Hai! Aku stress. Nak update blog kejapla. Ada keyword tajuk ni dalam blog aku, makanya aku ada idea nak update blog pasal ni. Ini saja-saja ok. Kalau sape-sape yang agak tak setuju dengan aku, silakan komen & boleh tekan button pangkah ya.
Act, aku nak tujukan entry ni kepada adik-adik yang masih keluar hingus lagi kat luar sana. Maksudnya, yang masih muda yang masih agak-agak tak berapa nak matang tu. Yelah sekarang budak-budak remaja sakan hangat bercinta dengan kekasih masing-masing kan tanpa kau tahu kekasih kau tu boleh pakai ke tidak. Tapi berguna jugak buat sesiapa pun yang baru nak bercinta ke ape ke
- Kaki Pukul
Adik-adik, kalau boleh sila jauhi diri anda dari lelaki spesis macam ni ye. Agak-agak 1 2 bulan korang kapel tu, pakwe kau dah start naik tangan ke kaki ke kat korang, ha makanya tolonglah tinggalkan. Itu baru kapel, belum kawin lagi dah baran. Naya kau nanti, dik, kakak.
- Terlalu Mengongkong/ Kaki Control
Aku paling benci lelaki spesis macam ni. Kau bayangkan, kalau dah sebelum kawin pun control maha dasyat, cubelah bayangkan lepas kawin. Atau mungkin dia akan berubah. Mana tahu. Mana tahu. Aku tak suka spesis lelaki macam ni sebab bagi aku, aku tak bebas. Belum apa-apa lagi dah nak control bagai. Rimas. Heh.
Nak keluar dengan kawan pun kena report. Pegi sana sini situ pun kena report. Almost 24 hour/day semua benda kau buat kena report dari A to Z. Eh, tak de life langsung. Kat mak ayah tak pulak nak report kan. Maaf, kasar sikit.
Contoh kalau pegi keluar dengan kawan-kawan. Niat nak jimba dengan best pren lah kan sekali tengok kawan yang sorang tu dok pegang henpon mesej, kol "syg kat luar ni dengan kawan. Nanti syg balik lah. Keluar 3 orang, pegi Mid, semua perempuan,beli baju,makan ayam". See, every single thing kau report. Best ke macam tu?
- Pemarah/Panas Baran
Susah kalau dapat & hidup lelaki yang pemarah ni. Silap sikit dah kena marah. Silap sikit dah kena maki. Kesian. Berdouble tak de life. Tak jawab call terus cakap "kau keluar dengan jantan lain ke hoi".Nampak tak. Nampak tak. Semak.
- Terlalu Manja
Yang pesen mancam ni pun disaster jugak. Tapi better sikitlah kot dari pesen yang atas-atas ni. Kalau pesen ini, semua benda depends tak pada kau, pada parents dia. Sabar saja.
- Buaya @ Playboy
Ini bahaya. Kalau kau tahu awal-awal dia pesen macam ni, tak payahlah nak bermadah cinta menyulam kasih dengan dia lagi. Tapi kalau terasa nak rasa penangan playboy agak-agak kena dump boleh try lah kot. Tapi kalau hati kau suci, lembut bak tisu yang senang koyak rabak tu, lupakan saja. Boleh tertonggeng frust kau. Macam aku dulu. Sakit tahu!
- Terlalu Boros
Boros sangat pun susah. Esok lusa, tak pun tengah kapel pokai hidup kau asyik nak payung pakwe je. Itu lagi lah seksa.
- Mulut Laser
"Ayang ni, cubalah kuruskan badan tu. Abang tengok dah macam dugong sakit dah". Laser kan. Lelaki ni kadang-kadang boleh tahan over.
- Tak Menghormati
Lelaki yang tak reti menghormati kita, sebagai perempuan elok kau fikir 2 3 10 kali untuk teruskan niat buat laki. Maruah kita perempuan kena jaga ye sayang. Ingatan untuk aku jugak.
- Terlalu Memaksa
"syg pakai tudung labuh sekarang!". Itu tak kawin lagi. Dah memandai nak memaksa sangat. Kalau ya pun betul niat nak makwe berubah, dengan cara slow & betul.
motif : kesian perempuan dapat laki macam ni |
Ha itulah sedikit sebanyak idea atau pendapat aku pasal topik ni. Maaf lah kalau bahasa aku agak kasar. Aku dah lama tak update entry macam ni. Hilang stress aku dapat update blog. Ok para wanita, jangan sia-siakan hidup kita dengan seorang lelaki yang entah kemana hala perangai. Kita juga kena jaga sama. Cari yang terbaik untuk kita, diri kita & masa depan kita. Ala membujang lama pun tak apa, asalkan apa yang kita pilih itu yang terbaik buat kita.
Aku pun kena sentiasa ingatkan diri aku jugak. Mesti. Bukan perempuan je kena beringat, lelaki pun mesti juga kena jauhkan diri dari perempuan yang agak-agak ada spesis kat atas tu.
Sekian.
nasib baik terlalu boroi takde.. ;p
ReplyDeletesinggah sini. setuju tu dear..
ReplyDeletemoga2 dijauhkan
Lelaaaaaaaaaki.. tak guuuuuuuuna~~ yuna yang cakap ey.
ReplyDeleteKite nyanyi je... haha
kalau yang kaki pukul tuu memang wajib ditinggal. tak sangugp jadi mangsa. =_=
ReplyDeleteHope adik2 semua mendapat pasangan yang baik & jodoh yg di restui..
ReplyDeletestuju sgt =)
ReplyDeletesaya setuju sekali sama artikel ini,,
ReplyDeleteKalau sudah jodohnya gimana dong?..
ReplyDeleteDugong sakit haha
ReplyDeleteDugong sakit haha
ReplyDeleteDugong sakit haha
ReplyDelete