Thursday, September 27, 2012

REVIEW : Bait

Assalammualaikum..

      Semalam aku pegi teman member aku buat asignment kat Mid Valley. Amik kau sampai sane. Alang2 tengok wayang sekali. Heaven gila tak ramai orang. Tak serabut sangat. Terpinga2 nak pilih movie ape nak tengok. Last2 tengok cerita Bait ni. Meh aku kasi review.


   Cite ni mengisahkan pasal sorang mamat ni name Josh & kawan baik, Rory die yang merangkap abang tunang die, Tina mati kene makan dengan ikan jerung tu. Then Josh rasa bersalah sangat2. Then dorang jumpa balik kat mall  & mase tu berlakulah rompakan & tsunami yang menyebabkan terlepas semua jerung2 & ikan lain. Dari situlah mula ikan ni makan2 orang.

   Cite ni best sebab :

  1. hero macho & cool habis handle nak bunuh jerung tu. Hensem
  2. cite ni banyak suspen2. Banyak kali aku terkojot sampai nak tercampak popcorn. 
  3. pelakon semua tip top
  4. yang lain semua ok not bad
  5. aku sedih part Alex mati sebab lemas. Kerana cinta punye pasal
  6. agak ngeri macam Final Destination
    Ape yang tak ok :
  1. kadang2 nampak fake sangat jerung tu




Dan scene yang sangat aku suka & terpesona

smart gila time die terjun sambil pegang senapang tu
   Ha puas hati dah? Tak puas lagi meh sini tengok trailer die




   Aku rate 4/5 cerita ni. Ok lah tu tak membazir duit aku. Awww jatuh hati


Pundi Kencing

Assalammualaikum..

     Sory hari ni aku just nak buat entry suka2 je. Happy reading ya semua. Bercakap pasal pundi kencing ni aku sensitip sikit. Kenapa eh?

Kat panggung wayang

Tengah2 tengok wayang tu aku kelua "weh nak pegi mana?". "aku pegi kencing,tak tahan ar". Membazir lah kau tengok wayang haha".

Kat dalam kelas 

Tak sampai 10 minit "fara pegi toilet lah tu. Minum air banyak2 pastu terkencing". Good friends memahami! Haha

    Sape ade mengalami masalah yang sama macam aku? Pundi kencing kecik. Even bila nak balik kampung pun aku berhenti banyak kali kat R&R nak kencing. Stress abah aku haha. Tapi ok lah kan, cepat cerna. Boleh gitu. Ok lah saje je ni merapu taip entry. Thanks for reading!

P/s : yey balik umah hari ni. Bye2 upm yang menyerabutkan otakku

Tuesday, September 25, 2012

Sunday, September 23, 2012

Senarai Company Yang Boleh Guna Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Assalammualaikum

     Hai! Start esok kebanyak kan Universiti dah bagi kad diskaun ni. Aku amik esok pagi & kompem bersepah2 student yang rakus tu nak amik. We'll see tomorrow. Ape macam bes tak? Pertama kali aku dengar berita pasal pemberian kad ni aku dah berangan " eh nanti bolehlah shopping baju & makan banyak ade kad ni". Namun malangnya impian hanya impian. Kenapa?

     Kad ni hanya boleh digunakan kat company & premis yang tertentu. Itu pun company yang aku langsung tak pernah tahu wujudnya. Aku rasa boleh bilang bape ketul je company yang aku tahu. Korang pegilah kat laman web ini untuk tengok semua syarikat yang boleh kita pakai kad ni ye.


contoh premis makanan 
    Dah bukak website tu? Amacam? Aku budak kampung memang tak tahu sangat lah kat mana company2 tu semua. Tapi tak pe, valid sampai 2015 sempat lagi nak merantau 1 malaysia cari semua kedai2 ni hahaha. Tak guna rugi pulakkan kerajaan dah bagi. Pakai aje.

     For those yang berangan nak shopping baju kat jusco ke tesco ke harapan lah. Beli aje kat Mydin. Pon bole. Boleh dapat diskaun tau kat situ hihi. 

    Ape pun,terima kasih PM.
   
     

Saturday, September 22, 2012

Cara Aku Blogwalking

Assalammualaikum..

    Up entry sebelum kebizian melanda. Alhamdulillah selama 2 tahun aku berblog aku dapat kumpul followers, loyal readers & pengalaman. Such a sweet experienced. Even dah 2 tahun aku blogging tapi follower sikit je? Hello, aku blogging bukan semata2 nak cari ke saup ke followers tapi aku blogging untuk diri aku & kepuasan diri aku. Share dengan readers aku. So no tamak2 hokeh.

    Ada jugak yang bertanya macam mana aku upkan blog aku, followers aku. Jawapan aku senang. Semua atas effort masing2. Sini aku share ye anak2. Tak payah nak bajet artis blogger sangat lah fara, kang 'tersombong' pulak. Oh aku dengar cerita blogger yang aku cerita hari tu kat sini makin lama makin obvious sombongnya. Ish2. Ok lupakan.


    Cara aku blogwalking :

  • chatbox
Aku selalu singgah balik blog mereka2 yang tinggal jejak kat blog aku. Tapi maaf kalau jenis yang letak "blog awak menarik, sy tertarik" tapi letak link iklan, memang haram aku nak singgah. Maaf banyak2. Illegal 
  • komen
Kalau aku rajin, aku pegi kat blog mereka2 yang datang komen kat blog aku. Tapi yang ni jarang aku buat sebab tahap kerajinan aku semakin menipis. Haha
  • groups
Tu kat fb bersepah2 group tempat ping blog. Banyak sangat. Korang tinggal klik je. Aku suka blogwalking dengan cara ni sebab aku boleh baca macam2 entry.Best.
  • bloglist
Bloglist aku wajib aku terjah hari2. Kalau kerajinan aku berganda aku pegilah blog mana2 tengok bloglist dia. Cara ni pun membantu. Yelah lain2 blog lain2 bloglist kan. So why not kita pergi terjah2 kan.
  • search google
Ni kalau dah tahap aku rajin sangat2. Pergi search kat google "blog yang best", "blog yang menarik". Gagah kan aku. Haha. Aku tak rasa ada orang lain yang ada hobi macam aku ni. Wuu


    Ok tak tips aku? Bajet kan. Act semua ni terpulang kat korang. Nak cari loyal readers bukan senang weh. Alhamdulillah sekarang aku ada beberapa list loyal readers aku. Makin lama aku makin sayang kat blogger2 ni semua. Aww. Mohon tersentuh. Haha

    Blogging tak mudah & tak susah. Kalau kita pandai & tahu cara nak upkan blog kita dengan cara yang betul & ingat ya, jangan guna cara yang menjengkelkan. Nanti kena maki dengan blogger lain. So good luck bebeh.

p/s : thank u so much kak tina on your sweet entry for me 

Happy 21 Birthday To Me

Assalammualaikum..

    Semalam 21 September birthday aku. Aku happy sangat sebab tahun ni aku celebrate sekali dengan kawan2 baik aku & kesayangan aku. Balik lepas jumpa dia terus kol aku nyanyi happy birthday. Tahu tak, selama bertahun 3 tahun kot aku rasa aku tak pernah sambut birthday dengan pakwe. Ni lah pertama kali lepas 3 tahun. Wuhu. Bajet kan.

    Pagi tadi bila aku bukak loker je tengok aku bertempek2 wish kat pintu loker aku. Terkejut jugak sebab aku pikir bila masa tah dorang letak semua tu. Terharu!

rajin pulak kawan2 aku. 
  Aku nak ucapkan million of thanks kepada semua yang wish aku kat twitter,fb,blog,instagram,calling & mesej. Thank u so much atas doa & ucapan kalian semua. Terharu jugak time nak balas sorang2 tu haha.

thank u so much my dear mak cik2

     Tadi malam dapat kek dari kesayangan. Celebrate sekali dengan budak2 atas ni malangnya sorang member tak de sebab balik umah. Tinggal ber4 je. 


# Thank u roomate for the Kit Kat
# Thank u sayang for the cakes, foods, gift & lovely wishes. I love u


im 21 but still looks like 12 :)

thank u for always being with me

Last but not least thank u again. May Allah bless u all always.

p/s : ade orang buat kejam kat aku. Curik gambar aku dengan kesayangan

Thursday, September 20, 2012

TIPS : Hilangkan & Kurangkan Ulser

Assalammualaikum..

    Hai semua. Aku rasa nak demam sebab terlalu penat. Rehat pun tak cukup. Jangan collapse sudah. Okla kite cerita pasal ulser ni ye. Korang for sure pernah kene ulser kan. Kalau 1 ulser je tak pe, ni kalau ulser tu berkampung kat mulut kau tu tak ke rasa seksa sangat.

   Aku pun selalu jugak kene. Nak2 bila tergigit tu. Puh gila sakit weh. Aku pernah kene ulser kat lidah & tak boleh makan langsung sebab sakit. Pernah sampai menangis aku. Seksa sangat bila ada ulser. Sini aku share dengan korang ape yang aku buat kalau aku kene ulser.

  • letak garam
Aku biasa amik garam yang besar sikit tu then letak betul2 kat tengah ulser tu. Tapi sebelum tu stand by dulu lah depan kipas sebab memang pedih gila! Lepas letak garam tu rasa tak sakit dah.


  • makan sambal belacan
Sounds weird & nonsense kan tapi aku buat jugak. Lagi pedih tu lagi best. Makan sambal belacan, kau terus rasa nak menangis tapi lepas tu elok lah. hihi
  • banyakkan minum air masak
Ini memang sangat2 penting. Minum air masak banyak2. Sebab ulser ni kadang2 terjadi sebab kite kurang air masak. So mulut kite kering & banyak bakteria kat situ. Kalau boleh minum bergelen2 pun tak pe. Lagi bagus. 
  • elakkan dari main ulser dengan lidah
Paham tak? Kadang2 kite gatal2 nak rasa2 ulser tu dengan lidah. Jangan buat selalu ye sebab air liur kite ni asid. Nanti akan menyebabkan kesakitan & ulser tu lagi lama nak baik.
  • letak bonjela
Yang ni pun best tapi aku selalu fail kalau nak letak. Sakit tambah pedih nye. Tapi bonjela ni berkesan


   Ok puas hati tak? Tips2 aku bagi ni kalau rasa nak cube silekan. Kalau takut tak payah. Haha. Ok lah time to mandi bebeh. Tak senonoh kan. Bye!



p/s : tak payah nak jaga tepi kain orang kalau tepi kain sendiri terkoyak

Wednesday, September 19, 2012

ww 29- best friend 2

Assalammualaikum


   I love u aiza. I love u sayang. Thanks for lend me your spec

Monday, September 17, 2012

Kuna Kawai & Anne'z Collection Online Blogshop

Assalammualaikum..

    Aku nak promote kat korang 2 blogshop yang aku suka sangat. Harga murah2 & kualiti pun ok. Yang Kuna Kawai ni aku dah 3 kali beli kat dia. Aku beli ngan dia by hand je sebab die duduk serdang je aku pun duduk upm so senang aku amik by hand. Tak payah ade postage.

   Hari tu aku ada beli baju jenis material chiffon dari kuna ni. Saje aku nak try pakai kain jenis chiffon. Sejuk je bila pakai




mustard yello

    Tadi kawan aku beli palazzo mustard yello jugak. Cantik. Dan aku berpuas hati.

     1 lagi blogshop Anne'z Collection. Blogshop ni owner die senior aku mase kat sekolah menengah dulu & die pun budak upm. Jadinye aku beli ngan die pun hand by hand. Dulu aku ade beli long cardigan dengan die.Die ade jual macam2. Kasut,jacket/cardigan, top,maxi dress & macam2. Harga die pun murah je.






   Ok selamat menjamu mata. Yang lelaki nak bagi makwe ke boleh la pegi blogshop sini. Murah2.

    Kuna Kawai & Anne'z Collection

Perempuan Perangai Buruk

Assalammualaikum..

    Hai semua. Rindu kat korang. Semalam balik dari beraya umah aku & kawan aku. Beraya dengan kesayangan & kesayangan kawan baik. Dah macam rombongan meminang dah. Haha! Ok malas nak cite panjang2. Kategori perempuan yang buruk perangai ni macam mane? Sebelum tu aku tekan kan tak semua ok. So tak payah lah nak sentap sangat kalau tak berkaitan dengan diri sendiri.



  • buang sampah merata2
Lepas makan chew gum ke lap muka pakai tisu ke terus buang tepi jalan macam tu. Padehal bukan tak boleh nak hold dulu sampah tu cari tong sampah. Paling aku rasa nak menyumpah bile dalam toilet tu bersepah je tisu2 kat depan sinki tu. Dah lepas mekap tinggal situ je. Kalau aku jadi makcik cleaner dah lama aku menyumpah. Kalau sikit ok lah ni bertimbun!
  • tak flush
Semalam kat shell aku nak masuk toilet sekali tengok jamban tak flush. Aku tengoklah pump die rosak ke sekali aku tarik elok je. Jahanam lah. Geli siot. Disebabkan aku dah tak tahan nak buang air terpaksa gigihkan diri bersihkan jamban tu. Aduhai. Pengotornya.
  • caras pakwe orang
Tau ape makne nye tu? Cari sendiri. Aku paling paling tak suka bila perempuan yang dah putus then bila ex bf dia dah ada makwe lain dia still nak cari2 lagi ex dia. This is what was happened to me. Bagi aku benda yang dah lepas tu lepas. Kalau setakat nak kawan aku tak kisah but then bila aku sendiri yang baca mesej perempuan tu aku rasa something wrong. 

Dear perempuan, tak elok awak buat macam tu. Kesian kat makwe baru die. Dulu masa awak dengan dia awak tak hargai dia. Tapi sekarang kenapa cari semula? Tak kesian kat orang lain ke? Tak de hati perasaan ke? Perbuatan awak boleh buat sesuatu hubungan tu huru hara tau. Jadi jangan buat lagi ye
  • jerit sana sini
"perempuan memang macam tu ye?". Kesayangan tanye aku macam tu bila nampak perempuan menjerit2 panggil member2 die kat kafe. Malu aku sebab aku sejantina dengan perempuan tu. Memang buruk pun sebenarnye sebab menjerit kat tengah2 orang ramai. Nampak tak sopan disitu ye.
  • kurang ajar dengan orang tua
Bukan lelaki je yang selalu kurang ajar, perempuan pun kadang2 ade jugak yang biadap dengan orang tua ni. Nak2 budak2. Kadang2 tu aku geleng kepala bila tengok budak2 yang langsung tak de perasaan hormat kat mak cik2 pakcik2 kat luar tu. Sedih pulak rasa. Macam mane lah kalau mak die kat tempat makcik/pakcik tu. Mesti kecewa gila. 

Dulu ada segerombolan budak2 ni main tolak je mak aku mase kat shopping mall. Bukan reti nak mintak maaf. Dapat kat aku, aku cakap "kurang ajar" je. Memang sangat2 biadap! Mak aku die tolak macam tu je. Damn.

    Kalau ikutkan ade je lagi perangai2 perempuan yang kurang elok ni. Korang tengok je kat sekeliling korang tu. Mesti ada. Kadang2 aku sendiri yang rasa malu dengan perbuatan2 ni semua. Mohon aku dijauhkan daripada semua perbuatan ni. Moga kita semua juga dijauhkan. 

p/s : Thanks sayang for the great weekend. Bagi duit raya kat adik2 

Friday, September 14, 2012

Remaja & Buang Bayi

Assalammualaikum..

    Phew. Baru rasa dapat update entry. Eh betul ke tak ayat aku. This week was very very stress & tired for me. Rushing sana sini pegi meeting bagai. Petang balik kelas je mesti aku tertido sampai magrib. Pastu bangun mula terkebil2 pening.

    Hari tu wan ada cerita pasal kes buang bayi kat entry ni. Aku nak bagi pandangan sikit lah. Sebab aku pun remaja, kalau tengok sekelililing aku pun ada je yang macam ni cuma tak dihebahkan. Ape pendapat korang pasal isu ni? Salah siapa? Kes rogol, buang bayi semua tu. Yes mesti orang kata salah perempuan tu sendiri. Jarang orang tuding jari kat lelaki. Everytime was girl girl & girl.

     Perempuan zaman sekarang ni pun 1. Senang sangat nak percaya kata2 manis lelaki yang katanya "untuk u laut api pun i sanggup redah". Podah sedangkan tersepit pintu pun dah meraung. Cukup lah sekali aku termakan dengan kata2 manis lelaki pastu bila kene tinggal mula rasa diri ni bodoh sebab percaya. Time tu nak menyesal pon tak guna. Nasib baik Allah masih sayangkan aku, Dia cepat2 bagi petunjuk supaya aku terus tinggalkan sang jahanam tu.



    Everytime kat paper mana2 pun berita pasal buang bayi,jumpa bayi dalam tong,jamban & yang baru ni sumbat dalam mangkuk. Subhanallah kesian sangat2 makhluk yang tak berdosa tu. 2 dosa besar si perempuan dapat. 1 dosa berzina & 1 dosa membunuh. Ya Allah mintak dijauhkan perkara sebegitu.

    Sedikit sebanyak kita tak boleh nak salahkan seseiapa kalau benda2 macam ni terjadi. Ok kes 1 bila kes rogol. Salah siapa kalau kau sendiri yang pakai skirt nampak spender, baju halfmoon nampak bra semua. Salah siapa? Yes memang salah lelaki tu sebab rogol, tapi cuba putar balik masa. Ingat balik. Setidaknya kalau tak berpakaian terlalu seksi & menutup aurat, perkara sebegini boleh dieelakkan. Betul tak?

    Kite sebagai perempuan kena sentiasa berjaga2. Even nak pegi mana2 pun selalu lah berteman. Aku nak pegi kelas kat sini naik bas sorang2 pon aku cuak gila. Ade driver bas tu muka macam penyangak pon ada. Seram weh. Sini aku share dengan korang 1 ayat yang boleh kita amalkan sebagai pendinding diri :

   
    Aku rasa kesian sangat2 bila tengok baby kene buang tu. Sedih. Remaja, semua benda nak cuba. Semoga dosa mereka2 yang melakukan perbuatan itu akan diampunkan Allah. Aku kesian sebab dorang sesuka hati je nak buang. Padehal orang yang nak anak ni punyalah ramai. Bayangkan pasangan yang dah bertahun kawen tapi tak dikurniakan anak. Habisnya, mereka2 yang pendek akal ni sedap je main buang anak. Kejam pulak tu.

    Peringatan buat semua,buat diri aku juga, kalau nak pegi mana2 sebelum melangkah keluar bacalah apa2 ayat Al-Quran sebagai keselamatan diri. Mohon supaya Allah melindungi kita setiap masa. Aku selalu amalkan ayat Qursi yang mana mengandungi 1001 kelebihan bila kita amalkan. Bukan apa,sekarang ni macam2 boleh berlaku tak kira kat mana2, siapa pun. Selagi kita boleh amalkan apa2 cara yang boleh dijadikan pelindung diri,amalkan. Tapi bukan yang khurafat!

    Lagi 1, tolong tolong tolong berhati2 dengan sweet talker. I mean lelaki ya. Jangan mudah percaya dengan orang yang hanya kita kenal tak sampai pun seminggu unless kalau ade kawan kau kenal dia ke. Bahaya.

    Jangan amalkan konsep "belum cuba belum tahu" dalam kehidupan sosial kita ya. Nanti menyesal tak sudah. Kalau nak try dalam pelajaran tak pe. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah & bagi wanita kalau boleh seeloknya berpakaian lah tutup walaupun dah biasa open at least biarlah tutup bahagian itu & itu. Aku nak nasihat orang pun aku pun bukan perfect sangat tapi cuba untuk berubah. Ok lah bye!

Wednesday, September 12, 2012

Super Busy

Assalammualaikum..

    Aku mintak maaf buat masa ni aku tak dapat nak update entry best2. Ok itu bajet. Minggu ni aku super duper busy. Aku sangat2 busy dengan pendaftaran kursus aku yang serupa tahi ini, dengan asignment aku yang dah mula bersepah2 ni, dengan event IFF fakulti aku lagi. Too many things to do.

    Sampai aku rasa aku dah nak give up. Aku rasa down sangat2. Mujur ada kawan2 yang sanggup tolong aku. Ok lah. Aku taip entry ni pun dalam keadaan tersangat penat. Bila aku free nanti aku update banyak2 ye kasi korang muntah baca entry aku. Bye!

i love u best friend.


Oh lupa. Jangan lupa follow instagram aku ye. najihahfara

Monday, September 10, 2012

Tandas Canggih

Assalammualaikum

   Hai semua. Awal2 pagi aku update sebab tak sempat dah nak update. Bz nyah awal2 sem ni ha. Cakap pasal tandas canggih korang kompem penah guna kan. To be honest aku tak berapa suka nak pakai tandas yang canggih sangat yang tanpa paip tu sebab 'tak puas'. Dulu penah sekali sampai basah lencun seluar aku sebab aku tertekan ape tah kat jamban tu. Gila

    Ari tu pegi Mines. Dalam toilet mak aku cakap "mama tak puas nak kencing sebab tak de paip". Adik bongsu aku pulak cakap "angah,kenapa tandas die tak de paip? Habis basah baju ya mama pulas paip tu. Die terpancut dari jamban..". Aku hanye mampu gelak je. Tandas sekarang ni selalu pasang lagu2 best. Nak berak ke kencing ke layan je. Haha!



    Aku lebih rela pakai jamban yang ada paip kuning tu ha. Sebab sure 'bersih' kan. Kan dah berunsur lucah. Haha. Maaflah aku bukan orang yang gemar sangat up to date kan. Almaklumlah aku minah kampung. Tak suka benda advanced sangat ni sampai tak pandai nak guna.

    Ok lah nak siap pegi kelas. Entry hiburan saje. Bye!

Saturday, September 8, 2012

Blogger Sombong

Assalammualaikum..

    Hai hari ni aku nak balik kolej dah. So bakal tak berupdate sangat lah blog aku ni. Dah masuk tahun 3 dengan event macam2 aku kena handle. Oh btw nanti aku akan update pasal International Food Fair yang akan fakulti aku organize bulan 11 ni. Tunggu tau.

    Dalam berblog ni ada 3 bahagian tak pun level seseorang tu dalam berblog. Contohnya :

  • blogger terkenal
  • blogger suam2 kuku
  • blogger newbies
    Antara 3 ni paling tak ramai 1 pon kompem mesti ada blogger yang sombong. Sombong tahap tara mana tu? Depends. Sini aku nak bercerita sikit. Aku dah berblog 2 tahun dah. Blogger2 yang dikatakan fofular tu aku hanya sekadar jadi silent reader je. Sebabnye aku tak rasa pun akan dilayan kalau aku dok komen siang malam pagi petang. Rasa macam terhegeh2 pon ada.


    Nak dijadikan citenye,masa kat twitter tu adalah 1 blogger yang mungkin boleh dikatakan blogger terkenal, cantik, model itu ini. Opss terkantoi jantina pulak. Dan to be honest, sepanjang 2 tahun aku berblog ni lah jarang blogger lelaki yang terkenal ni sombong. Mostly perempuan. Nampak. Jantina aku sendiri. Apa yang korang pikir?

    Ok sambung cerita. Aku ada la tegur sekali 2 blogger ni. Pada mulanya balas ok lah fine. Ada sekali tu aku mention lah die respon pada tweet die then bila dia reply aku rasa dia macam nak berlagak. Apesal aku rasa macam tu? Ok kau rasa apa kalau masa yang sama bila orang lain, blogger fofular yang lain mention beliau boleh pulak reply elok2. Nampak tak?

    Oh mungkin tak sengaja atau aku yang emo lebih kot. Tapi once beliau dah buat begitu, aku banned terus blog beliau. Tak kisah lah kau blogger terkenal ke, cantik ke pandai ke. Twitter pon aku unfollow sebab aku rasa tetiba semak dengan blogger yang berlagak ni. Gila kau perempuan, sombong betul.  Atau mungkin orang akan cakap kat aku "kau tak kenal die lagi tak payah la cakap macam tu". Memang,tapi kalau 1st impression aku kat dia dah buruk nak kata apa?

      Pesanan aku buat blogger itu & blogger lain, kalau dah rasa diri terlalu fofular dapat job shoot sana sini magazine berbagai2, baiklah tepek rasa rendah diri & bersyukur sikit. Tak payah nak berlagak sangat ibarat kau terkenal kalah artis2 tempatan tu. Dah lama aku perhatikan kau, bukan sekali 2 tapi berkali2. Be nice blogger. Orang lain boleh baik dengan kau, takkan kau tak boleh. Tak payah nak buat alasan fofular sangat lah.

     Maaf kalau terkasar bahasa. Kau cantik, tapi sayang kau ni berlagak sangat. Cube kau pikir ni. Kalau follower2 & readers tak sokong blog kau, kau ingat kau boleh pergi jauh ke? Respect perasaan orang lain sikit ye. Tak payah nak bangga sangat kau tu 'anak emas' blogger2 terkenal kat malaysia ni. 

     So bloggers,never do that. Tak payah sombong2 sangat nanti sekali orang cop kau sombong, alamat kesianlah kat blog kau & diri kau. Kenal alam maya pon orang boleh describe kau macam mana. 

p/s : sape yang sempat baca tweet aku dengan beliau rasanya tau kot. 

Friday, September 7, 2012

WW 28 & Kata-Kata Jumaat : Sumber Rezeki Abah

Assalammualaikum..



"sesungguhnya pengorbanan seorang bapa untuk penuhi setiap keinginan anak-anak & menyara keluarga itu sungguh tak ternilai harganya. Terima kasih abah"

p/s : ikut abah melawat nursery & ladang kelapa sawit. Luasnya!

Thursday, September 6, 2012

Rules 'Kurang Pandai' Time Couple

Assalammualaikum..



    Entry aku ni bakal buat pasangan2 yang mungkin hati tak berapa nak kental memaki hamun aku. Its oklah der aku tak kisah pun. Korang readers aku blogger. Hak korang. Oh btw maaf kalau entry aku yang ni sedikit kasar & sentap. Bukan ape dah lama tak buat entry sentap menyentap ni kan. Opss!!

    Ape yang aku kate rules 'kurang pandai' yang aku katekan tu? Bodoh2 pun dulu zaman budak2 aku buat jugak. Yelah mase buadak2 semua benda aku nak buat konon tak up to date lah kalau tak buat kan. Alahai. Check it out bebeh :

  • main tukar2 baju
Oh my. Dulu aku ade bagi baju kat ex bf aku. Korang mesti pernah dengar pemesnye orang kate "kalau bagi baju hubungan tak kekal lama". Somehow memang aku admit. Setahun ex bf aku bagi baju kat aku terus kitorang putus. Damn. Aku terus koyakkan & bakar baju die. See. How stupid i am. 
  • tukar sim kad
Yang ni aku tak pernah buat sebab aku rasa macam "perlu ke?". Dulu ade member aku buat. Zaman dulu henpon cok kia nokia cap 3310 yang ade signature tulis kat text mesej tu nama die so tak delah orang tak kenal die tu sape bile mesej kan. Alasan "i nak tengok u ade tak text dengan laki/pompuan lain".
  • gabung nama
Akak aku buat bende ni mase die kapel dengan ex die bertahun yang dulu. Kadang2 aku nak tergelak pon ade bile pikir balik. Aku malas nak bagi contoh karang ade pulak yang butt heart. Payah bebeh. Naseblah nama aku payah nak main gabung2 ni. Mungkin sekarang pun ade yang buat lagi. Maaf lah ye kalau terasa.
  • pakai baju / warna sama 
To be honest ex aku dulu ade jugak mintak pakai baju sama bile dating dengan die. "by, esok kite dating pakai baju warna sama ye. Nampak sweet" . Aku pon rolling eyes. And to be honest too aku tak berapa minat nak keluar pakai baju sama ke warna sama ke unless kalau kebetulan ye. KEBETULAN. 


Oh maaf mesti ramai yang buat perkara ni. Aku bukan nak kondem cuma aku kurang suka. Lantak korang lah nak buat apa pun. Mungkin bila keluar jalan2 orang akan nampak "oh suweetnya pasangan ni". Namun bagi aku "oh!". Terpulang pada pandangan masing2. Sehati sejiwa kan
  • diari kapel
Dulu bukan takat adik angkat berangkat je ade buku2 bagai ni kapel pon ade. Konon antara kita je tau ape yang kita tulis. Bila pikir balik rajinnya nak tulis. Nak taip entry ni pun sehari sekali je. Tu pun kalau rajin. Opss!
  • reporter setiap jam
Everytime, everywhere u did was in her/his pocket. Sekarang pun aku still bagitau mana aku pegi kat kesayangan aku tapi tak delah sampai every single things yang aku buat aku report kat die. Rimas pun ade. Aku rasa tak perlulah nak kongkong sangat bf/gf tu. Setakat tanya & bagitau kat mana pegi mana tu dah cukuplah

    Ada lagi? Korang tambah kat ruangan komen ye. Maaf entry ni bukan berniat nak membuat mana2 hati terguris. Biasalah masa mula2 kapel zaman hingusan dulu kan. Aku pun pernah jugak buat cuma terasa kebodohan diri sendiri bila pikir balik. Sendiri mau ingat lah. Bagi yang dah kawen alhamdulillah. Ada jodoh tak kemana. 

    Bagi adik yang tengah hangat sangat bercinta, tak usahlah kamu menunjukkan kebodohan diri kamu sendiri ye. Buat video uplod kat utube then orang share sana sini, malu kamu nanti. Kesian mak ayah kamu tau. Be smart.

p/s : 2 days left. Malasnye nak balik

Wednesday, September 5, 2012

MashImage Photographer- All Occasion Photography

Assalammualaikum..

    Aku nak promote 1 photographer yang bagi aku nice shoot2 dia. Oh 1 keistimewaan photog ni die tak amik gambar2 pre wedding. Hanya post wedding. Tak ramai photographer yang macam tu kan. Dimiliki oleh sepasang suami isteri yang juga roommate kawan baik aku. Jom kite tengok shoot mereka

   Credit gambar MashImage









this is her daughter. A'isyah Hanina
    Kalau berminat nak amik gambar untuk graduation ke gambar kenangan persahabatan ke ataupun ape2 korang boleh lah pegi ke page MashImage ni ye. Murah & berkualiti.

Tuesday, September 4, 2012

Izreen Azminda's Wedding & Nikah- Cantik!

Assalammualaikum..

    Dari semalam aku duduk tengok gambar kawen izreen ni. Ok aku sangat sukakan warna baju mase nikah & wedding dorang. Baju wedding beliau pun tak delah seksi mane pun macam certain artis tu kan. Nampak macam princess je izreen ni. Jom tengok

    Oh sebelum tu credit to Colourful Photo untuk semua gambar






ok aku suka gambar ni





Lagi gambar pegi kat fb Colourful Photo ye.

p/s : cepatlah masa berlalu. Rolling eyes

Monday, September 3, 2012

REVIEW : Serum Safi Balqis Perfect 10

Assalammualaikum

    Minggu lepas aku ade review pasal Pixy stick tu kan. Hari ni baru nak update blog kesayangan sebab weekend minggu lepas aku sebok beraye lagi haha. Korang tahu aku pe pengguna setia produk Safi & aku admit produk safi sangat2 sesuai dengan semua jenis kulit muka.

    Dulu kulit aku ade jerawat ala2 pasir halus tu. Then aku pakai Safi Anti Jerawat yang gamat tu. Aku pakai hilang jerawat2 pasir tu. Then setelah berbulan2 aku pakai yang gamat tu aku pakai pulak yang original warna putih biru kulit die tu. Safi yang original. Pastu aku pakai pulak serum ni. Wuuu lepas seminggu aku pakai serum ni kulit aku jadi lembut,cerah & licin.

    Ok maybe ade yang pikir aku bajet nak promote kate kulit muka ala2 flawless gitu kan. Tapi lantak kau lah der nak caya ke tak.

Cara pakai :

  • pakai siang & malam. Sebaiknya pakai before pakai pelembap, tapi aku tak suka pakai pelembab sebab berminyak. So aku pakai pagi lepas mandi & malam sebelum tido.
   Siang lepas bangun tido tengok kulit muka licin & lembut sangat. Sangat berpuas hati dengan produk safi. Murah pulak. Selamat mencuba. Dan dijamin halal.

ok bye
p/s : keluar pegi mana2 aku memang x apply pelembap pun sebab tak suka. Alas bedak je cukup

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini