Wednesday, January 1, 2014

Review : Himalaya Peel Off Mask (Almond & Cucumber). Best!

Assalammualaikum..

    Hai! Setelah sekian lama aku tak update belog sebab bz siapkan anak aku si tesis tu ha. Sekarang bz dengan final exam nye lagi. Penat! Lagi beberapa hari aku dah nak habis degree dalam bahasa tak segannya habis exam degree haha. Seronok tapi sedih wei.

    I've been here in UPM for almost 4 years. Lama. Terlalu banyak kenangan pahit manis semua. Antaranya jumpa dengan ijam lah. Aww. Oklah aku nak cerita pasal 1 produk ni. Kira review lah. Lama dah aku tak review produk ni.



        Aku pakai dalam nak dekat sebulan. Sebab sekarang aku tengah cari jalan nak kurangkan minyak kat kulit muka aku ni. Over gila minyak sekarang ni. Aku dah tak pakai rumpai laut sebab dah tak ada stok dari supplier. Sedih gila. Itu je ubat yang paling mujarab bagi aku. Rumpai laut tapi susah nak dapat dah.

       So alternatifnya aku terjumpa review dari Mira Filzah yang ada cite pasal produk ni. Aku pun belilah. Masa aku beli promosi pulak. Buy 1 free 1. Sudahnya yang free lagi 1 aku amik scrub walnut untuk kulit berminyak. Best best rupanya produk himalaya ni. Baru tahu. Yang tu nanti aku review.


Harga : Botol kecil ( RM 17.90), Botol Besar ( RM 23.++)
Kat mana nak beli : Semua farmasi, supermarket, kiosk Himalaya, Watson, Guardian


     So far aku pakai alhamdulillah dah kurang berminyak & kulit rasa fresh oi. Paling best sebab boleh main tarik tarik mask tu kat muka. Terasa semua daki kotoran tu melekat hilang. Korang try lah. Pakai dalam 2 kali seminggu.Lepas 15 ke 20 minit kau tepek kat muka, dah kering cabutlah.

     Itu aje. Selamat mencuba. Oh btw mask ni bau wangi. Bau timun.Ok bye. Doakan aku boleh jawab final exam nanti. Bye!

Nah setempek

4 comments:

  1. oh, bagus ye produk ni?.. So far, tak pernah try lagi produk dari HImalaya ni..

    ReplyDelete
  2. amboi..lelaki jarang yang bermask ni, sekadar facial cleanser foam tu je..haha
    btw good luck final exam :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah guna lagi. In shaa Allah akan try.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi