Friday, May 9, 2014

Realiti Hidup Aku Di Matrik

Assalammualaikum

   Keyword matrik dah bersepah-sepah dalam blog aku since 2 bulan yang lepas. Macam-macam. Tips belajar bagai tu aku dah share dalam entry INI. Malas nak retype balik. So adik-adik mana yang nak refer tips aku boleh baca kat situ. Kalau nak baca lah.

   Aku dulu Matrik Gopeng, Perak. Masa apply zaman sekolah dulu aku apply :

  1. Matrik Gopeng, Perak
  2. Matrik Tangkak, Johor
  3. Matrik Gambang, Pahang
   Aku apply matrik perak sebab dahulu kala aku ada tanya senior-senior aku yang masuk matrik dia kata matrik perak paling bagus. Haha. Tah apa-apa. Aku main apply je sebab tak tahu mana hala tuju lepas SPM kan time tu. Apply sendiri-sendiri tak ikut kawan pun. Aku tak apply matrik Arau sebab ada kes bunuh diri diri yang aku tahu dari kakak kawan aku. Lagi mengarut

   Oklah. Since ramai adik-adik yang bertanya pengalaman aku masa duduk matrik dulu, so aku nak share lah jugak sikit-sikit. Macam mana kehidupan aku masa kat matrik dulu?

  • lifeless & restless
Ini aku lah. Sebab bagi aku kehidupan kat matrik was too tough. Bagi aku. Yelah pengalaman baru buat aku kan. Agak terkejut jugak lah. Weekend aku tak de nak berjimba keluar bagai sangat sebab matrik aku strict jugaklah & lagi 1 rumah aku jauh kalau nak balik pun. So, duduk bilik sajo. Bosan

Weekdays - pegi kuliah sampai petang. Malam pun ada jugak tapi untuk kuliah tambahan & kelas ganti
Weekend - outing/ tengok movie & buat tons of tutorials, asignments & presentation.

So, bagi aku hidup aku sangat penat & letih gila bila kat matrik. Pulaknye bilik aku tingkat 5 pulak. Makin kering ah aku mase tu. Dah makan lapar balik wei. 
  • best gila (kawan-kawan)
Sem 1 aku dengan kawan lain. Masuk sem 2 aku dengan kawan lain. At first memang sedih bila nak tinggal kawan-kawan sem 1. Dah rapat. Tapi tak boleh nak buat ape lah. Hadap saje. Tapi alhamdulillah both sem aku dapat kawan-kawan yang sangat best. 

Malam hari jumaat tak pun weekend aku mesti tengok movie dengan kawan-kawan lain. Syok gila time ni. Memang best sangat. Tapi sekejap sangat. 1 tahun je duduk matrik. Tak rasa kepuasan. betul!




  • jimat duit
Ya, masa aku duduk matrik aku dapat jimat duit. Dapat elaun pun aku buat belanja makan & tambang bas. Cukup-cukup je. Unless kalau pegi berjoli lah. Ada jugak aku keluar shoping, tengok wayang dengan kawan aku. Tapi tak delah guna banyak sangat duit. Kadang-kadang mak ayah aku datang. So situ lagi jimat duit aku haha. 
  • lebih menghargai masa
Aku duduk matrik memang sangat puntual. Kena punctual. Time nak hantar asignment, buat presentation kena punctual. Masa duduk matrik macam duduk universiti jugak. Tapi bezanya macam strict sikit lah. Aku duduk UPM bahagia hidup aku. Tak ada rules sangat. Yang itu best
  • stress gila
Dengan lambakan tutorials, assignment yang banyak dengan presentation lagi, hidup aku agak miserable jugaklah  masa kat matrik. Masa tu memang tak memang tangan kau nak buat tutorial 3 subjek. Zaman aku 3 subjek lagi. Sekarang aku tak tahulah. 

Pulak masa dalam kelas tuto kena buat sorang-sorang kat depan. Lagi miserable hidup aku nak-nak kalau tak siap, lupa & tak tahu jawapan. Aku dulu kalau tak siap ke, tak tahu ke aku pinjam kawan aku punya jawapan je. Betul ke salah lain cerita. Eh tapi korang jangan tiru pulak. Nanti kantoi padan muka kau. Haha.

Aku ingat lagi, aku paling stress kalau buat tuto math. Sumpah stress sebab aku tak pernah minat subjek math. Kalau soalan yang senang ok lagi, tapi kalau yang susah memang aku tiru saja. Lagi stress bila result exam UPS teruk. Tak macam orang lain. Result sem 2 aku turun sebab subjek math susah nak mati. Bagi aku. 
  • tak ada masa nak bercinta
Eh! Realitinya tak ada orang nak usha aku. Haha. Gurau jelah. Ada je kawan-kawan aku,  budak matrik yang lain bercinta kat matrik. Itu lantak diorang lah hidup diorang, masa diorang kan. Memang kat matrik aim engkau 1 je. Nak belajar je weh. Betul. Sebab matrik memang kau kena pulun gila-gila sebab tu peluang kita nak dapat tempat kat IPTA. Kena compete dengan budak STPM, Diploma. Memang bagi aku sangat sangat mencabar & susah
  • makin malas
Malas nak iron baju. Sebab matrik aku pesen bilik iron tak ada kat setiap tingkat & tak boleh bawak iron sendiri. Aku ada bawak iron sendiri tapi malangnya kena rampas. Menyampah pulak. Sudahnya malas nak tuntut, aku iron sebundle sekali gus untuk seminggu. Lagi pulak kena bangun awal pagi kalau tak nak berebut dengan orang lain iron. Stress!
  • gila movie
Mobie paling tengah in masa zaman aku time kat matrik ialah movie korea. Time kat matrik memang aku kumpul movie korea berduyun-duyun. Memang banyak gila aku kumpul. Seronok weh dapat member kaki simpan movie jugak. Sampai sekarang zaman universiti pun aku tak habis tengok lagi cerita dalam external aku. 



    That was my life when i was in matrik few years ago. Ape pun, it was a great experience untuk aku. Matrik ni best gila sebenarnya. Seriously. Yang membuat kan aku tak terasa langsung kehidupan kat matrik ni sebab masa berjalan dengan sangat pantas. Sekejap je setahun tu. 

   Masa kat matrik memang hidup aku nak belajar habis-habis sebab aku fikir nak dapat tempat kat universiti untuk degree. Memang masa habis final exam dulu sebelum nak balik menangis habi-habis sebab nak tinggal kawan-kawan. Sedih oi. Kehidupan kat matrik memang tak sama sangat dengan kehidupan kat universiti. Even kat universiti pun berganda best, tapi kat matrik jugak best walaupun strict haha. 

    So adik-adik yang nak sambung matrik akan datang, jangan lupa tanam azam tu untuk belajar. Jangan terlalu terkejut sangat dengan kehidupan separa universiti ok. Good luck! Good luck jugak kat adik-adik yang tengah tunggu result untu kemasukan ke IPTA akan datang. 

   Sekian. Pesanan dari akak blogger. Hacum!


                                 

4 comments:

  1. Hai kak. sye dapat matriks melaka. esok result upu keluar. kalau sye tak dapat upu, patut ke sye amik matriks tu? kalau amik matriks, pointer nak masuk U utk buat degree min berapa? keee ikut course yang dia amik?

    ReplyDelete
  2. Matrik melaka best! Walaupon skema macam skolah.tp best!

    Tp yg skema yang pelik tu la nnt bila teringat bakik rasa mcm kelakor je.kena denda lah.itu la.ininlah

    ReplyDelete
  3. tak pernah masuk matrik.dgr dr kawan2 je.

    ReplyDelete
  4. haha..teringat masa belajar kat matrik Johor dulu.jakun mula-mula sebab tak pernah duduk asrama tapi tetap njoy!!

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini