Saturday, December 7, 2013

RESEPI : Japanese Egg Custard (Chawanmushi)

Assalammualaikum..

    Hai semua! Aku nak share dengan korang resepi appetizer jepun. Alang-alang aku masak appetizer jepun untuk dinner nanti, so aku nak share dengan korang resepi nya. Sedap jugak lah. Buat first time, alhamdulillah jadi even tak berapa nak cantik sangatlah texture dia haha.


Bahan-bahan :

4 biji telur (kalau guna gred A lagi bagus)
2  cawan stok ikan (aku pakai stok ikan bilis cap Knorr. Tapi jangan guna terlalu banyak nanti masin)
4 shitake mushroom (buang batang, hiris/potong ikut suka .Boleh juga pakai cendawan lain)
1 dada ayam (potong dadu/kecil)
2 setengah cawan air
4 ekor udang (optional)
fish ball (potong nipis. Kuantiti ikut suka)
Daun ketumbar untuk hiasan (daun lain pun boleh)
1 sudu besar soy sos
1 setengah garam (aku tak letak sebab stok ikan bilis dah masin)

**
Bahan kat bawah ni guna untuk saute/shallow fry bahan kat atas. Paham tak?

Cili besar (potong dadu)
Daun bawang (hiris halus)
Setengah titik sesame oil
Minyak (sikit je)
Garam
Gula

Cara Masak :

A) Untuk saute

1. Shallow fry kan semua bahan yang aku listkan kat atas untuk saute ni termasuklah fish ball, cendawan,ayam,udang.
2. Saute sampai agak- agak naik bau & semua bahan mentah macam ayam dengan udang tu separuh masak.
3. Siap

B) Chawanmushi

1. Pukul telur menggunakan chopstik. Be careful! Jangan pukul sampai berbuih telur tu. Pukul sekadar telur sebati saje. No bubbles ya.
2. Campurkan stok ikan & air sekali. Kacau kasi rata.
3. Masukkan campuran air ni kedalam bekas telur yang dipukul. Masa tuang tu make sure keep on stirring telur tu. Mesti!
4. Tuang suku daripada campuran telur & air tadi dalam small cup.Contoh small cup, ramekin ke, janji agak-agak sesuai untuk makan benda ni.
5.Letak bahan yang disaute kat atas ni dalam mangkuk kecil tadi.
6. Tuang campuran telur & air stok yang selebihnya. Jangan sampai penuh bekas pulak.
7. Pastu tutup bekas tadi dengan aluminium foil & steamkan selama 10 minit. Jangan overcook! Nanti texture tak jadi.
8. Nak tahu masak ke tak, amik chopstik cucuk sikit kat atas makanan ni tadi. Kalau texture dia ala-ala macam pudding custard tu, makanya jadilah.
9. SIAP!

Notes : Buat chawanmushi ni banyak pantang larang dia. Tapi tak susah pun sebenarnya. Masa nak steam tu sebenarnya tak boleh terlalu lama. Nanti texture dia jadi keras. So kena betul-betul jaga ya. 


Still tak dapat tangkap lagi cara nak buat? Meh sini tengok video dia


Selamat mencuba


4 comments:

  1. Macam susah nak buat..tapi mesti sedap nih !!

    Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !

    ReplyDelete
  2. pernah makan dulu sekali kat the mines, tapi macam tawar je + masin2 sket..

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini