Assalammualaikum..
Maafkan aku sebab tak sempat nak balas kunjungan,bw & datang komen kat blog korang. Naik sem ni memang aku akan bz uruskan pendaftaran subjek aku. Dengan sistem UPM yang bengong nye. Harap korang faham.
Memandangkan dah 3 tahun aku duduk sini pegi kelas dengan menggunakan kenderaan awam iaitu bas upm,aku nak share dengan korang sikap & attitude driver bas yang sangat2 buat aku rasa menyampah & annoying gila. Kau tahu kadang2 sikap driver bas upm ni over reacted . Dan aku juga paham maybe disebabkan perangai student yang kadang2 tak paham bahasa yang buatkan pakcik driver bas ni buat camtu. Kenapa? Sini baca.
- suka hati main tutup je pintu bas
Kau tahu dulu aku hampir tercicir tengah jalan sebab pintu bas tu tetiba tutup tanpa diberitahu. Time tu aku memaki hamun driver bas tu. Bahaya kan. Sangat bahaya. Tak kisah pasal keselamatan student.
Kalau nak kata position aku dalam bas tu rasanya semua tempat aku dah merasa. Atas dashboard kat driver,depan pintu bas, atas tangga bas. Amacam sadis tak. Semata2 nak pegi kelas aku sanggup.
Bas kat upm ni limited nak2 lagi bas kolej aku,kolej serumpun. Beribu student yang ada kat situ berebut2 nak naik bas. Lagi2 bila time petang time habis kelas tu kau akan tengok bersusun2 student nak naik bas serumpun.
Ada sorang driver bas ni boleh main kira2 student yang yang naik bas. Memang lah betul cara dia tak nak bagi bas too overload tapi at least janganlah main halau & tutup je pintu bas tu sesuka hati. Kesian student yang rushing beriya nak naik bas tetiba kena halau suruh naik bas lain. Geram.
Macam tadi kawan aku nyaris kena halau sebab dia kira student yang naik bas tu. Maybe sebab dia tak nak bas dia terlalu penuh. Semak katanya. Aku kesian tengok student yang kena halau tu ternganga je sebab kena suruh cari bas lain.
Cara pak cik bas ni betul tapi jangan sampai kedekut sangat nak kasi student naik bas sampai terpaksa tunggu bas sampai maghrib!
- no priority for the right student
Yang ni maksudnya tak bagi keutamaan student naik bas ke kolej yang sepatutnya. Paling aku bengang sekali kes ni. Ada certain driver tu baik hati sebab utamakan student kolej serumpun ni daripada kolej yang lain sebab dia tahu budak kolej serumpun ni lebih memerlukan bas & sangat ramai. Yang tu memang aku respect.
Tapi ada pulak driver bas kolej terutamanya kolej aku yang baik hati sangat nak tumpangkan student kolej lain naik bas kolej kitorang. Yang tak boleh blah kalau kitorang nak naik bas kolej yang lain mintak tolong hantar ke kolej kitorang boleh pulak dia cakap "tak boleh,bas lain banyak lagi kat belakang". Time tu jugak aku maki. Maki dengan studentnye sekali. Bas kolej sendiri ada naiklah.
Bab yang ni memang aku bengang sebab terkenangkan kitorang student kolej serumpun yang punye ramai tahap gaban yang memerlukan banyak bas untuk balik ke kolej. Kadang2 tu habis kelas pun dah malam,kalau tak de bas nak balik macam mana. Lagi merisikokan hidup student. Lepas tu mulalah timbul macam2 kes.
- bawak bas macam orang mabuk
Sem lepas ada sorang driver berbangsa India. Dia ni kalau bawak bas memang membahayakan student. Laju nak meninggal. Serius lagi gila. Aku ni yang berdiri lagi pegang buku bila dia break rasa nak melambung badan. Dah pulak kalau ada lelaki boleh sampai terpeluk2. Gila scary!
Bawak bas macam orang mabuk bahayakan student. Kalau la kau tengok keadaan dalam bas tu mesti rasa scary & kelakar jugak kadang2. Sumpahan & cacian tu tak payah cakap,almost majority student dalam bas tu mulut terkumat kamit je cakap macam2.
Even macam tu perangai driver bas upm ni aku tetap bersyukur sebab masih ada lagi kenderaan aku nak pegi ke kelas. Al maklumlah aku ni tak semewah & sekaya student lain yang bawak kereta,motor,van semua tu. Hanya mampu lihat je tengok student2 yang bawak kereta,moto tu. Siap tekan2 minyak lagi deoan student yang tunggu bas ramai2 ni. Sungguh biadap.
Kadang2 banyak sangat kereta depan kolej ni rasa semak jugak. Tapi biarlah. Selagi ada kenderaan nak pegi kelas bagi aku its ok. Tak kisah lah naik bas ke lori ke janji sampai ke kelas tu. Aku cukup tak gemar dengan orang yang tak boleh hidup susah ni. Katanya "tak nak lah naik bas tu,tak standard. Nak bersesak bagai dengan panas semua. Penat aku pakai cantik2". Rasa berbulu je dengar.
Mostly yang cakap macam tu junior. Budak yang baru masuk. Amboi kau dik,aku yang dah nak dekat final year naik bas hidup je lagi. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak payah nak bajet kaya sangat.
Lagi 1 kadang2 masak jugak dengan perangai student ni. Ada yang time nak naik bas time tu lah nak bercakap,nak berdating,nak berlenggang,menyirap je. Dah pulak nak2 time nak turun tu majority student (junior) tak nak kasi laluan langsung bagi student yang nak keluar ni. Free2 kena sound kat situ.
Memang naik bas ni agak susah sebab kalau nak pegi mana2 nak keluar ke memang susah tak de kenderaan sendiri tapi tak pelah. Dah nak habis dah pun. Kampus aku pun dalam main kampus so tak payah risau sangat. Lagi pun bes naik bas ramai2 dengan kawan2,jimat duit minyak,rasa lebih terjamin keselamatan,jimat duit. Lagipun yuran bas aku bayar,rugi kalau tak guna bas tu haha.
p/s : kemahiran selit menyelit naik bas aku dah expert haha. Kau junior,ada? Tak ada senyap. tau nak komplen je