Thursday, February 15, 2018

Review : Freeman Pomegranate Peel Off Masker. No More Oily Skin

Assalammualaikum..

  Hai! Selamat tahun baru cina semua. Last few weeks kecoh pasal Iman Abdul Rahim.  Dia bagi tips & suggestion skincare produk untuk jadi cantik. Makanya semua kaum wanita meroyan macam nak gila. Tambah pulak dengan sale Guardian & Watson. Lagi meroyan. Termasuk aku.

  Dulu aku gila jugak dengan skincare routine ni.Macam-macam aku nak beli. Masa zaman belajar biasalah berlumba sape nak cantik. Tapi sebab masatu student, tak de duit, so lupakan je. Zaman bekerja baru nak start balik. Ada duit sendiri lagi seronok aku sedekah kat sana. Ewah.

  Aku produk Freeman. Dia punya masker & scrub superb! Dulu aku pernah pakai scrub warna merah tak silap aku. Sekarang aku baca review lagi best, so aku try yang kaler merah pomegranate tu. Tapi yang peel off punya. Baru terasa nikmat masa tarik tu.


   Aku pakai yang ni. Seriously best gila. Kulit aku jenis yang berminyak, aku tak de guna apa-apa produk sebab tak rajin, tak de masa, malas. So aku try yang jenis atas ni since ramai yang review best. Ya, memang syurga sangat perginya.


  • wangi
  • good texture
  • easy to peel
  • worth to buy
  Kau apply sebelum kau nak mandi, biar lama sikit baru peel off. Sapu nipis dah cukup sebenarnya tapi aku suka bagi tebal sikit, so masa nak peel off tu terasa anggun. So kalau korang nak try silakan. Ada lagi jenis yang lain tapi lain kali lah aku try & kasi review ok. 

  Price : RM 22.90 kot. Tak ingat. Boleh dapat kat mana-mana. Tapi selalu habis stock. Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini