Wednesday, July 31, 2013

TIPS : Cara Hilangkan White/Blackhead, Daki & Bersihkan Muka Dengan Jimat.Praktikal & Selamat

Assalammualaikum..

   Hai! Semalam dah share pasal produk kecantikan online kat sini. Hari ni aku nak share dengan korang cara aku hilangkan white/blackhead, daki & bersihkan muka. Cara yang aku guna ni sangat praktikal, jimat & kompem selamat. Tak payah  guna duit memahal. Aku guna putih telur aje.

Bahan :

Putih telur
Kapas muka/tisu

Cara :

  1. Celupkan kapas muka/tisu dalam putih telur. Make sure dicelup sepenuhnya
  2. Tampal kat muka keseluruhan
  3. Biar sampai betul-betul kering
  4. Cabut kapas tu & bilas muka dengan air suam
  5. Feeling depan cermin belek muka ok
Tips : Kalau tak nak hanyir, pakai telur yang high quality ye. 


    Nampak gambar atas tu. Yang kaler hitam aku pakai biore black nose strip, yang ptuih tu aku pakai kapas muka. Geli aku tengok. mencacak-cacak benda alah tu. Nampak kekuningan tu, kotoran dari kulit aku jugak. Bila korang pakai masker telur ni, memang kompem akan nampak cacak-cacak tu banyak gila tercabut. Tak caya try lah

    Aku amalkan 2 kali sebulan. Kang pakai tiap-tiap minggu kopak duit nak beli telur. Yang kuning telur tu buat lah goreng ke apa-apa pun. Jangan buang ya. Itu amalan syaiton. Masa dah cabut tu kalau korang nak tenyeh dengan limau nipis pun boleh jugak. Tapi aku cukup sekadar basuh dengan air suam. Licin & bersih muka.

   Senang,cepat & jimat kan. Lelaki perempuan boleh amalkan. Nak raya kena nampak cantik kan. Haha. Ok selamat mencuba!

zombie



14 comments:

  1. owh. kalau guna yang putih telur tu pun nanti keluar cacak2 mcm tu jugak eyh?

    ReplyDelete
  2. biasa buat jugakk guna putih telo..seronok gila tengok mencanak-canak tecabut tu..puass hatii..haha

    ReplyDelete
  3. tejut titeww gambar last haha

    err.td terbaca satu artikel kata campuran garam dan ubat gigi then sapu ke tmpt bintik2 tu.. punnnn bole hilangkan. kena try ni

    ReplyDelete
  4. rajinnyer wat...kte biasa pkai shiseido mask je

    ReplyDelete
  5. sebelum ni aku blend beras pulut,campur ngan putih telur.sku sental2 muka aku

    yang nose strip tu.. adik aku yang guna

    ReplyDelete
  6. guna cara semulajdi lagi berkesan tanggal kulit2 mati kan..hee rajin gan tak je..

    ReplyDelete
  7. owesome info! sy mmg ada masalah besar dengan white/blackhead ni huhu..
    nanti nak try la...bersih jugak muka ni raya nanti hehhe..
    tiap2 malam bole buat x ? selamat x ?

    ReplyDelete
  8. oke. zombie tu comel . hahahaha. pakai biore punya tu nnti liang roma jd besar plk :(

    ReplyDelete
  9. x pernah buat lagi.. huk2..
    hai.. salam kenal,
    follower no.2252
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  10. baru je buat 2 hari lepas guna tisu...jimat dan original punya pasai...kulit rasa licin je kan

    ReplyDelete
  11. putih telur tu nak kena pukul sampai jadi macam buih ke ? Or tak payah pukul , just letak dekat muka je ?

    ReplyDelete
  12. Akak . Last picture sumpah saya terkejut . Saya ingat akak bagi gambar Pocong ke apa

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi