Hai semua. Lama tak post blog kan. Aku ada banyak sangat draft post yang tak sudah taip & publish. Sibuk keje pun ya jugak sampai tak ada masa nak fikir. Rindu semua.
Hari ni aku nak post pasal kematian. Kematian arwah abah aku, Ahmad Azmi bin Baharuddin yang baru meninggal dunia pada 12/11/2018 (isnin) pada jam 8.50 pagi. Hari ni dah hari ke 4 arwah abah pergi tinggalkan aku sekeluarga. Jom aku share pengalaman kehilangan orang yang sangat aku sayangi dengan korang.
Selalunya kalau ada orang meninggal mesti orang akan tanya soalan macam kat bawah :
- Arwah meninggal sebab apa?
Arwah abah meninggal tak ada sebab. Dia demam panas & tiba-tiba buah pinggang fail untuk berfungsi. Tapi semua tu asbab untuk dia meninggal, semua Allah dah tentukan untuk kita. Pukul berapa, kat mana, bila kita meninggal.
2. Meninggal kat mana?
Arwah abah meninggal kat Kuantan Medical Centre (KMC).
3. Lama ke sakit?
No. Tak lama. Arwah abah admitted wad hari rabu pagi. Hanya sekadar semput dan demam.
4. Kebumi kat mana?
Kebumi di Tanah Kubur Taman Guru Kuantan.
Kejap lagi aku terasa macam nak share pengalaman yang aku alami masa menguruskan arwah abah dari dia sakit sampai habis umur dia. Tapi sebelum tu aku nak share kronologi pemergian abah dulu. Kalau sudi baca mehla baca.
Rabu pagi
- Mama kata dia demam seminggu dan muntah non stop. Then masuk emergency KMC bagi nebulizer dulu sementara tunggu wad kosong.
- Mama inform aku, aku decide untuk cuti isnin. Tapi terasa macam tak sedap hati, so aku tukar decide nak balik kamis malam. Tapi tiket bas kamis malam dah habis, so aku balik jumaat pagi. Aku tak balik hari kamis atas tuntutan kerja yang aku kena selesaikan.
Khamis
- Mama update abah dah ok sikit. Alhamdulillah. So aku habiskan kerja aku dengan tenang. Hari berlalu macam biasa.
Jumaat
- Aku naik bas pagi, sampai Kuantan pukul 2.30 petang terus ijam ambil aku pegi hospital. Aku jumpa arwah abah macam biasa. Kurusnya abah.
- Magrib aku balik rumah mertua macam biasa.
Sabtu
- Kakak buatkan nasi ayam untuk abah sebab dia kata teringin nak makan. Makan sikit je.
- Aku pegi lawat abah dah petang, alhamdulillah sihat lagi. Tapi arwah abah dah tak banyak cakap, dia senyap je. Selalu kalau aku ajak main snapchat dia layan je, tapi kali ni dia pandang sedih je.
- Aku balik rumah mertua macam biasa.
- Malam tu terdetik cakap dengan ijam aku nak sambung cuti bila tengok keadaan abah macam makin worse je. Aku mesej bos aku minta permission, alhamdulillah dia paham. So aku stay sampai isnin.
Ahad
- Pagi pukul 7.50 pagi macam tu mama mesej kata abah teringin nak makan kuih ketayap. Ijam pegi belikan dan aku terus balik pegi hospital sebab tak sedap hati.
- Arwah abah makan dalam 3 suap macam tu kuih ketayap.
- Kawan arwah abah datang ramai, nampak ceria sikit muka dia. Suka aku tengok.
- Sedara mara datang, arwah abah monyok je sedih.
- Doktor datang, pujuk buat dialisis. Decide isnin pagi buat dialisis. Sempat arwah abah salam doktor.
- Malam ahad arwah abah macam unconscious. Panggil nurse, dia kata normal symptom bila pesakit ada kandungan asid urea tinggi dalam badan. So ok la.
- Aku balik dari hospital pukul 12 tengah malam. Last aku salam tangah arwah abah mintak izin nak balik kejap. Tak sangka, itu last senyuman dan pandangan abah untuk aku.
- Balik tido macam biasa
Isnin
- Adik call pukul 6 pagi kata abah dalam icu koma. Allah! Terus kejut kakak semua bangun.
- Tunggu keputusan doktor. Alhamdulillah abah dah stabil sikit dari tadi.
- Pukul 8.40 pagi offocer icu panggil adik beradik masuk. Aku nampak susuk tubuh arwah abah disebalik langsir penuh wayar.
- Aku blank. Aku tanya nurse, nurse geleng kepala tanda abah dah tak ada. Yang ada cuma mesin yang support.
- Aku menangis semahunya macam baru tersedar yang abah dah pergi selamanya.
- Macam tak percaya depan mata, mata abah dah ditutup dengan kapas. Mesin tu bunyi tettttttttttt tanda habis nyawa abah.
- Sebelum aku pegi keluar dari icu, nurse selimut badan arwah abah dengan selimut. Betul, aku dah tak ada ayah. Allahuakakbar!
- Aku nyaris jatuh tapi mujur ada ijam, aku cium abah mintak ampun mintak halal segalanya.
Isnin (11 pagi)
- Tengok arwah abah dimandikan di masjid Kuantan IM. Aku follow tengok dari awal sampai habis mandi.
- Allahu, bersih sangat muka abah berseri. Aku sempat berpeluang untuk jirus abah buat kali terakhir.
- Alhamdulillah, tak sampai 1 jam dah siap arwah abah dimandikan.
- Arwah abah dibawa kerumah.
Isnin (12 tengah hari - 4 petang)
- Abah dibaringkan mengadap kiblat.
- Lagi sekali aku macam tak percaya tu sekujur tubuh ialah arwah abah aku yang selama ni ada dengan aku.
- Tunggu nenek dari Perak sebelum kebumikan arwah abah.
- Alhamdulillah ramai sangat kawan arwah abah, sedara mara sanggup datang dari jauh untuk ziarah & beri penghormatan yang terakhir. Abah, ramai kawan abah yang datang cium abah tau, terlalu ramai.
- Hujan turun dengan selebatnya masa tunggu nenek. Nenek sampai, terus macam air terjun air mata aku.
- Last, aku cium arwah abah buat kali terakhir. Arwah abah macam tengah tidur nyenyak je. Tenang je. Puas aku cium sampai tak nak lepas. Tapi kena redha.
- Ayah ngah mintak izin nak bawak arwah abah dah untuk solatkan. Itu kali terakhir aku tengok arwah abah, lepas ni dah tak ada.
Isnin (4.15 petang)
- Arwah abah disolatkan. Allahuakbar, ramainya datang! Alhamdulillah.
Isnin (5 petang)
- Arwah abah dikebumikan.
- Aku follow dari awal sampai habis. Tengok arwah abah dikambus tanah sampai akhir.
- Masa talkin dibacakan, burung pun bising sama. Masa doa dibacakan, burung pun senyap. Masa sambung selawat, burung pun bising lagi. Masa urusan selesai, semua orang balik, burung pun terbang.
- Ramai sangat yang datang kekubur arwah abah tengok. Happy rasa.
- Itu kali terakhir. Aku menangis bagaikan tak ada hari esok bila nak balik.
- Alhamdulillah selesai urusan arwah abah. Sangat dipermudahkan dari awal sampai habis. Aku lega.
Sampai sekarang, terasa arwah abah masih ada. Sampai sekarang aku masih tak percaya orang panggil abah dengan panggilan arwah. Sampai sekarang aku tak percaya orang panggil jenazah. Sampai sekarang aku masih tak percaya aku anak yatim.
Tapi Allah lebih sayangkan arwah abah. Semuanya sempurna. Yang hidup mesti kena teruskan hidup walaupun susah. Tinggallah mama & adik beradik yang setia meneruskan sisa baki perjalanan hidup yang tak tahu kat mana kesudahannya.
Nanti aku sambung tanda saat kematian yang baru tersedar lepas arwah abah meninggal dengan korang. Lapar pula.
Aku redha.
Selamat jalan abah. I am proud of you. I love you, always.
Innalillahiwainnailaihirojiun.....salam takziah...semoga arwah abah tenang disana..aminnn..
ReplyDeleteAmin terima kasih
ReplyDelete