Tuesday, May 6, 2014

Malunya Aku Dengan Arwah Ahmad Ammar

Assalammualaikum



   Korang dah baca buku Ahmad Ammar ni? Kalau belum, aku suggestkan pegilah beli & baca. Sebab banyak sangat pengajaran yang kita boleh dapat kalau baca buku tu. Best!

   Kenapa aku malau dengan arwah Ahmad Ammar? Ada sebabnya.

  • Anak yang sangat patuh pada ibu bapa
Dari apa yang aku baca dari buku tu, arwah Ahmad Ammar ni sikit pun tak pernah membantah apetah lagi nak melawan cakap parents dia. Sikit pun tak. Dia taat sangat pada ibu bapa dia. 

Walaupun di meja makan beliau telah kekenyangan tetapi makanan yang diletakkan oleh ibunya dalam pinggan akan dihabiskan walaupun selepas itu beliau akan menjadi sesaj nafas & mengah. Namun demi ketaatan & menjaga hati ibunya maka akan dihabiskan juga makanan tersebut - petikan buku
Bagus kan. Kita ni even tak sedar pun ada sedikit sebanyak mengguris perasaan & hati mak ayah kita kan. Tak banyak pun sikit tapi ada. Allahuakbar malunya aku.

  • lebih memilih untuk berpakaian sederhana

 Ahmad Ammar lebih memilih untuk besederhana dalam semua perkara.

Pakaian yang dipilih adalah yang tidak mahal & bercorak biasa. 

  • Cemerlang dalam pelajaran
Beliau cemerlang dalam pelajaran. Malunya aku dengan arwah ni bila beliau tak sia-siakan masa mudanya dengan menimba ilmu sebaik mungkin. Aku? Mungkin aku lupa & tak sungguh-sungguh. Aku hanya cemerlang dalam PMR tapi aku malas & ditakdirkan aku dah hampakan harapan mak ayah aku.

Semasa berada di tingkatan 5, beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang sehingga pihak maktab (MTD) telah menaikkan pangkat beliau & membolehkan beliau mendapat keistimewaan menginap dalam 1 bilik. 
  • dapat menguasai sepenuhnya bahasa asing (Turki)
Aku yang belajar Mandarin pun punya payah nak konker bahasa ni. Even bahasa inggeris sekalipun aku lintang pukang. Tapi Ahmad Ammar. Subhanallah Allah kasi dia peluang untuk kuasai bidang islam & bahasa Turki. Hebat kan

Di madrasah, Ammar kelihatan lebih Turki daripada orang Turki kerana pencapaiannya sentiasa lebih baik & lebih cemerlang berbanding orang-orang Turki sendiri. Malah dalam beberapa ketika, pencapaian & kefahaman Ammar dinilaikan sempurna oleh guru-gurunya & mendapat markah 100% sedangkan orang Turki sendiri tidak ramai yang dapat mencapai taraf kesempurnaan tersebut.
  • sangat tekun belajar & bersungguh- sungguh belajar
Kita? Aku? Dah dapat peluang untuk belajar aku tak gunakan sebaik mungkin. Ya, bila dah habis belajar ni baru aku sedar yang aku menyesal tak belajar sungguh-sungguh dulu. Tapi dah tak guna sebab masa tak boleh ulang balik kan. Just move on. Lain pulak dengan Ahmad Ammar. Lain dari kita semua & aku.

Selepas tamat peperiksaan akhir di marmara Universiti, Ammar telah mengkuarantinkan dirinya selama seminggu di Madrasah Hayrat di Suleymeniyye, untuk benar-benar menekuni & memahami Kitab Risalah An Nur, kerana pada waktu itu Ammar akan menjalani pula peperiksaan lisan, yang akan mengujinya pada waktu itu ialah Sami Yildirim.

Sedangkan kita bila lepas habis exam je terus suka ria. Termasuk aku. Aku lepas habis exam mesti aku ajak kawan-kawan aku celebrate. Pegi makan ke keluar tengok wayang ke. Malunya aku. 


  • kematiannya menakjubkan
Aku terfikir. Macam mana keadaan aku mati nanti? Aku mati nanti caranya macam mana? Bila aku baca kisah kematian Ahmad Ammar ni, terselit rasa cemburu. Allah sangat pelihara dia dari cara kematian hingga dikebumikan.

Malah tiada setitik darah pun tumpah di tempat kemalangan. Tubuh badan Ammar kelihatan seperti sedang berbaring & tiada sebarang kerosakan atau kesan kecederaan pada wajah beliau. Kawasan tubuh yang lainnya, semua bersih daripada segala kecederaan parah. Sehingga cermin mata yang dipakainya juga tidak pecah!

...Ambulans yang melanggarnya jugalah yang telah membawa arwah ke hospital. Pesakit yang berada di dalam ambulans terbabit keluarkan sehingga ambulans lain yang datang mengambilnya. Jarang berlaku keadaan sebegini. 

Kita, walaupun banyak amalnya belum tentu dapat diberikan peluang macam ni oleh Allah kan. Cemburunya aku pada beliau. 
  • dikebumikan di makam syuhada (sahabat Rasulullah saw)
Yang paling aku cemburu. Allahuakbar. Terpilihnya arwah. Sangat beruntung. 

Datuk bandar telah memberikan pengcualian kepada Ammar menjadikan Allahyarham adalah orang Malaysia pertama yang disemadikan di sini. 
  • .berpusu-pusu orang datang untuk mengiring & mengusung jenazah untuk dikebumikan
Allah. Terlalu istimewa insan ini. Bila tiba masa aku nanti, ada ke orang ramai datang nak usung jenazah aku ke kubur macam beliau.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiring jenazah Ammar ke perkuburan. 

Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada orang yang mengusung keranda Ammar. 

Aku tengok video orang yang datang nak usung keranda Ahmad Ammar dulu tersentuh hati. Ramai & berebut -rebut orang datang nak usung sekali. Memang menakjubkan kematian beliau. Dipelihara & dijaga oleh Allah swt
  • mati syahid pada usia yang sangat muda
Aku kira, sempurna kematiannya. Syahid yang tertangguh. Sungguh-sungguh dia nak mendalami islam. Malunya aku dengan beliau. Dia lagi muda dari aku, tapi dia sungguh-sungguh untuk belajar & perjuangkan hak-hak orang islam. Sedangkan aku, sikit pun tak mampu nak buat semua tu. Malunya aku.





    Sedikit sebanyak yang aku kongsikan dengan korang. Ya, aku sangat malu dengan arwah Ahmad Ammar. Memang kita takkan boleh nak samakan diri kita dengan arwah. Memang betul sangat. Tapi tak mustahil kan kita boleh jadi macam dia. Selagi hayat masih ada. Allah sentisa permudahkan kalau niat kita betul. 

    Cemburunya aku pada arwah. Semoga dijadikan pengajaran, iktibar & motivasi untuk kita. Berjuang & pelihara Islam agama kita. Aku sangat terkesan dengan kisah Ahmad Ammar ni. Tak menyesal aku beli buku dia. Sangat motivate aku. 

   Apa akan terjadi dengan kita nanti? Pengakhiran hayat kita? Allah yang tahu. Selagi kita hidup, berbaktilah kepada parents kita, buat amal sebaik mungkin. Aku mungkin tak mampu menjadi seperi beliau, tapi boleh dicuba kan. Semoga kita semua akan menjadi seperti dia & Allah permudahkan semua urusan kita termasuk kematian kita sama macam arwah Ahmad Ammar.

   Ahmad Ammar, semoga kamu tenang disana. Terima kasih kerana berikan semangat yang luar biasa buat kami yang masih hidup untuk lebih mendalami Islam. Al fatihah. Dan Al fatihah buat Allahyarham Datuk Aziz Satar. Hilang sudah permata Bujang Lapuk



jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman,
jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru,
jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al- Quran sebagai bacaan,
jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat

- Ahmad Ammar Ahmad Azam

4 comments:

  1. Indah sungguh perjalanan kehidupan sehingga ke akhir hayat dia.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah.. Arwah Ammar boleh menjadi contoh untuk kita semua khususnya para remaja sekarang kan... :)

    ReplyDelete
  3. Sama-samlah kita jadikan sebagi panduan untuk berubah ke arah yang lebih baik.
    Ameen..


    P/S: Kan best kalau boleh dapat income sambil-sambil ber-bloging.

    ReplyDelete
  4. malu sangat dengan Ammar . Bila baca buku pasal dia, mesti menangis rasa macam hidup dia lebih bererti walaupun meninggal masa muda

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini