Monday, May 19, 2014

" Aku Rasa Dihormati Bila Berpakaian Sopan"

Assalammualaikum

   Aku terasa nak buat entry pasal ni. Pemakaian.

   Alkisah semalam aku keluar bandar Melaka naik bas. Otw nak balik bas penuh sangat sangat dengan manusia yang mana mostly 90% of them were foreigner lelaki  (bangla, myanmar,vietnam & what so ever). Mula-mula memang tak nak lah naik bas tu sebab full & ramai sangat lelaki. Tapi sebab nak kejar asar & tak nak balik lewat sangat kena jugak lah naik.

   Then bila dalam bas, kau tahu aku rasa macam diperhatikan dari atas sampai bawah. Seriously. Tapi aku bersyukur sangat sebab aku pakai baju tutup punggung & aku rasa selamat sangat. Tapi tak berapa selamat lah sebab ada 1 mat bangla dok gesel gesel badan kat aku. Aku move ke depan dia move jugak. Disebabkan terlalu crowded, aku tak boleh nak move sangat. Rasa nak tendang je anu dia. Geli.

   Kenapa aku cerita?

   Betul orang kata. Kita akan rasa selamat sangat & seolah-olah 'dijaga' oleh seseorang bila kita berpakaian sopan & menutup aurat. Few years ago, aku bukanlah seorang perempuan yang terlalu menjaga aurat aku. Ya, dulunya aku suka pakai inner dengan baju dengan pendek which is agak seksi jugak sebenarnya, pakai jeans ketat which is skinny, pakai tudung above dada, baju singkat atas punggung. That was me.

   But then, entah tak tahu bila aku start rasa secure & nak ubah semua tu. Dari cara pemakaian aku. Tapi aku try ubah cara pemakaian aku slow- slow. Aku banyak tengok cara orang lain berpakaian. Then, baru aku terasa "eh, buruknya perempuan ni pakai baju, and macam tu aku dulu". Rasa menyesal.

   Aku tak mampu nak terus berubah jadi macam perempuan kat luar sana yang directly terus pakai hand sock, stokin, tudung labuh & sebagainya. Sebaliknya aku try yang mana mampu dulu slow-slow. I was started wore tudung and cover my chest. Tak labuh tapi tutup dada. I was started wore those baju yang labuh-labuh. Baju aku yang dulu-dulu yang singkat sendat tu aku biarkan dalam almari. Aku bagi abang ipar aku dermakan kat rumah anak-anak yatim.

   Dulu, bila aku fikir balik bila aku berpakaian singkat, ketat semua tu aku tak fikir pun mata-mata liar yang tengok badan aku, yang jamah badan aku. Yang aku fikir time tu aku masih muda & that was a trend. Jahil jugak aku kan. Tapi tulah, itu semua pengajaran buat aku.

   Mak aku ada jugak sound "buat apa nak pakai baju nampak bontot kau, tetek kau, nak tayang kat sape". Sentap gila seluruh badan aku bila mak aku cakap macam tu. And yes. Tak dinafikan aku berubah since aku kenal ijam. Mungkin orang akan kata buat apa berubah sebab orang lain. Ya betul.  Entahlah. Susah nak cakap kenapa tapi lepas aku kenal ijam aku rasa aku nak sangat berubah dari segi pemakaian aku. Aku bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan, family & ijam yang sentiasa terima baik buruk aku.

   Ya, memang aku tak ubah & istiqamah dalam perubahan pemakaian aku, tapi at least aku & orang sekeliling aku nampak aku usaha untuk ubah semua tu. Tak kan nak directly terus berubah kan. Mustahil & tak mustahil. Aku ada seorang kawan yang dahulunya seksi sangat, tapi Allah Maha Besar. Sekarang dia dah bertudung & sangat sangta cantik. Malah lebih sempurna menutup aurat berbanding aku yang memang dari dulu pakai tudung. Timbul rasa malu.


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Riwayat Muslim)

Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.
 Sumber sini 

    Gerun bila baca kan. Sama- samalah kita berubah sikir demi sikit. Tak dapat berubah sepenuhnya, slow slow pun tak apa. Asalkan niat kita untuk berubah, inshaAllah dipermudahkan. Aku sayangkan abah, aku sayangkan bakal suami aku, aku sayangkan diri aku sendiri & keluarga aku. Itu lah yang akan membawa mereka & aku ke syurga.

20 comments:

  1. nak berubah tak perlu drastik . ubah slow-slow yang penting istiqamah :D

    ReplyDelete
  2. Saya sokong, sy pun macam tu juga tp alhamdulillah berubah sikit demi sikit wlapun xbersarung tgn laa.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum,, thanks for the best entry,, semoga iman kita sama-sama terpelihara.. nak berubah tak boleh secara mendadak.. kena slow2 tapi istiqamah... :)

    ReplyDelete
  4. btol tu syg.mmg pon.bila kita sopan.org akan hormat.akk setuju sgt.

    ReplyDelete
  5. sama-sama kita mengejar cinta Illahi. :)
    semoga istiqamah dalam setiap kita lakukan

    ReplyDelete
  6. Yang penting ada niat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
    jaga aurat..tunjuk kepada yang berhak je :)

    ReplyDelete
  7. @citfarah

    tu la . x semestinya nak terus bersarung tangan kan. slow2

    ReplyDelete
  8. @Cik Atie

    thanks for reading atie :)
    inshaAllah amin

    ReplyDelete
  9. seriously suka entri ini ^_^ semoga istiqamah apa yang kamu lakukan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah semoga istiqamah dalam apa yang adik lakukan.. Rasa macam terkena batang hidung sendiri pulak.. hihihi..

    http://rujukvitaminku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. niat tu yang penting...berubah ke arah yang lebih baik...:D

    ReplyDelete
  12. Yups..betol semua komen2 yg diberi..pendapat saya pula...aurat itu wajib ditutup,tetapi bukn dibalut..ada beza dua itu..wajib bererti apabila dibuat mendapat pahala dan apabila ditinggalkan mendapat dosa..hehe ~selamat beramal ye~terima kasih entry ni..^-^

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini