cakap kenapa tapi lepas aku kenal ijam aku rasa aku nak sangat berubah dari segi pemakaian aku. Aku bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan, family & ijam yang sentiasa terima baik buruk aku.

   Ya, memang aku tak ubah & istiqamah dalam perubahan pemakaian aku, tapi at least aku & orang sekeliling aku nampak aku usaha untuk ubah semua tu. Tak kan nak directly terus berubah kan. Mustahil & tak mustahil. Aku ada seorang kawan yang dahulunya seksi sangat, tapi Allah Maha Besar. Sekarang dia dah bertudung & sangat sangta cantik. Malah lebih sempurna menutup aurat berbanding aku yang memang dari dulu pakai tudung. Timbul rasa malu.


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Riwayat Muslim)

Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.
 Sumber sini 

    Gerun bila baca kan. Sama- samalah kita berubah sikir demi sikit. Tak dapat berubah sepenuhnya, slow slow pun tak apa. Asalkan niat kita untuk berubah, inshaAllah dipermudahkan. Aku sayangkan abah, aku sayangkan bakal suami aku, aku sayangkan diri aku sendiri & keluarga aku. Itu lah yang akan membawa mereka & aku ke syurga.

Tuesday, May 13, 2014

Food Review : MABIQ Restaurant, Tanjung Lumpur Kuantan

Assalammualaikum

   Hai. Seronok aku dapat cuti 3 hari ni. Malas nak kerja weh. Aku nak review 1 kedai makan kat Kuantan. Mungkin dah ramai orang tahu kot tapi aku baru nak up entry pasal restoren ni sebab bagi aku unik & 1 usaha mulia.

   Siapa orang kuantan sini pernah makan kat restorant MABIQ? MABIQ tu stand for Maahad Bahasa Dan Ilmu Al-Quran. Apa yang bestnya yang ada kat restorann MABIQ ni?

  • 100% keuntungan disalurkan ke pusat maahad ni (anak-anak yatim & fakir miskin)
  • banyak sangat pilihan lauk yang sedap (lauk, kuih muih, pelbagai air, dessert)


pais ikan patin


  • semua harga air RM 1

   Tempat restoran ni agak jauh ke dalam sikit dari tanjung lumpur tu. Tapi memang ramai sangat-sangat orang yang datang makan situ sebab sedap & murah. So, ape lagi jom lah ke sana. Tersentuh tengok anak-anak maahad tu kutip pinggan kat situ, bersihkan meja semua. Rajin dorang. 

   



Sumber gambar : Google & Blog MABIQ

Friday, May 9, 2014

Realiti Hidup Aku Di Matrik

Assalammualaikum

   Keyword matrik dah bersepah-sepah dalam blog aku since 2 bulan yang lepas. Macam-macam. Tips belajar bagai tu aku dah share dalam entry INI. Malas nak retype balik. So adik-adik mana yang nak refer tips aku boleh baca kat situ. Kalau nak baca lah.

   Aku dulu Matrik Gopeng, Perak. Masa apply zaman sekolah dulu aku apply :

  1. Matrik Gopeng, Perak
  2. Matrik Tangkak, Johor
  3. Matrik Gambang, Pahang
   Aku apply matrik perak sebab dahulu kala aku ada tanya senior-senior aku yang masuk matrik dia kata matrik perak paling bagus. Haha. Tah apa-apa. Aku main apply je sebab tak tahu mana hala tuju lepas SPM kan time tu. Apply sendiri-sendiri tak ikut kawan pun. Aku tak apply matrik Arau sebab ada kes bunuh diri diri yang aku tahu dari kakak kawan aku. Lagi mengarut

   Oklah. Since ramai adik-adik yang bertanya pengalaman aku masa duduk matrik dulu, so aku nak share lah jugak sikit-sikit. Macam mana kehidupan aku masa kat matrik dulu?

  • lifeless & restless
Ini aku lah. Sebab bagi aku kehidupan kat matrik was too tough. Bagi aku. Yelah pengalaman baru buat aku kan. Agak terkejut jugak lah. Weekend aku tak de nak berjimba keluar bagai sangat sebab matrik aku strict jugaklah & lagi 1 rumah aku jauh kalau nak balik pun. So, duduk bilik sajo. Bosan

Weekdays - pegi kuliah sampai petang. Malam pun ada jugak tapi untuk kuliah tambahan & kelas ganti
Weekend - outing/ tengok movie & buat tons of tutorials, asignments & presentation.

So, bagi aku hidup aku sangat penat & letih gila bila kat matrik. Pulaknye bilik aku tingkat 5 pulak. Makin kering ah aku mase tu. Dah makan lapar balik wei. 
  • best gila (kawan-kawan)
Sem 1 aku dengan kawan lain. Masuk sem 2 aku dengan kawan lain. At first memang sedih bila nak tinggal kawan-kawan sem 1. Dah rapat. Tapi tak boleh nak buat ape lah. Hadap saje. Tapi alhamdulillah both sem aku dapat kawan-kawan yang sangat best. 

Malam hari jumaat tak pun weekend aku mesti tengok movie dengan kawan-kawan lain. Syok gila time ni. Memang best sangat. Tapi sekejap sangat. 1 tahun je duduk matrik. Tak rasa kepuasan. betul!




  • jimat duit
Ya, masa aku duduk matrik aku dapat jimat duit. Dapat elaun pun aku buat belanja makan & tambang bas. Cukup-cukup je. Unless kalau pegi berjoli lah. Ada jugak aku keluar shoping, tengok wayang dengan kawan aku. Tapi tak delah guna banyak sangat duit. Kadang-kadang mak ayah aku datang. So situ lagi jimat duit aku haha. 
  • lebih menghargai masa
Aku duduk matrik memang sangat puntual. Kena punctual. Time nak hantar asignment, buat presentation kena punctual. Masa duduk matrik macam duduk universiti jugak. Tapi bezanya macam strict sikit lah. Aku duduk UPM bahagia hidup aku. Tak ada rules sangat. Yang itu best
  • stress gila
Dengan lambakan tutorials, assignment yang banyak dengan presentation lagi, hidup aku agak miserable jugaklah  masa kat matrik. Masa tu memang tak memang tangan kau nak buat tutorial 3 subjek. Zaman aku 3 subjek lagi. Sekarang aku tak tahulah. 

Pulak masa dalam kelas tuto kena buat sorang-sorang kat depan. Lagi miserable hidup aku nak-nak kalau tak siap, lupa & tak tahu jawapan. Aku dulu kalau tak siap ke, tak tahu ke aku pinjam kawan aku punya jawapan je. Betul ke salah lain cerita. Eh tapi korang jangan tiru pulak. Nanti kantoi padan muka kau. Haha.

Aku ingat lagi, aku paling stress kalau buat tuto math. Sumpah stress sebab aku tak pernah minat subjek math. Kalau soalan yang senang ok lagi, tapi kalau yang susah memang aku tiru saja. Lagi stress bila result exam UPS teruk. Tak macam orang lain. Result sem 2 aku turun sebab subjek math susah nak mati. Bagi aku. 
  • tak ada masa nak bercinta
Eh! Realitinya tak ada orang nak usha aku. Haha. Gurau jelah. Ada je kawan-kawan aku,  budak matrik yang lain bercinta kat matrik. Itu lantak diorang lah hidup diorang, masa diorang kan. Memang kat matrik aim engkau 1 je. Nak belajar je weh. Betul. Sebab matrik memang kau kena pulun gila-gila sebab tu peluang kita nak dapat tempat kat IPTA. Kena compete dengan budak STPM, Diploma. Memang bagi aku sangat sangat mencabar & susah
  • makin malas
Malas nak iron baju. Sebab matrik aku pesen bilik iron tak ada kat setiap tingkat & tak boleh bawak iron sendiri. Aku ada bawak iron sendiri tapi malangnya kena rampas. Menyampah pulak. Sudahnya malas nak tuntut, aku iron sebundle sekali gus untuk seminggu. Lagi pulak kena bangun awal pagi kalau tak nak berebut dengan orang lain iron. Stress!
  • gila movie
Mobie paling tengah in masa zaman aku time kat matrik ialah movie korea. Time kat matrik memang aku kumpul movie korea berduyun-duyun. Memang banyak gila aku kumpul. Seronok weh dapat member kaki simpan movie jugak. Sampai sekarang zaman universiti pun aku tak habis tengok lagi cerita dalam external aku. 



    That was my life when i was in matrik few years ago. Ape pun, it was a great experience untuk aku. Matrik ni best gila sebenarnya. Seriously. Yang membuat kan aku tak terasa langsung kehidupan kat matrik ni sebab masa berjalan dengan sangat pantas. Sekejap je setahun tu. 

   Masa kat matrik memang hidup aku nak belajar habis-habis sebab aku fikir nak dapat tempat kat universiti untuk degree. Memang masa habis final exam dulu sebelum nak balik menangis habi-habis sebab nak tinggal kawan-kawan. Sedih oi. Kehidupan kat matrik memang tak sama sangat dengan kehidupan kat universiti. Even kat universiti pun berganda best, tapi kat matrik jugak best walaupun strict haha. 

    So adik-adik yang nak sambung matrik akan datang, jangan lupa tanam azam tu untuk belajar. Jangan terlalu terkejut sangat dengan kehidupan separa universiti ok. Good luck! Good luck jugak kat adik-adik yang tengah tunggu result untu kemasukan ke IPTA akan datang. 

   Sekian. Pesanan dari akak blogger. Hacum!


                                 

Tuesday, May 6, 2014

Malunya Aku Dengan Arwah Ahmad Ammar

Assalammualaikum



   Korang dah baca buku Ahmad Ammar ni? Kalau belum, aku suggestkan pegilah beli & baca. Sebab banyak sangat pengajaran yang kita boleh dapat kalau baca buku tu. Best!

   Kenapa aku malau dengan arwah Ahmad Ammar? Ada sebabnya.

  • Anak yang sangat patuh pada ibu bapa
Dari apa yang aku baca dari buku tu, arwah Ahmad Ammar ni sikit pun tak pernah membantah apetah lagi nak melawan cakap parents dia. Sikit pun tak. Dia taat sangat pada ibu bapa dia. 

Walaupun di meja makan beliau telah kekenyangan tetapi makanan yang diletakkan oleh ibunya dalam pinggan akan dihabiskan walaupun selepas itu beliau akan menjadi sesaj nafas & mengah. Namun demi ketaatan & menjaga hati ibunya maka akan dihabiskan juga makanan tersebut - petikan buku
Bagus kan. Kita ni even tak sedar pun ada sedikit sebanyak mengguris perasaan & hati mak ayah kita kan. Tak banyak pun sikit tapi ada. Allahuakbar malunya aku.

  • lebih memilih untuk berpakaian sederhana

 Ahmad Ammar lebih memilih untuk besederhana dalam semua perkara.

Pakaian yang dipilih adalah yang tidak mahal & bercorak biasa. 

  • Cemerlang dalam pelajaran
Beliau cemerlang dalam pelajaran. Malunya aku dengan arwah ni bila beliau tak sia-siakan masa mudanya dengan menimba ilmu sebaik mungkin. Aku? Mungkin aku lupa & tak sungguh-sungguh. Aku hanya cemerlang dalam PMR tapi aku malas & ditakdirkan aku dah hampakan harapan mak ayah aku.

Semasa berada di tingkatan 5, beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang sehingga pihak maktab (MTD) telah menaikkan pangkat beliau & membolehkan beliau mendapat keistimewaan menginap dalam 1 bilik. 
  • dapat menguasai sepenuhnya bahasa asing (Turki)
Aku yang belajar Mandarin pun punya payah nak konker bahasa ni. Even bahasa inggeris sekalipun aku lintang pukang. Tapi Ahmad Ammar. Subhanallah Allah kasi dia peluang untuk kuasai bidang islam & bahasa Turki. Hebat kan

Di madrasah, Ammar kelihatan lebih Turki daripada orang Turki kerana pencapaiannya sentiasa lebih baik & lebih cemerlang berbanding orang-orang Turki sendiri. Malah dalam beberapa ketika, pencapaian & kefahaman Ammar dinilaikan sempurna oleh guru-gurunya & mendapat markah 100% sedangkan orang Turki sendiri tidak ramai yang dapat mencapai taraf kesempurnaan tersebut.
  • sangat tekun belajar & bersungguh- sungguh belajar
Kita? Aku? Dah dapat peluang untuk belajar aku tak gunakan sebaik mungkin. Ya, bila dah habis belajar ni baru aku sedar yang aku menyesal tak belajar sungguh-sungguh dulu. Tapi dah tak guna sebab masa tak boleh ulang balik kan. Just move on. Lain pulak dengan Ahmad Ammar. Lain dari kita semua & aku.

Selepas tamat peperiksaan akhir di marmara Universiti, Ammar telah mengkuarantinkan dirinya selama seminggu di Madrasah Hayrat di Suleymeniyye, untuk benar-benar menekuni & memahami Kitab Risalah An Nur, kerana pada waktu itu Ammar akan menjalani pula peperiksaan lisan, yang akan mengujinya pada waktu itu ialah Sami Yildirim.

Sedangkan kita bila lepas habis exam je terus suka ria. Termasuk aku. Aku lepas habis exam mesti aku ajak kawan-kawan aku celebrate. Pegi makan ke keluar tengok wayang ke. Malunya aku. 


  • kematiannya menakjubkan
Aku terfikir. Macam mana keadaan aku mati nanti? Aku mati nanti caranya macam mana? Bila aku baca kisah kematian Ahmad Ammar ni, terselit rasa cemburu. Allah sangat pelihara dia dari cara kematian hingga dikebumikan.

Malah tiada setitik darah pun tumpah di tempat kemalangan. Tubuh badan Ammar kelihatan seperti sedang berbaring & tiada sebarang kerosakan atau kesan kecederaan pada wajah beliau. Kawasan tubuh yang lainnya, semua bersih daripada segala kecederaan parah. Sehingga cermin mata yang dipakainya juga tidak pecah!

...Ambulans yang melanggarnya jugalah yang telah membawa arwah ke hospital. Pesakit yang berada di dalam ambulans terbabit keluarkan sehingga ambulans lain yang datang mengambilnya. Jarang berlaku keadaan sebegini. 

Kita, walaupun banyak amalnya belum tentu dapat diberikan peluang macam ni oleh Allah kan. Cemburunya aku pada beliau. 
  • dikebumikan di makam syuhada (sahabat Rasulullah saw)
Yang paling aku cemburu. Allahuakbar. Terpilihnya arwah. Sangat beruntung. 

Datuk bandar telah memberikan pengcualian kepada Ammar menjadikan Allahyarham adalah orang Malaysia pertama yang disemadikan di sini. 
  • .berpusu-pusu orang datang untuk mengiring & mengusung jenazah untuk dikebumikan
Allah. Terlalu istimewa insan ini. Bila tiba masa aku nanti, ada ke orang ramai datang nak usung jenazah aku ke kubur macam beliau.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiring jenazah Ammar ke perkuburan. 

Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada orang yang mengusung keranda Ammar. 

Aku tengok video orang yang datang nak usung keranda Ahmad Ammar dulu tersentuh hati. Ramai & berebut -rebut orang datang nak usung sekali. Memang menakjubkan kematian beliau. Dipelihara & dijaga oleh Allah swt
  • mati syahid pada usia yang sangat muda
Aku kira, sempurna kematiannya. Syahid yang tertangguh. Sungguh-sungguh dia nak mendalami islam. Malunya aku dengan beliau. Dia lagi muda dari aku, tapi dia sungguh-sungguh untuk belajar & perjuangkan hak-hak orang islam. Sedangkan aku, sikit pun tak mampu nak buat semua tu. Malunya aku.





    Sedikit sebanyak yang aku kongsikan dengan korang. Ya, aku sangat malu dengan arwah Ahmad Ammar. Memang kita takkan boleh nak samakan diri kita dengan arwah. Memang betul sangat. Tapi tak mustahil kan kita boleh jadi macam dia. Selagi hayat masih ada. Allah sentisa permudahkan kalau niat kita betul. 

    Cemburunya aku pada arwah. Semoga dijadikan pengajaran, iktibar & motivasi untuk kita. Berjuang & pelihara Islam agama kita. Aku sangat terkesan dengan kisah Ahmad Ammar ni. Tak menyesal aku beli buku dia. Sangat motivate aku. 

   Apa akan terjadi dengan kita nanti? Pengakhiran hayat kita? Allah yang tahu. Selagi kita hidup, berbaktilah kepada parents kita, buat amal sebaik mungkin. Aku mungkin tak mampu menjadi seperi beliau, tapi boleh dicuba kan. Semoga kita semua akan menjadi seperti dia & Allah permudahkan semua urusan kita termasuk kematian kita sama macam arwah Ahmad Ammar.

   Ahmad Ammar, semoga kamu tenang disana. Terima kasih kerana berikan semangat yang luar biasa buat kami yang masih hidup untuk lebih mendalami Islam. Al fatihah. Dan Al fatihah buat Allahyarham Datuk Aziz Satar. Hilang sudah permata Bujang Lapuk



jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman,
jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru,
jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al- Quran sebagai bacaan,
jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat

- Ahmad Ammar Ahmad Azam

Monday, May 5, 2014

Perkara Paling Tak Cool Couple Masa Dulu - Throwback Cinta Monyet

Assalammualaikum

   Hai! Lama rasa tak update. Im running out of idea & time weh. Haha. Malas membebel panjang proceed dengan title entry.  I bet mostly pernah buat kot zaman bercinta monyet zaman dulu kala waktu sekolah menengah dulu. Even aku pun. Oh!



  • tukar-tukar sim kad
Zaman sekolah dulu siapa yang ada pakai phone tu kira berado gila lah. Kira up to date lah. Nak- nak zaman dulu pemes henpon nokia N-gage (betul ke aku eja), N73 & sebagainya. Kira siapa yang ada henpon kamera tu power lah. 

Main tukar sim siapa pernah buat? Ada jugak dalam kalangan kawan-kawan aku buat. Rasa kelakar pun ada bila ingat balik. Kononnya dulu senang nak trace bf/gf kalau tercurang mesej dengan perempuan/lelaki lain. Kan. Tapi somehow menyusahkan jugak kalau kawan nak mesej kena inform pakai no mana 1 dulu.
  • gabung nama
Contoh : syafikin, lanida & macam-macam lah. Even sekarang pun mungkin ramai lagi yang still guna kot. Nama aku payah nak buat zaman dulu, jadinya tak payah nak gabung-gabung nama. Berbelit lidah. 
  • signature henfon
Zaman henpon nokia 3310 dulu. Kalau kita mesej orang mesti bawah mesej tu ada signature tu. Haha.

    Lagi? Banyak lagi sebenarnya tapi aku ingat-ingat lupa. Semua ni memori. Bila dah tua ingat balik terasa macam teruknya & rasa kelakar. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini