Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Bila Malaysia Diuji Kaw-Kaw : Pengajaran & Peringatan

Assalammualaikum

   Sekarang ni korang perasan tak macam-macam dugaan yang Allah timpakan bagi kita kat Malaysia kan. Macam-macam. Bertimpa-timpa dalam 1 masa yang sama.


  • jerebu
  • suhu panas melampau
  • suhu sejuk melampau
  • catuan air
  • denggi
  • kehilangan pesawat MH370
  • penculikan pelancong
  • kematian remaja sebab dadah
   Aku rasa kali ni yang nampak macam dasyat gila ujian kita kot. Bagi aku. Even aku tak de kaitan antara masalah kat atas selain suhu persekitaran, tapi aku tetap rasa tempiasnya jugak. Tambah pulak dengan kes MH 370 tu. Lagi rasa bertimpa.







   Tapi jangan lupa, mesti, mesti ada hikmah & sebab Allah turunkan ujian macam tu kat kita rakyat malaysia. Yang mana most of us are Islam. Sangat terang & jelas kot. Mungkin tanpa kita sedar kita dah banyak sangat lalai dengan hiburan dunia & lupakan tanggungjawab kita pada Allah swt. Mungkin. Siapa tahu. 

    Dalam banyak-banyak kes, paling aku rasa teruk ialah catuan air, musim panas & for sure kes MH 370. Seriously rasa terbeban sangat. Apatah lagi orang-orang yang terlibat. Honestly aku rasa kesian kat DS Hishamuddin, Ahmad Jauhari & Azharuddin. Tapi paling kesian kat AJ kot. Nampak pada riak muka terlalu letih, penat nak jawab semua soalan yang dorang rasa pun tak mampu nak jawab. Kesian

    

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعونDan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

لا يكلف الله نفسا إلا وسعهاAllah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286] 

    Mungkin Allah nak uji kita sekarang sebab Dia sayang kita & tak nak kita terus lalai. Dia bagi kita pengajaran. Pengajaran yang cukup terkesan. Samapi bila-bila.

    Even kita sendiri pun dalam hidup tu bohong sangat kalau tak pernah langsung kena timpa dengan kesusahan & ujian. Mungkin ada yang tak pernah & hidup mewah sentiasa tapi 1 hari nanti mesti ada. Allah sayang kita sebab tu Dia turunkan ujian kat kita.

   Kalau ikutkan, sepanjang 23 tahun aku hidup di muka bumi Allah swt macam-macam dugaan yang aku tempuh. Sampai terus rasa down pun ada. Antaranya :

  • fail dalam exam
  • fail dalam bercinta (quit few times!)
  • tesis kena reject 2x
  • laptop rosak disaat kena present viva & projek tahun akhir degree
  • abah sakit, kena operate
  • hilang orang yang tersayang
  • macam-macam lagi
    Kalau ikutkan tak terkira dugaan aku. Paling - paling terkesan dugaan hari tu bila tesis aku kena reject 2x oleh supervisor aku. Nanti aku buat entry khas. Sumpah time tu rasa down gila babeng sebab kawan lain semua nak jilid dah sedangkan aku pulun cari orang nak tolong betulkan grammar dalam tesis aku. Scary!

   Kita kena amik pengajaran atas apa yang berlaku. Dalam Malaysia terutamanya. Dont keep on blaming each other. Orang tu salah, orang ni salah. Parti ni salah, parti ni macam tu. Useless! Dalam keadaan macam ni nak babitkan lagi politik. Annoying jugak bila every single thing happen mesti nak kaitkan dengan politik. Wajib!

    Orang-orang yang suka buat spekulasi tu ha, cube kau letakkan diri kau kat tempat orang yang mengalaminya. Jangan tahu buat andaian je. Perit orang yang merasanya.

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200] 

    Allah uji kita semua sebab nak tengok, kita berbalik atau tak kepada Dia bila ditimpa musibah. Banyakkan doa,doa,doa, &doa. Sabar,sabar,sabar & sabar. Tak tugi pun sabar kan. InshaAllah akan termakbul & Allah tunjukkan jalan penyelesaian buat kita semua. Semoga Allah bantu kita selesaikan apa yang terbelenggu dek kerana tragedi MH 370. Amin

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Wednesday, January 1, 2014

Review : Himalaya Peel Off Mask (Almond & Cucumber). Best!

Assalammualaikum..

    Hai! Setelah sekian lama aku tak update belog sebab bz siapkan anak aku si tesis tu ha. Sekarang bz dengan final exam nye lagi. Penat! Lagi beberapa hari aku dah nak habis degree dalam bahasa tak segannya habis exam degree haha. Seronok tapi sedih wei.

    I've been here in UPM for almost 4 years. Lama. Terlalu banyak kenangan pahit manis semua. Antaranya jumpa dengan ijam lah. Aww. Oklah aku nak cerita pasal 1 produk ni. Kira review lah. Lama dah aku tak review produk ni.



        Aku pakai dalam nak dekat sebulan. Sebab sekarang aku tengah cari jalan nak kurangkan minyak kat kulit muka aku ni. Over gila minyak sekarang ni. Aku dah tak pakai rumpai laut sebab dah tak ada stok dari supplier. Sedih gila. Itu je ubat yang paling mujarab bagi aku. Rumpai laut tapi susah nak dapat dah.

       So alternatifnya aku terjumpa review dari Mira Filzah yang ada cite pasal produk ni. Aku pun belilah. Masa aku beli promosi pulak. Buy 1 free 1. Sudahnya yang free lagi 1 aku amik scrub walnut untuk kulit berminyak. Best best rupanya produk himalaya ni. Baru tahu. Yang tu nanti aku review.


Harga : Botol kecil ( RM 17.90), Botol Besar ( RM 23.++)
Kat mana nak beli : Semua farmasi, supermarket, kiosk Himalaya, Watson, Guardian


     So far aku pakai alhamdulillah dah kurang berminyak & kulit rasa fresh oi. Paling best sebab boleh main tarik tarik mask tu kat muka. Terasa semua daki kotoran tu melekat hilang. Korang try lah. Pakai dalam 2 kali seminggu.Lepas 15 ke 20 minit kau tepek kat muka, dah kering cabutlah.

     Itu aje. Selamat mencuba. Oh btw mask ni bau wangi. Bau timun.Ok bye. Doakan aku boleh jawab final exam nanti. Bye!

Nah setempek

Thursday, December 5, 2013

Tragedi Disember 2013 : Lumpuhnya Bandar Kuantan

Assalammualaikum..

    Hai semua. Sekarang tengah up gila tentang banjir yang berlaku di sekitar kuantan, pahang, terengganu, johor ye? Maafkan & betulkan aku kalau salah ye. Aku terkejut jugak sebab seems like getting worst & worst day by day.

    Terkejut jugak aku bila tengok gambar terminal sentral kuantan yang baru bukak tu pun tenggelam habis area bawah parking tu. Sadis sungguh. Jom aku share gambar dengan korang.


Sumber gambar dari sini 

terminal sentral




Berita lanjut & lagi gambar di sini




Teruk kan. Aku rasa the worst banjir after few years ago yang dulu banjir besar di pahang tu. Tak ingat tahun bila. Dengar cerita kemaman terengganu pun habis lumpuh jugak. Takut. Risau. Kesian. Simpati semua ada untuk mangsa banjir ni. 

Aku pun baru hari ni dapat contact dengan ijam sebab bekalan letrik, air & line pun terputus sekarang ni. Risau jugak mengenangkan kesayangan kat sana. Haha. Alhamdulillah katenye jalan area semambu dah boleh lalu. Dah surut. 

Semoga semuanya akan menjadi normal seperti sediakala. Dan semoga mereka yang menjadi mangsa banjirdiberi kesabaran & kekuatan untuk hadapi semua ni. Amin. 

Wednesday, November 13, 2013

FRENCH CUISINE UPM : LETS JOIN! AWESOME

Assalammualaikum..

    Hai! Aku tak sempat nak update entry aku pegi coffee hopping hari tu. Nanti lah. Ni aku nak promote kat korang pasal event lunch aku. Kali ni tema dia french pulak ok. Makanan dia memang mengenyangkan sangat & sedap weh. Tak tipu.

    Kali ni tugasan aku ialah untuk buat poster. Ok jom aku review makanan dia dulu.

Appetizer

Quiche au Quick Salad
A tart dough with royale creamy filling added of grilled leek, onion,tomato and capsicum accompanied with fresh salad

Soup

 Soup Au Pistou

Special french traditional tomato-based soup with hearty mixed of vegetables and beans.                                          served and eaten with cheesy pistou sauce

Main Course

Chicken Roulade Au Pommes Duchess served with Mushroom Sauce

Rolled pan seared chicken breast stuffed with sauteed mushroom,spinach and parmesan cheese served with mashed potato, stir fry vegetable and mushroom sauce

Dessert 

Mixed Fruits Chocolate Mousse with French Cookies
Indulgence chocolate mousse layered with mixed fruits served along with chocolate chips French cookies

    Aku paling suka dessert lah macam biasa. Mengancam haha.


Siapa yang berminat, boleh buat reservation & contact saya terus. Atau any contact number dalam poster. 
Jom reserve tempat anda sebelum penuh! tempat adalah terhad. 
Enjoy!

Tuesday, October 1, 2013

Halloween Dinner Night At UPM - RM 26 PER PAX

Assalammualaikum..

    Hai! Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba jugak. Sem ni kos aku ada buat event dinner yang bertemakan Halloween Night. So jom aku sertakan gambar makanan nya. Aku sendiri terliur bila tengok.

Appetizer



Frankeistein's Eye with Zombie's Corpse


Soup


Halloween Pumpkin Soup with Witch's Finger


Main Course


Creepy Smoke Scare Crow with Bleeding Sauce


Dessert


Booutiful Bread Butter Pudding served with Bloody Sauce & Vanilla I-  Scream


    For those yang berminat, kat bawah ni ada details


Siapa yang berminat nak buat reservation, boleh terus contact saya, tak pun contact no yang ada dalam poster tu ye. 

Cepat, tempat terhad

crew disebalik tabir

Thursday, August 29, 2013

Malaysia : Tembak & Bom

Asslammualaikum..

    Hai semua! Lamanya aku tak update blog ni ha. Rindu kemain. Bukan apa, sebab malas nak taip. Maaf kan aku. Tak tahu lah blog ni still ada reader ke tak huhu. Start je new entry terus nak update pasal kes yang makin popular sekarang ni. Tahu tak apa? Sila baca tajuk entry.

    Macam -macam kes tembak dah kan kita dengar sekarang. Scary tak scary kau. Aku jadi takut dah nak pegi mana-mana. Yelah kalau-kalau tetiba kena peluru sesat ke kan. Mintak dijauhkan. Baru-baru ni kejadian tembak di kuantan. Huyo. Dah sampai kuantan weh. Dah la aku selalu sangat pegi kuantan. Makin tambah lagi scary aku.






    Persoalan nya : Dari mana & macam mana mereka ini semua dapat senjata api macam tu je? 
                            Bukan ke salah di sisi undang-undang memiliki tanpa lesen & sebab?

 
   Usah cakap aku, peniaga yang berniaga kat luar sana pun aku bet lagi lah takut. yelah sekarang ni orang kalau tak puas hati dendam sikit aim, terus tembak. Murahnya nyawa sekarang. Tak cukup dengan tu, orang ragut & rompak. Marah terus tembak. Allahuakbar!

    Baru-baru ni makteh aku kena ragut kat jb. Tengah hari pulak tu ragut. Kawan dia kena kelar kat tangan. Sekarang ni jenayah kalau nak berlaku tak kira tempat & masa dah. Main sebat je. Triple scary weh. Aduhai. Terasa macam nak keluar rumah pakai baju besi bawak tukul je.

   Apa-apa pun harap kejadian macam tu akan berkurangan & minta kita semua dijauhkan dari perkara buruk macam tu. Amin. Aku nak share dengan korang ayat yang selalu aku amalkan sebelum nak keluar rumah. Ayat Qursi. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar. InshaAllah semoga Allah & para malaikat lindungi kita dari segala bahaya.

   Korang kalau nak keluar mana-mana tu be extra careful then. Barang kemas, duit tu simpan sikit dalam rumah kalau tak nak kena rompak.


Sunday, June 23, 2013

Jerebu Terkini

Assalammualaikum..

    Hai! Seperti sedia maklum sekarang ni jerebu semakin menggalak berlaku kat negara kita. Pagi tadi aku bangun rasa macam mendung tapi jenguk banyak kali rupanya jerebu. Teruk oi. Tempat korang dah kena? Memang, ramai yang bersungut sebab ni termasuklah aku tapi bila fikir balik ini semua ujian Allah kan.

    Bila jerebu ni korang memang kena betul2 jaga kesihatan.

  • minum air sebanyak mungkin. Bialah sampai kencing 10 kali sehari pun janji badan tak dehydrated.
  • pakai mask. Kalau boleh amalkan sebab boleh lindung kita dari menghidu udara yang tak sihat ni
  • stay inside. Jangan keluar sangat. Possibility nak sakit tu tinggi sebab badan kita kadang2 tak boleh stand dengan keadaan udara yang tak bersih
  • dont stay outside for too long. Tak payahlah keluar lama2. Nanti bukan takat infection kat dalam badan tapi sekali dengan mata
  • makan banyak. Badan kena ada banyak tenaga. Bia pun duduk dalam rumah je. 
    Nampak tak ape aku cuba terangkan. Kang aku masuk sampai sains makanan korang pening pulak nanti haha. Lagi 1, kalau nak beli barang basah kat pasar ke kat mana2 tengok dulu keadaan makanan tu ye. Jangan kau main sebat je nanti tak sihat. Keadaan persekitaran memang sangat2 mempengaruhi kualiti bahan makanan tu ye. 

    Jerebu ni kalau IPU dia teruk sangat memang akan datangkan kesan kat badan kita. Sini aku share dengan korang


     Buat masa ni aku baru terasa gatal2 kat tekak & batuk. Peringkat ke 2 aku dah sampai hidup berair & mata rasa pedih. Oh!! Korang jangan kasi adik,anak korang main kat luar tu kalau keadaan berjerebu macam ni. Bahaya!

 So langkah keselamatan nya, duduk je dalam bilik atau rumah. Lagi selamat. 

ni kat kolej 13 UPM pagi ni


KL- 11 pagi


kuantan - 11.25 pagi
   Keadaan kat upm serdang pun agak lah teruk jugak. Nanti kalau rajin aku update gambar lagi. Bye!

Monday, April 8, 2013

Corat-Coret ABPBH 2012 & Tayangan Pakaian Artis

Assalammualaikum..

   Hai! Apa khabar semua? Gila rindu aku dengan korang semua. Baru nak merasa free bila cuti. Tapi cuti pun kena buat keje jugak nya. Tak de nak holiday sangat lah. Ok nak cerita pasal ABPBH 2012 yang baru je berlangsung semalam. Ape kata korang? Kata aku?


  • opss fida!
  • suara fans sangat memekak sampai terkeluar dari tv. Amboi! Over
  • Tasha Shilla macam konker mic. Kesian Fathia jadi senyap je. 
  • The best part ever was when all of the legend combine together singing the old timer song. Gila part tu memang best gila. Amir Ukays, Zarul Umbrella, Ayai Ilusi & Bagio Damasutra. Zarul hensem!
  • event macam kelam kabut sikit
  • baju last farah fauzana ops!
    As usual jom tengok artis & pakaian mereka di red carpet ABPBH 2012. Tema ledakan geometri. Jangan terjojol mata sudah
















sumber & lagi gambar di Oh Bulan






gambar dari instagram Nora Danish & Lisa Surihani

   Sebelum tutup entry meh sini nak share dengan korang part paling best masa ABPBH 2012. Layan jiwang tu. Maaf kalau ada yang tak puas hati dengan entry ni. Aku pun penonton jugak.



Aku rasa mungkin Zed Zaidi lepas ni boleh tetapkan syarat kepada artis perempuan setiap kali ada event kena pakai baju yang tak tayang belahan dada & paha. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini