Thursday, November 15, 2018

Selamat Jalan Abah- Kehilangan Paling Hebat

Assalammualaikum

Hai semua. Lama tak post blog kan. Aku ada banyak sangat draft post yang tak sudah taip & publish. Sibuk keje pun ya jugak sampai tak ada masa nak fikir. Rindu semua.

Hari ni aku nak post pasal kematian. Kematian arwah abah aku, Ahmad Azmi bin Baharuddin yang baru meninggal dunia pada 12/11/2018 (isnin) pada jam 8.50 pagi. Hari ni dah hari ke 4 arwah abah pergi tinggalkan aku sekeluarga. Jom aku share pengalaman kehilangan orang yang sangat aku sayangi dengan korang.

Selalunya kalau ada orang meninggal mesti orang akan tanya soalan macam kat bawah :


  1. Arwah meninggal sebab apa?
Arwah abah meninggal tak ada sebab. Dia demam panas & tiba-tiba buah pinggang fail untuk berfungsi. Tapi semua tu asbab untuk dia meninggal, semua Allah dah tentukan untuk kita. Pukul berapa, kat mana, bila kita meninggal. 

      2. Meninggal kat mana?

Arwah abah meninggal kat Kuantan Medical Centre (KMC). 

      3. Lama ke sakit?

No. Tak lama. Arwah abah admitted wad hari rabu pagi. Hanya sekadar semput dan demam. 

     4.  Kebumi kat mana?

Kebumi di Tanah Kubur Taman Guru Kuantan.


Kejap lagi aku terasa macam nak share pengalaman yang aku alami masa menguruskan arwah abah dari dia sakit sampai habis umur dia. Tapi sebelum tu aku nak share kronologi pemergian abah dulu. Kalau sudi baca mehla baca. 

Rabu pagi
  • Mama kata dia demam seminggu dan muntah non stop. Then masuk emergency KMC bagi nebulizer dulu sementara tunggu wad kosong.
  • Mama inform aku, aku decide untuk cuti isnin. Tapi terasa macam tak sedap hati, so aku tukar decide nak balik kamis malam. Tapi tiket bas kamis malam dah habis, so aku balik jumaat pagi. Aku tak balik hari kamis atas tuntutan kerja yang aku kena selesaikan. 
Khamis
  • Mama update abah dah ok sikit. Alhamdulillah. So aku habiskan kerja aku dengan tenang. Hari berlalu macam biasa. 
Jumaat
  • Aku naik bas pagi, sampai Kuantan pukul 2.30 petang terus ijam ambil aku pegi hospital. Aku jumpa arwah abah macam biasa. Kurusnya abah. 
  • Magrib aku balik rumah mertua macam biasa. 
Sabtu
  • Kakak buatkan nasi ayam untuk abah sebab dia kata teringin nak makan. Makan sikit je. 
  • Aku pegi lawat abah dah petang, alhamdulillah sihat lagi. Tapi arwah abah dah tak banyak cakap, dia senyap je. Selalu kalau aku ajak main snapchat dia layan je, tapi kali ni dia pandang sedih je.
  • Aku balik rumah mertua macam biasa. 
  • Malam tu terdetik cakap dengan ijam aku nak sambung cuti bila tengok keadaan abah macam makin worse je. Aku mesej bos aku minta permission, alhamdulillah dia paham. So aku stay sampai isnin.
Ahad
  • Pagi pukul 7.50 pagi macam tu mama mesej kata abah teringin nak makan kuih ketayap. Ijam pegi belikan dan aku terus balik pegi hospital sebab tak sedap hati. 
  • Arwah abah makan dalam 3 suap macam tu kuih ketayap. 
  • Kawan arwah abah datang ramai, nampak ceria sikit muka dia. Suka aku tengok. 
  • Sedara mara datang, arwah abah monyok je sedih. 
  • Doktor datang, pujuk buat dialisis. Decide isnin pagi buat dialisis. Sempat arwah abah salam doktor. 
  • Malam ahad arwah abah macam unconscious. Panggil nurse, dia kata normal symptom bila pesakit ada kandungan asid urea tinggi dalam badan. So ok la. 
  • Aku balik dari hospital pukul 12 tengah malam. Last aku salam tangah arwah abah mintak izin nak balik kejap. Tak sangka, itu last senyuman dan pandangan abah untuk aku.
  • Balik tido macam biasa
Isnin
  • Adik call pukul 6 pagi kata abah dalam icu koma. Allah! Terus kejut kakak semua bangun.
  • Tunggu keputusan doktor. Alhamdulillah abah dah stabil sikit dari tadi.
  • Pukul 8.40 pagi offocer icu panggil adik beradik masuk. Aku nampak susuk tubuh arwah abah disebalik langsir penuh wayar.
  • Aku blank. Aku tanya nurse, nurse geleng kepala tanda abah dah tak ada. Yang ada cuma mesin yang support. 
  • Aku menangis semahunya macam baru tersedar yang abah dah pergi selamanya. 
  • Macam tak percaya depan mata, mata abah dah ditutup dengan kapas. Mesin tu bunyi tettttttttttt tanda habis nyawa abah. 
  • Sebelum aku pegi keluar dari icu, nurse selimut badan arwah abah dengan selimut. Betul, aku dah tak ada ayah. Allahuakakbar!
  • Aku nyaris jatuh tapi mujur ada ijam, aku cium abah mintak ampun mintak halal segalanya. 
Isnin (11 pagi) 
  • Tengok arwah abah dimandikan di masjid Kuantan IM. Aku follow tengok dari awal sampai habis mandi.
  • Allahu, bersih sangat muka abah berseri. Aku sempat berpeluang untuk jirus abah buat kali terakhir. 
  • Alhamdulillah, tak sampai 1 jam dah siap arwah abah dimandikan. 
  • Arwah abah dibawa kerumah.
Isnin (12 tengah hari - 4 petang)
  • Abah dibaringkan mengadap kiblat. 
  • Lagi sekali aku macam tak percaya tu sekujur tubuh ialah arwah abah aku yang selama ni ada dengan aku. 
  • Tunggu nenek dari Perak sebelum kebumikan arwah abah. 
  • Alhamdulillah ramai sangat kawan arwah abah, sedara mara sanggup datang dari jauh untuk ziarah & beri penghormatan yang terakhir. Abah, ramai kawan abah yang datang cium abah tau, terlalu ramai. 
  • Hujan turun dengan selebatnya masa tunggu nenek. Nenek sampai, terus macam air terjun air mata aku.
  • Last, aku cium arwah abah buat kali terakhir. Arwah abah macam tengah tidur nyenyak je. Tenang je. Puas aku cium sampai tak nak lepas. Tapi kena redha.
  • Ayah ngah mintak izin nak bawak arwah abah dah untuk solatkan. Itu kali terakhir aku tengok arwah abah, lepas ni dah tak ada. 
Isnin (4.15 petang)
  • Arwah abah disolatkan. Allahuakbar, ramainya datang! Alhamdulillah.
Isnin (5 petang)
  • Arwah abah dikebumikan. 
  • Aku follow dari awal sampai habis. Tengok arwah abah dikambus tanah sampai akhir.
  • Masa talkin dibacakan, burung pun bising sama. Masa doa dibacakan, burung pun senyap. Masa sambung selawat, burung pun bising lagi. Masa urusan selesai, semua orang balik, burung pun terbang. 
  • Ramai sangat yang datang kekubur arwah abah tengok. Happy rasa. 
  • Itu kali terakhir. Aku menangis bagaikan tak ada hari esok bila nak balik. 
  • Alhamdulillah selesai urusan arwah abah. Sangat dipermudahkan dari awal sampai habis. Aku lega. 

Sampai sekarang, terasa arwah abah masih ada. Sampai sekarang aku masih tak percaya orang panggil abah dengan panggilan arwah. Sampai sekarang aku tak percaya orang panggil jenazah. Sampai sekarang aku masih tak percaya aku anak yatim. 

Tapi Allah lebih sayangkan arwah abah. Semuanya sempurna. Yang hidup mesti kena teruskan hidup walaupun susah. Tinggallah mama & adik beradik yang setia meneruskan sisa baki perjalanan hidup yang tak tahu kat mana kesudahannya. 

Nanti aku sambung tanda saat kematian yang baru tersedar lepas arwah abah meninggal dengan korang. Lapar pula. 

Aku redha. 
Selamat jalan abah. I am proud of you. I love you, always.
 


Thursday, February 15, 2018

Review : Freeman Pomegranate Peel Off Masker. No More Oily Skin

Assalammualaikum..

  Hai! Selamat tahun baru cina semua. Last few weeks kecoh pasal Iman Abdul Rahim.  Dia bagi tips & suggestion skincare produk untuk jadi cantik. Makanya semua kaum wanita meroyan macam nak gila. Tambah pulak dengan sale Guardian & Watson. Lagi meroyan. Termasuk aku.

  Dulu aku gila jugak dengan skincare routine ni.Macam-macam aku nak beli. Masa zaman belajar biasalah berlumba sape nak cantik. Tapi sebab masatu student, tak de duit, so lupakan je. Zaman bekerja baru nak start balik. Ada duit sendiri lagi seronok aku sedekah kat sana. Ewah.

  Aku produk Freeman. Dia punya masker & scrub superb! Dulu aku pernah pakai scrub warna merah tak silap aku. Sekarang aku baca review lagi best, so aku try yang kaler merah pomegranate tu. Tapi yang peel off punya. Baru terasa nikmat masa tarik tu.


   Aku pakai yang ni. Seriously best gila. Kulit aku jenis yang berminyak, aku tak de guna apa-apa produk sebab tak rajin, tak de masa, malas. So aku try yang jenis atas ni since ramai yang review best. Ya, memang syurga sangat perginya.


  • wangi
  • good texture
  • easy to peel
  • worth to buy
  Kau apply sebelum kau nak mandi, biar lama sikit baru peel off. Sapu nipis dah cukup sebenarnya tapi aku suka bagi tebal sikit, so masa nak peel off tu terasa anggun. So kalau korang nak try silakan. Ada lagi jenis yang lain tapi lain kali lah aku try & kasi review ok. 

  Price : RM 22.90 kot. Tak ingat. Boleh dapat kat mana-mana. Tapi selalu habis stock. Semoga berjaya!

Sunday, February 11, 2018

Local Brand- Boleh Percaya Ke?

Assalammualaikum..

  Hai! Lately ni kisah Syafiqah Aina sangat hot pasal local brand tu. Sebelum aku nak teruskan cerita aku, sini nak mintak ya kalau ada fan local brand yang die hard sangat tu, mohon jangan meroyan kat sini. Kalau nak meroyan juga, ya silakan. Terpulang.

  To be honest, aku tak pernah percaya langsung dengan local brands ni. Maaf cakap, bukan nak menjatuhkan tapi memang aku tak percaya. Sebab apa? Sebab kat bawah ni. Lagi sekali, aku tak paksa untuk korang percaya mana satu. Terpulang nak baca, baca tak nak sudah.


  • overclaimed
"pakai 2 hari dah putih licin". Tu lah maksudnya overclaimed. There's no such thing yang boleh bagi kesan dalam masa yang singkat ya. No, never. kau makan ubat pun ambil masa jugak nak recover. Inikan benda kecantikan & kesihatan. Tak seram ke dengar overclaimed macam tu. Memang seronok sihat, ramping floles tapi tak takut long term punya effect? Lagi-lagi produk ramping bagai tu. Lagi bahaya sebab melibatkan organ dalaman. Tak takut rosak?

Hallo, benda yang bagi kesan awal sangat ni selalunya ada effect jangka masa panjang. Jadi, rajinkan diri buat research sikit ya. Jangan mudah sangat terpengaruh dengan brand yang entah apa-apa. Nanti nangis!

  • suit for you?
Mana kau tahu sesuai ke tak dengan kau. Pakai sehari dua, ada kesan dah claim sesuai dengan kau. Sape tak teruja tak seronok ada effect bila guna, tapi bagi aku itu macam menakutkan je. Tak rasa sesuatu? Fikirkan lah. 

Ya memang betul, tak try tak tahu. Dah tahu, lagi merosakkan diri buat apa?

  • no guarantee for you
Aku tak kata semua local brands tu tak bagus. Tapi mostly sama. Ya sama dari segi marketing, dari segi pembuatan, dari segi bahan dan semuanya sama. Kau jamin yang produk yang kau guna tu selamat untuk kesihatan & kecantikan diri kau? Kalau ya, mana jaminan?

  • overprice
1 set malam siang subuh dah almost RM200. Walhal kau boleh beli produk yang well know yang lain yang lebih selamat dengan harga yang lebih rendah. Mostly harga local brand mahal nauzubillah kan. Isinya ciput kedekut. Krim timbang kilo cipoet je. Bagi aku, tak berbaloi langsung. Sekali pakai, rosak badan rosak muka, lagi jahanam burn duit. 

  • susah dapat
Cuba kau kat hutan ke tengah kat kampung ke, pencuci ke krim muka kau ke habis. Mana nak cari kalau yang local brand. Mostly jual kat kedai jamu & jarang sangat masuk dalam drugstore. Kalau ada yang masuk, yes sedikit sebanyak yakin lah jugak. 

   Mungkin lepas ni ada yang kecam aku bila baca entry ni seolah aku against gila babi local brands ni tapi aku tak kisah pun. Suka hati aku blog aku. Aku ada ramai kawan-kawan yang pernah & sedang pakai local brands ni. Well, aku hampir jugak terpedaya dengan mereka sebab yes, totally berubah muka & kecantikan dorang. Tapi tak apela, i dont have enough money for that & i love my money to be waste on that.

   Aku lagi willing nak purchase brand yang ada kat drugstore macam Watson, Guardian, Farmasi & kedai runcit. Senang nak dapat & tak delah mahal sangat. Lagi pun produk dah well known so tak berapa nak risau sangatlah. Biar kesan lambat asalkan tahu produk tu selamat. 

   Tapi semuanya up to you. Sebagai pengguna, sendiri boleh nilai. Berkenaan alamat dekat produk kesihatan & kecantikan tu, korang boleh lah rajin search dekat Food Act/Law berkaitan SOP pelabelan sesuatu produk terutama produk kecantikan. Makanya, jadilah pengguna yang bijak & pandai. Jangan tahu nak cantik ekpress saja. Muka teruk baru tahu.


Sekian. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini