Assalammualaikum..
Hai semua! Susahnya aku nak timbulkan minat berblog & masa untuk blogging semenjak bizi dengan final year ni ha. Weh aku dah jadi final year, macam tak percaya je haha. Cepatnya masa berlalu terasa baru je aku jadi 1st year. Means that dah 3 tahun rupanya aku berblog. Lama tapi blog picisan.
Sini aku nak cerita pasal UPM. Sepanjang 3 tahun aku belajar kat upm ni, baru tahun ni lah terasa macam ada perubahan besar yang upm betul-betul buat. Mesti ada antara korang yang tahu. Sekarang upm dah jadi green campus da semenjak kempen go green tu dijalankan.
Tahu tak apa yang berubah & green nya?
- ketiadaan bas bagi kolej tertentu (pelajar jalan kaki/naik basikal ke kampus)
- berbasikal diperkenalkan (nasib baik aku dah jadi tahun akhir & duduk di kolej yang ada bas haha)
- no more polistrin
- pegi kafe makan tapau dalam tupperware (macam asrama)
- jalan raya kat upm meriah dengan lane untuk orang berbasikal
- pakej berbasikal dikenalkan
- bas hanya untuk pelajar perempuan (yang aku naik tadi kaler pink )
Hebat mpp tahun ni. Haha. Secara jujurnya bagi aku lah kan, baguslah upm ni kenalkan sistem go green bagai tu semua tapi tapi kan, aku agak kesian dengan mereka yang duduk di kolej yang tertentu yang mana dah tak ada lagi perkhidmatan bas disediakan. Means that kena either jalan kaki/ naik basikal lah pegi kelas/kampus. Kosmate aku pegi kelas jalan kaki 15 minit. Gila kesian. Boleh basah ketiak sementara nak sampai kelas.
Bukan apa, rasanya macam bagi aku lah kebajikan & keselamatan pelajar patutnya diutamakan. Lagi-lagi fakulti aku suka sangat buat kelas ganti & test malam. kalau aku jadi mereka yang kena jalan kaki agak scary lah nak jalan malam-malam even berteman pun kan. Upm ni luas. Tumpuan lalu lalang kenderaan luar jugak.
Aku sendiri pun tak rajin nak jalan kaki lagi-lagi budak final year. Macam-macam upm sekarang ni. Aku pun naik pening dengan sistem upm sekarang. Tapi mujurlah dah nak habis. Ape pun, semoga berjalan lancarlah kempen itu.
Maka, aku dengan bangganya lah bawak tupperware bungkus makanan. Kalau tak makcik tu kata kena cas. Lagi aku tak paham sistem upm. Tak de banner tak de ape. Ikut sajo. Tapi tetap bersyukur aku masih ada bas lagi untuk bergerak pegi ke kampus & kelas. Syukur senang. Aku lejen dari 1st year sampai tahun akhir naik bas haha. Ok bye
p/s : sem ni aku ada buat event last untuk subjek aku. Akan ada dinner, lunch & buffer. Nantikan iklan nya disini akan datang. Makanan sedap. Meh datang jenguk upm