Sunday, December 8, 2013

Hawa : Minta Cerai & Masuk Syurga

Assalammualaikum..

   Hai. Hari ni aku nak kongsi dengan korang ilmu yang aku dapat hasil pembelajaran aku dalam subjek Undang-undang keluarga Islam kat UPM ni. Gigih kau tahu aku amik subjek ni sebab macam best je. Berkaitan dengan realiti hidup kita kan.

   Hari tu aku belajar pasal cerai. Rupa-rupanya masih banyak lagi benda yang aku tak tahu, yang aku jahil dalam bab perkahwinan. Itupun pun aku ada hati nak kawin cepat. Haha. Benda macam ni memang langsung tak boleh ambil ringan.

   Bab cerai, suami memang berkuasa penuh untuk menjatuhkan talak dengan syarat ada sebabnya. Takut sebab talak boleh jatuh tanpa kita sedar dalam keadaan yang suami sendiri tak sedar. Paham tak?


    Kalau tak nampak klik kasi zoom besar.

     " tak cium bau syurga jika isteri meminta cerai daripada suami tanpa sebab"
   
    Bagi kita yang belum kawin, ingat lah nanti esok lusa kalau dah kawin jaga elok-elok perkahwinan. Kalau bergaduh bawa bincang. Ustaz kata seelok-eloknya bawak berbincang sampai jika dah tak mampu untuk teruskan perkahwinan baru fikir untuk cerai.

   Sekian. Semoga bermanfaat

4 comments:

  1. besar dik tanggungjwb pas kawen ni.. semua kena jg..

    ReplyDelete
  2. haah, bila seorang isteri meminta cerai.. dikatakan bergegar tiang arasy! Jangan la minta cerai melainkan si isteri telah dizalimi suami. Sekiranya berlaku macamtu..barulah si isteri boleh memohon fasakh

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini