Saturday, July 27, 2013

RESEPI : Puding Milo Berlapiskan Oreo

Assalammualaikum..

    Hai! Tadi kakak aku buat puding milo berlapiskan oreo ni. Amik resepi kat fb terus try. Nasib baik jadi.Jom aku share resepi

Bahan - Bahan :

1 peket serbuk agar-agar/agar-agar tali (10g)
1 tin susu cair
3/4 milo (ikut cita rasa nak letak banyak mana)
160g gula pasir
750ml air
1 peket biskut oreo/ creamo (patah 2)

Cara :

  1. masakkan air, gula, agar-agar hingga larut. Masukkan susu cair & kacau hingga mendidih
  2. asingkan kepada 2 bahagian. 1 cawan diambil & letak dalam periuk. Campurkan milo & kacau hingga larut. Pastkan jangan berketul
  3. Ambil 1 cawan puding milo tadi & letak dalam loyang. Baki milo yang selebihnya biar tinggal dalam periuk tadi atas api kecil
  4. Then, tuang puding plain yang diasingkan tadi kedalam puding milo dalam loyang tadi.
  5. Susun kepingan biskut atas puding plain
  6. Tuang baki puding milo yang ada keatas lapisan biskut tadi
  7. Biar sejuk dalam suhu bilik & letak dalam peti sejuk
Tips : 
  • Jangan biar puding/agar-agar keras semasa nak tuang lapisan puding yang plain. Nanti tak melekat antara puding


8 comments:

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini