Saturday, August 24, 2019

Tips & Pengalaman : Ho Chi Minh, Vietnam 2019 (Sesi 1)

Assalammualaikum,

Hai. Last week aku join trip company husband aku pegi Ho Chi Minh. Iaitu orang kata syurga shopping. Lama pulak aku pegi, seminggu. Orang tanya buat apa lama-lama kat sana bukan ada apa pun. So, aku share berbaloi ke tak stay lama kat sana & apa aku buat.


  • Flight
Aku naik Malindo Air. Oh, aku lagi suka naik Malindo sebab leg space dia lagi luas compare to Air Asia. Ekonomi Malindo Air lagi selesa, kaki aku luas nak buat apa, aisle dia pun selesa cuma, makanan tak banyak pilihan, dan bila dia landing, kasar gila. 

Aku naik AA pegi Melbourne last year macam nak patah kaki aku tahan 7 jam. KL-HCM dalam 2 jam macam tu. Depends bajet masing-masing. Asalkan sampai. 

Aku bertolak pukul 2.15 petang macam tu, sampai dalam pukul 4.20 petang. HCM awal sejam dari waktu Malaysia. Oh ye, jangan lupa korang solat jamak dulu sebelum boarding, nanti senang boleh horey-horey tak kelam kabut. 

  • Hotel


Aku stay dekat hotel area District 1. Nama dia Hotel Blessing Central.  Jalan kaki nak ke Malaysian Street. Ape ada kat Malaysian Street ni. Nanti aku story lebih. Hotel ni aku tengok dekat Booking. com quite murah jugak include breakfast. 

1 malam dalam RM80 macam tu sekali dengan breakfast lah. Korang kena rajin lah riki tengok mana lagi berbaloi. Sebab aku pegi ni ibarat redah punya travel, so kitorang tak kisah pun tido kat mana as long as ada private bathroom. Aku jenis tak kisah. 

Kalau agak korang nak yang mewah mahal, search lah hotel lain. Gambar lain dalam bilik hotel & sekitar hotel aku tak sempat nak amik sebab penat sangat. 

Sampai dari airport, terus cari bas, google cakap nak pegi hotel ni. Dah sampai nanti dia bagitau suruh turun. Kitorang pakai waze je cari location hotel. Fuh. Mencabar. 1 kepala tambang naik bas aku tak ingat berapa sebab aku tengah asyik tengok suasana negara orang. 

Kiblat, ko boleh guna Qiblat finder. Sekarang zaman teknologi semua tekan je kat henpon. Cuma ruang dalam bilik yang aku stay ni sangat sempit. Dengan luggage lagi, pandai la korang susun untuk selesa. Oh ya, katil dia keras. Jangan jadi macam aku, lompat lah nak baring dah penat jalan kaki cari hotel, sekali bomb, keras nak mampus. 

  • Simkad
Ni tak payah risau. Keluar airport terus nampak kedai kiosk yang jual. 1 sim dalam 40k Dong bersamaan lebih kurang RM7 macam tu. Tapi aku stay 5 hari sana tak habis pun data melainkan kau tengok Youube lah. Tapi mostly aku tak guna sangat sebab pakai wifi je. 

  • Makan
Dekat sini, sangat susah nak dapat makanan halal. Yang senang cuma dekat Malaysian Street je. Tapi jangan expect macam dekat malaysia lah. Dah dapat yang halal kira bersyukur. Aku dah lapar, ape pun aku balun asalkan halal.

Kedai ala-ala 7E dorang dipanggil Circle K. Kat situ, boleh lah kau cari makanan atau minuman yang kau nak. Harga, lebih kurang sama dengan Malaysia. Opss, jangan lupa cari yang ada Halal logo ya. Susah. Aku pegi, ada 1 section je yang dia asingkan itupun so so je. So rajin kan lah diri baca list ingredient. 

Islam tu mudah. Kalau rasa was-was, jangan makan/minum terus. 

  • Accessibility 
Kebanyakan kitorang pegi jalan kaki je. On waze, pastu redah. Jangan risau ko takkan sesat. Follow je waze jalan kaki tu. 

Kalau nak pegi jauh sikit, naik bas tapi kena study dulu route dia sebab bas jalanan dia tak masuk kawasan yang penuh dengan tourist hotel.

  • Persekitaran
Sorry to say, aku tak berapa nak into sangat dengan keadaan persekitaran sekitar bandar HCM ni. Sebab bagi aku, bersyukur gila kita duduk Malaysia. Sini transport dia mostly pakai motor je. Grab pun pakai motor. So, faham jelah macam mana. Kalau boleh, pakai mask sebab dorang pun mostly pakai mask. 

Aku suka toilet dia. Mana aku pegi toilet agak bersih compare to Malaysia. Yang aku kagum, aku pegi Sungai Mekong pun jamban dia still ok. Kalau dekat Malaysia, kau boleh kira ada 10 jamban, berapa je yang boleh pakai. 

  • Safety
Masa nak lintas jalan, lintas dekat zebra line. Siapa pernah pegi, tau jelah. Tak macam kat malaysia. Kat sini aku macam lipas kudung, bila tengah dorang stop, lari jangan terkedek-kedek jalan nanti dorang redah je. Tapi even dorang bersimpang siur, dorang takkan langgar kau. Dont worry. Melainkan kau berani serah diri masa jalan tengah peak lah. 

Pakai bag silang atau backpack letak depan. Kita travel pegi negara orang ni tak tau jahat ke baik. Untuk safety, secure diri sendiri. Kalau dekat malaysia pun senang nak rompak apetah lagi kita kat negara orang sebagai tourist. 

Jangan main phone! Especially waktu tengah jalan-jalan. Simpan kalau tak nak kena ragut. Sayang lah sikit. Takat nak upload IG FB semua, kemudian lah. 

  • Solat
Most of the community non muslim. So, susah lah nak jumpa masjid atau surau. So sebelum pegi mana-mana, jamak je siap-siap. Atau korang boleh amik tour guide yang islam. Nanti aku cerita lebih. Aku guna Bismillah Tour untuk pakej sungai mekong. Sekali makan siap solat. 

Kalau nak senang, plan la perjalanan korang. Waktu solat boleh semak dekat goggle lah atau apps. Kat HCM waktu lagi awal dari kita. So alertlah. 

  • Duit
Try cari exchange rate yang berbaloi. Aku tukar lebih kurang 1K dapat lah dalam 5 juta Dong macam tu. Untung lah kita. Tapi aku standby duit dalam RM jugak sebab mostly belanja sana semua dalam RM. Memang miskin aku balik Malaysia. 

Kalau nak pakai debit pun boleh tapi cas 4%. Make sure korang aktifkan pengeluaran luar negara. Aku tak buat pun sebab malas singgah bank. 


Oklah. Nanti aku sambung Sesi 2. Ok bye. 

2 comments:

  1. bestnya dpt tgk negara orang..
    part toilet bersih tu best..
    kat malaysia jarang2 je jmpe yg betul2 bersih.. haha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog saya iya seo dan

    saya sudah follow blog anda #2041

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

    Komen yang baik2 sahaja ye..

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini