Wednesday, July 31, 2013

Bahaya Produk Kecantikan Yang Dijual Online

Assalammualaikum..

    Hai! Sekarang ni banyak sangat dah kan orang yang jual produk kecantikan online. To be honest, aku pun kadang2 terpedaya jugak & terasa nak try. Tapi bila fikir-fikir balik better tengok elok-elok & selidik baik-baik tentang produk tu kan.

   Bukan apa, sekarang ni kalau korang tengok dah bersepah isu kata produk A & B tak selamat oleh sebab yang tertentu. Kadang-kadang orang ni kalau tengok testimoni orang lain yang superb lepas pakai produk itu ini terus terasa nak pakai. Bila tak kena dengan muka mula salah kan orang lain kan.

    Sekarang ni kecoh pasal bedak tanaka. Aku pun tak tahu lah nak percaya yang mana. Niat asal memang nak try jugak tapi aku batalkan sebab macam tak berapa yakin sangat huhu.Tak salah nak mencuba mana-mana produk kan tapi biarlah disahkan dulu keselamatannya.

Umber : Fb kawan


   Aku sini bukan sama sekali nak kondem pengedar-pengedar & penjual produk online ni ye, cuma biasalah, kita kena extra careful sebab :

  • tak nampak dengan mata kasar
  • tak dapat tahu keselamatan secara manual
  • tak dapat pegang
  • sumber yang tak dipercayai (mungkin)
   So sebagai pengguna kenalah titik beratkan semua tu. Jangan bila dah terkena baru nak saman. Aku pun tak tahu yang mana satu fatwa yang betul tentang produk-produk online ni. Nak try tapi was-was sebab aku pon tergoda dengan testimoni orang oi.

   Kalau agak-agak korang takut & was-was nak pakai tak payah la pakai. Pakai aje produk kecantikan yang dah tersedia ada jual kat farmasi ke, watson ke, guardian ke mall ke. Yang tu sah-sah korang boleh telek sehabisnya sampai juling mata.

   Aku pakai safi original & maskaer rumpai laut je. Kalau aku rajin aku pakai masker telur. Itu pun rasanya dah cukup kot. Depends pada individu memasing ye. Hati-hati kalau nak membeli produk online ni especially bagi yang import dari luar negara yang tulisan fully bahasa yang kita tak faham. Be safe.

   Isu ni 1 benda yang serius kan sebab melibatkan kulit muka & kesihatan kita. So, think wisely dalam membuat apa-apa keputusan. Halal tu yang penting. Ok bye

7 comments:

  1. patut nora danish berundur...

    ReplyDelete
  2. Ntah la kan...melambak sangat2...kadang bole terpengaruh juga bila dah hari2 bukak fb...asik tgk iklan itu je...tp iman masih kuat...:-)
    Hati rasa nak try bedak arab....tp cam x berapa konfiden....pakai bedak anak je la kut raya ni....huhuhu....

    ReplyDelete
  3. semalam terbaca kat fb gak pasal bedak tanaka tu hehe

    ReplyDelete
  4. setuju.. sebab tu peniaga kena kaji betul-betul sesuatu produk tu. tak boleh main jual je.. :)

    ReplyDelete
  5. tanaka ramai mber guna. hm..sama la. tak berani try apa - apa sgt. guna sedia ada.

    ReplyDelete
  6. so true..sy kalau produk2 baru ni memang takut nak try nanti alih2 lain pula yg jadi kat muka..naye aje.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi