Wednesday, December 11, 2013

RESEPI : Tempura Coconut Shrimp

Assalammualaikum..

    Hai. Hari ni aku nak share dengan korang resepi tempura coconut shrimp pulak. Sedap weh. 1st time aku buat tempura letak kelapa ni. Korang boleh la try. Senang, simple & sedap.





Bahan - bahan :

1 kotak instant Tempura Batter (aku guna setengah kotak je cap NONA)
Cili powder (optional)
1/2 sudu kecil ground ginger (tumbuk, amik air dia)
1 setengah cawan air sejuk
4 cawan kelapa parut (aku guna kelapa parut kering)
10 ekor udang (buang kulit, saiz medium)
Garam, Gula & Lada Hitam (secukup rasa)

Cara-Cara

1. Bancuh campuran tepung tempura, cili,air kunyit, air sejuk, garam, gula & lada hitam tadi. Bancuh kasi rata.

2. Celupkan udang ke dalam campuran kat atas. Korang nanti bahagian ekor tu jangan kasi kena tepung tu nanti tak cantik.

3. Lepas tu, celupkan udang yang disalut tepung tu dalam kelapa kering tadi.

4. Goreng. Pastukan minyak betul- betul panas ye. Dalam 2-3 minit goreng terus angkat. Kalau tak nanti hangus.

5. Siap!

    Untuk bahan sos nye, korang boleh makan dengan sos ape pun. Tapi lagi sedap kalau sos thai kan. Kalau ikut resepi jepun, dia makan dengan marmalade. Aku orang kampung, makan dengan sos je sudah. Sos tu buat sendiri je. Nak buat sos korang boleh refer sini. 

3 comments:

  1. menarik.. tp kalo xltk kelapa parut tue xpe ke??

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. tapi udang ni kalau makan 1 ke 2 tak cukup. huhuu

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi