Pernah dengar tak student meninggal akibat exam? Belum kan. Kalau ada pun rasa macam pelik. Tapi harus ingat stress akan mendatangkan kesan buruk pada kita. Tak kira lah kau stress sebab ape pun, putus cinta ke, fail exam ke, cinta tak berbalas ke kucing mati ke ape2 jelah. Bukan student je yang selalu stress ye, orang yang keje mak2 bapak2 budak pun selalu jugak stress.
Dalam hidup aku paling aku stress sekali bila time belajar. Mostly student ni bukan aku je akan alami stress bila :
assignment tak siap2
fail exam/test
kene maki dengan lecturer
stress dengan kawan2, persekitaran
terlalu banyak assignment + test untuk dihadapi
tak de duit
Kalau aku paling utama penyumbang stress aku tu ha time tengah tak de duit. Thats my first main source of stress. Second assignment. Gila kalau time minggu sekali dengan test, sekali minggu tu jugaklah nak kene submit assignment nya rasa nak marah, nak makan nak hantuk semua benda. Memang time ni setan melalak2 naikkan api marah. Kan.
gambar hiasan
Jangan tak tahu terlalu stress ni kadang2 boleh membawa kepada kematian jugak. Bila kita stress organ dalaman kita akan automatik bertindak. Contohnya :
sistem saraf
Pernah dengan tindakbalas “fight or flight” yang boleh diterjemah sebagai “lawan atau lari” ? Ini adalah tindakbalas sistem nervous yang mengeluarkan hormon adrenalin dan cortisol.
Hormon-hormon ini menyebabkan jantung berdegup pantas, tekanan darah meningkat, mengubah proses sistem penghadaman dan meningkatkan paras gula dalam darah.
Biasanya selepas krisis atau tekanan berlalu maka sistem badan akan kembali pada normal. Tapi kalau dibiarkan berterusan, stress atau tekanan akan menyebabkan penyakit jantung, darah tinggi, masalah usus dan kencing manis!
sistem otot
Bila stress otot kita akan menegang & mengakibatkan sakit kepala & migrain. See. Aku selalu jugak kena macam ni.
sistem pernafasan
menyebabkan rapid breathing & panic attack
sistem kardiovascular
Tekanan akut (acute stress) iaitu tekanan yang tidak lama seperti tekanan semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya (traffic jam) boleh menyebabkan degupan jantung yang lebih laju dan ketegangan pada otot-otot.
Saluran darah yang menghantar darah kepada jantung dan otot akan mengembang dan menyebabkan semakin banyak darah dihantar pada bahagian ini. Tekanan akut yang kerap boleh menyebabkan keradangan pada arteri koronari dan mungkin menyebabkan penyakit jantung
Dan banyak lagi sistem dalam badan kita akan terganggu kalau kita terlebih stress. Bila aku baca fakta ni terasa cuak jugak. No wonder lampu merah aku pernah lewat lebih sebulan sebab terlalu stress!
Bukan tu je, stress pun kadang2 boleh buat orang nak bunuh diri. Banyak sangat dah kes nak bunuh diri sebab stress kan lagi2 sebab cinta. 1 of the case was my abah punya anak punya kawan baik. Scary weh bila dengar kes gitu.
Macam2 kes yang jadi sebab bunuh diri ni. Korang boleh tengok kat sini & sini. Ok lepas ni pandai2 control stress masing2 ya. Banyak benda bolah buat nak hilang kan stress ni sebenarnya. Korang boleh baca entry lapuk aku yang dulu berkaitan cara aku hilangkan stress & apa aku buat untuk happykan diri sendiri. Oh zaman ni masih lagi ber'daku' dalam entry ye. Oh geli pulak huhu.
Perkara wajib aku buat bila stress ialah tengok running man. Wajib! Automatik hilang semua stress2 aku pastu tido haha. Nak gelak? Sini aku kasi korang tengok video yang kelakar.
Ok dah. Good luck for those yang tak habis exam lagi. Aku tinggal 1 lagi paper mandarin. Sabtu ni aww. Bye!