Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Saturday, October 12, 2019

Tips & Pengalaman : Malaysian Street- Syurga Shopping -Pasar Malam Murah & Cool 2019 - (Sesi 2)

Assalammualaikum,

Hai. Lama pulak aku nak amik masa update second session pegi HCM city. Aku baru lepas naik cuti sakit hari tu, so delay lah. Tu pun aku nak share dengan korang since berkaitan dengan medical card, and penting!

So hari ni aku nak share pasal Malaysian Street kat HCM city ni. Mostly sape yang pernah survey atau pegi HCM city kompem akan pegi kat sini. Macam aku cakap kat posting tajuk tu, dia macam syurga shopping. Macam pasar malam yang cool & murah nak mampos.

Murah macam mana murah? Bagi aku rakyat marhaen yang tak berapa nak mewah ni, memang murah gila la. Biasanya yang femes kat sana brand yang tak mampu milik kat Malaysia lah macam Ariani, Siti Khadijah, Duck, Naelofar & Bokitta. Sumpah, murah gila.


Aku pegi sana 4 hari. Hotel aku dekat je dengan Malaysian Street ni so tiap malam aku mesti pegi sampai dah tak tahu nak beli apa. Aku paksa ijam teman kan aku jugak. So apa yang menarik? Jom aku share :


  • waktu niaga-  dia bukak pukul 8 malam sampai 11 malam. Depends pada kedai mana. Ada kedai tu dia bukak sampai 12 malam, ada tu sharp dah tutup. Aku masa pukul 7 lebih macam tu, terkejut nak mampus depa jenis bawak kemah putih tu untuk pacak buat kemah niaga depa. Sambil tak pakai baju, terus bukak kemah. Macam apa kau tahu, macam orang tengah nazak,  ko nak bagi CPR, rushing macam tu. Sampai aku nak record pun tak sempat & kena tolak tepi sebab nak bagi laluan. Fuh. Dasat.  Kat street tu memang kawasan dorang berniaga. So bila dah pukul 10 malam macam tu lagi lah best gila sebab ada tu semua dia bagi murah gila. Kau tinggal sedia duit. 



  • languange - Mostly semua cakap melayu je. Sebab tu aku cakap macam pasar malam. Sama je macam kat Malaysia. Mostly tempat yang aku pegi kat HCM semua pandai cakap melayu since most of the tourism datang dari Malaysia. 
  • duit - Aku belanja kat sana semua pakai RM je. Aku tukar Dong dalam 1 juta lebih, tapi shopping aku habiskan duit RM dulu. Walawei, sekejap je habis dah duit sebab kau beli macam tak ingat dunia. Syaitan nafsu horay horay. Dah habis duit RM baru aku belanja pakai Dong. Debit/Credit boleh je pakai tapi cas mahal lah. Tapi be careful! Kau jangan sesekali tunjuk kau banyak duit, nanti kena tipu & rompak. 
  • harga- berkali kali ganda murah. Contoh kat Malaysia Ariani tu beratus ringgit, kat sana kau boleh dapat dalam RM 20 untuk latest design macam tu. Kualiti, bagi aku sama je. Depends lah. Tapi kena pandai cari kedai jugak sebab ada tu aku compare design sama, harga beza. Kena rajin survey & compare. Mostly ramai hunting for telekung SK. Murah nak mati. Kain pun not bad. Dia macam nilah, kalau kau mampu nak pakai yang original, go for it. Macam aku, aku suka both. Jenama & kualiti. So suka hati akulah nak beli yang mana. Haha. Ramai shopper borong sana & jual sini, so aku taulah berapa harga sebenar kalau seller selain physical store jual. Opss.Harga yang niaga kat atas jalan tar lagi murah compare to yang dekat kemah. And kalau korang nak borong kain cotton pun murah nak mampus kat sana. Aku beli 2 kain japanese cotton & english cotton dapat dalam RM 20 ringgit je. Mana aku tak happy. Semua aku borong. 




  •  makan- Kat kawasan sini je yang ada makanan halal. Dan harga dia mahal gila. Pasal makan nanti aku share lebih ok. Duit aku banyak habis kat sini. Which is rasa dia tak sedap mana compare to Malaysia tapi sebab dah kebulur, aku bedal jela. 



  • kopi- Korang wajib try! Sedap gila. Hari-hari aku minum sebab sedap gila. Harga RM3. Tapi kau kalau nak beli tengok lah dulu seller yang mana. Ada tu, susu semata, tak piaw. Aku recommend ada kakak cantik yang jual kopi ni ramai beli kat dia sebab sedap dia buat. 




Tapi  dalam banyak yang best tu, ada benda yang korang kena hati-hati. Jangan kena sampuk shopping sampai leka. Mana-mana kita pegi pun make sure your safety is your priority.

  • bag jangan leka. Silang atau back pack letak belakang. Tak pun kau letak lock je. Tapi leceh. 
  • barang kemas jangan pakai. 
  • jangan tawar menawar kalau tak nak beli
  • kalau nak beli, kau tawar sampai bankrap. Tawar bagi murah terus. 
  • jangan tunjuk kau banyak duit depan seller kat sana. Kena kencing je. Tak pun, dia tarik je wallet kau
  • nak makan, pastikan yakin dia halal. Kalau kau rasa dia was-was tak payah lah kau makan/minum. Islam tu mudah. Jangan rumitkan.  

Nanti aku sambung sesi ke 3 kat tempat lain pulak. Mehla baca pengalaman aku travel HCM kat Sini jugak. Bye!

Saturday, August 24, 2019

Tips & Pengalaman : Ho Chi Minh, Vietnam 2019 (Sesi 1)

Assalammualaikum,

Hai. Last week aku join trip company husband aku pegi Ho Chi Minh. Iaitu orang kata syurga shopping. Lama pulak aku pegi, seminggu. Orang tanya buat apa lama-lama kat sana bukan ada apa pun. So, aku share berbaloi ke tak stay lama kat sana & apa aku buat.


  • Flight
Aku naik Malindo Air. Oh, aku lagi suka naik Malindo sebab leg space dia lagi luas compare to Air Asia. Ekonomi Malindo Air lagi selesa, kaki aku luas nak buat apa, aisle dia pun selesa cuma, makanan tak banyak pilihan, dan bila dia landing, kasar gila. 

Aku naik AA pegi Melbourne last year macam nak patah kaki aku tahan 7 jam. KL-HCM dalam 2 jam macam tu. Depends bajet masing-masing. Asalkan sampai. 

Aku bertolak pukul 2.15 petang macam tu, sampai dalam pukul 4.20 petang. HCM awal sejam dari waktu Malaysia. Oh ye, jangan lupa korang solat jamak dulu sebelum boarding, nanti senang boleh horey-horey tak kelam kabut. 

  • Hotel


Aku stay dekat hotel area District 1. Nama dia Hotel Blessing Central.  Jalan kaki nak ke Malaysian Street. Ape ada kat Malaysian Street ni. Nanti aku story lebih. Hotel ni aku tengok dekat Booking. com quite murah jugak include breakfast. 

1 malam dalam RM80 macam tu sekali dengan breakfast lah. Korang kena rajin lah riki tengok mana lagi berbaloi. Sebab aku pegi ni ibarat redah punya travel, so kitorang tak kisah pun tido kat mana as long as ada private bathroom. Aku jenis tak kisah. 

Kalau agak korang nak yang mewah mahal, search lah hotel lain. Gambar lain dalam bilik hotel & sekitar hotel aku tak sempat nak amik sebab penat sangat. 

Sampai dari airport, terus cari bas, google cakap nak pegi hotel ni. Dah sampai nanti dia bagitau suruh turun. Kitorang pakai waze je cari location hotel. Fuh. Mencabar. 1 kepala tambang naik bas aku tak ingat berapa sebab aku tengah asyik tengok suasana negara orang. 

Kiblat, ko boleh guna Qiblat finder. Sekarang zaman teknologi semua tekan je kat henpon. Cuma ruang dalam bilik yang aku stay ni sangat sempit. Dengan luggage lagi, pandai la korang susun untuk selesa. Oh ya, katil dia keras. Jangan jadi macam aku, lompat lah nak baring dah penat jalan kaki cari hotel, sekali bomb, keras nak mampus. 

  • Simkad
Ni tak payah risau. Keluar airport terus nampak kedai kiosk yang jual. 1 sim dalam 40k Dong bersamaan lebih kurang RM7 macam tu. Tapi aku stay 5 hari sana tak habis pun data melainkan kau tengok Youube lah. Tapi mostly aku tak guna sangat sebab pakai wifi je. 

  • Makan
Dekat sini, sangat susah nak dapat makanan halal. Yang senang cuma dekat Malaysian Street je. Tapi jangan expect macam dekat malaysia lah. Dah dapat yang halal kira bersyukur. Aku dah lapar, ape pun aku balun asalkan halal.

Kedai ala-ala 7E dorang dipanggil Circle K. Kat situ, boleh lah kau cari makanan atau minuman yang kau nak. Harga, lebih kurang sama dengan Malaysia. Opss, jangan lupa cari yang ada Halal logo ya. Susah. Aku pegi, ada 1 section je yang dia asingkan itupun so so je. So rajin kan lah diri baca list ingredient. 

Islam tu mudah. Kalau rasa was-was, jangan makan/minum terus. 

  • Accessibility 
Kebanyakan kitorang pegi jalan kaki je. On waze, pastu redah. Jangan risau ko takkan sesat. Follow je waze jalan kaki tu. 

Kalau nak pegi jauh sikit, naik bas tapi kena study dulu route dia sebab bas jalanan dia tak masuk kawasan yang penuh dengan tourist hotel.

  • Persekitaran
Sorry to say, aku tak berapa nak into sangat dengan keadaan persekitaran sekitar bandar HCM ni. Sebab bagi aku, bersyukur gila kita duduk Malaysia. Sini transport dia mostly pakai motor je. Grab pun pakai motor. So, faham jelah macam mana. Kalau boleh, pakai mask sebab dorang pun mostly pakai mask. 

Aku suka toilet dia. Mana aku pegi toilet agak bersih compare to Malaysia. Yang aku kagum, aku pegi Sungai Mekong pun jamban dia still ok. Kalau dekat Malaysia, kau boleh kira ada 10 jamban, berapa je yang boleh pakai. 

  • Safety
Masa nak lintas jalan, lintas dekat zebra line. Siapa pernah pegi, tau jelah. Tak macam kat malaysia. Kat sini aku macam lipas kudung, bila tengah dorang stop, lari jangan terkedek-kedek jalan nanti dorang redah je. Tapi even dorang bersimpang siur, dorang takkan langgar kau. Dont worry. Melainkan kau berani serah diri masa jalan tengah peak lah. 

Pakai bag silang atau backpack letak depan. Kita travel pegi negara orang ni tak tau jahat ke baik. Untuk safety, secure diri sendiri. Kalau dekat malaysia pun senang nak rompak apetah lagi kita kat negara orang sebagai tourist. 

Jangan main phone! Especially waktu tengah jalan-jalan. Simpan kalau tak nak kena ragut. Sayang lah sikit. Takat nak upload IG FB semua, kemudian lah. 

  • Solat
Most of the community non muslim. So, susah lah nak jumpa masjid atau surau. So sebelum pegi mana-mana, jamak je siap-siap. Atau korang boleh amik tour guide yang islam. Nanti aku cerita lebih. Aku guna Bismillah Tour untuk pakej sungai mekong. Sekali makan siap solat. 

Kalau nak senang, plan la perjalanan korang. Waktu solat boleh semak dekat goggle lah atau apps. Kat HCM waktu lagi awal dari kita. So alertlah. 

  • Duit
Try cari exchange rate yang berbaloi. Aku tukar lebih kurang 1K dapat lah dalam 5 juta Dong macam tu. Untung lah kita. Tapi aku standby duit dalam RM jugak sebab mostly belanja sana semua dalam RM. Memang miskin aku balik Malaysia. 

Kalau nak pakai debit pun boleh tapi cas 4%. Make sure korang aktifkan pengeluaran luar negara. Aku tak buat pun sebab malas singgah bank. 


Oklah. Nanti aku sambung Sesi 2. Ok bye. 

Tuesday, November 26, 2013

FOOD REVIEW : Lighthouse Cafe

Assalammualaikum..

   Hai! Aku kembali lagi nak review lagi 1 coffee shop yang ada kat penang. Hari tu aku dah review 1 coffee shop kat sini. So korang kalau nak pegi sana boleh lah try minum coffee kat sini. Korang boleh rasa experience minum coffee kat lain lain tempat & persekitaran. Cewah.

    Mula-mula aku sampai penang dengan kosmate & lecturer aku, petang tu terus kitorang buat coffee hopping cari lighthouse coffee shop ni. Pakai waze lagi. Nasib baik jalan kat penang tu mostly pusing-pusing kat situ jugak kau jalan. Kira tak lah penat sangat.

 


aku suka stick note ni

coffee list



Jom tengok coffee & makanan yang kitorang order

hot cappucino


cold hazelnut mocha









scramble egg & smoked salmon


Menyelerakan tak tengok? Sedap. Bagi aku rasa semua sedap haha. Kalau datang penang jangan lupa singgah sini juga ya. 


Service : 5/5
Food : 4/5
Beverages : 5/5
Environment : 4/5
Staff : 5/5

Lighthouse Cafe,Penang
 Logan Heritage Building, No 4 Bishop Street,, 10300 Georgetown, Penang, Malaysia
Tuesday 9:00 am – 8:30 pm




Friday, November 15, 2013

FOOD REVIEW : The Mugshot Cafe, Penang

Assalammualaikum..

    Hai semua. Weekend minggu lepas aku pegi penang. Ada trip untuk coffee hopping bersama kosmate aku yang lain. Best gila sebab aku 1st time pegi pulau pinang. Jakun tak aku? Kan. Jakun sebab 1st time dapat lalu atas jambatan pulau pinang tu ha. Noob gila weh.

    Kat sana aku banyak jumpa benda yang menarik. Macam cafe-cafe yang unik sebenarnya yang ada kat sana. Dan yang paling aku eksited bila dapat jumpa street art yang femes orang duk promote tu. Best gila. Kreatif & unik sangat. Ok jom aku share experience aku breakfast kat cafe mugshot ni.

Cold Cappucino
yogurt with mango and walnut
    Yang aku suka, gelas ke bekas dia letak air ni. Unik!

Hot Cappucino


black coffee



turkey & ham bagel with cranberry sauce

     Roti dia super sedap! Terasa kerangupan poppy seed tu ha.



   Ada lagi bagel lain macam cream cheese, corn beef. Aku rasa semua. Semua sedap! Rugi kalau korang tak rasa sekali hehe. Apa yang aku suka pasal cafe ni dia punya suasana. Nampak macam sempit tapi selesa je. Meh aku share gambar










Paling aku suka siap ada tempat untuk amik gambar lagi. Kretif






    Korang try la pegi. Best.

Service : 5/5
Food : 5/5
Beverages : 4/5
Environment : 4/5
Staff : 5/5

The Mugshot Cafe
302, Lebuh Chulia, George Town, Penang.
Hours: 8am-9pm (Daily)

Saturday, September 28, 2013

FOOD REVIEW : Jco Donut & Coffee

Assalammualaikum..

    Hai! Lama rasanya tak buat food review. Ok lah semalam aku pegi JJ Cheras Selatan tu. Yang kat balakong tu. Aim aku memang nak buat coffee hooping. Konon macam try kafe yang aku tak pernah try lagi selama ni. Almaklumlah semenjak belajar makanan ni semua benda aku nak try.

   Jom aku review


Nama Minuman : Caramello
Saiz : 10 oz
Harga : RM 10.50



Harga : RM 2.50 (sebiji)

   Donut dia sedap. Lagi fluffy dari Big Apple. Yang best nya Jco ni ada lagi banyak variety minuman dia. Korang boleh pilih macam macam. Tapi bagi aku air kat Big Apple lagi sedap. Aku try lah caramello tapi aku tak berapa suka sebab terlalu rasa caramel. So aku rasa muak. Yang lain ok lah. Kedai dia best, selesa je.

hai!

Overal : 5/5
Tax Charge : RM 0.93

Sunday, January 27, 2013

Coral Wonderland Melaka & Kedai Makan Paling Tak Bersih Di Dataran Pahlawan,Melaka

Assalammualaikum..

    Hai semua. Rindu nya nak update blog. Dapat jugak. Masa cuti Maulidur rasul abah bawak aku & adik2  pegi Melaka. Kebetulan akak aku balik. Mula2 pegi Taming Sari. 2nd time aku naik benda tu still aku gayat bagai nak gila. 1st time aku naik pegi dengan kawan2 aku. Aku memang tersangat takut pada ketinggian. Gayat gila. Even bangunan sekolah & shopping mall yang 4 tingkat pun aku tak berani nak pandang bawah. Seram. Tak boleh masuk Fear Factor ni.

   
the worst muka i guest. Time ni benda tu tengah naik. Scary



muka try jelly rumpai laut. Best!

Then lepas tu pegi pulak jalan2 Dataran Pahlawan nak makan. Aku pegi makan kat food court kat situ. Know what, that was the worst food court i ever had. Tahu kenapa? Tengok bawah ni punye gambar



  1. bakul makanan bersawang
  2. jantung ayam tak dibuang
  3. servis lambat sangat2.
  4. dapur tersangat bersepah
  5. mahal sangat2 - nasi tak sampai separuh penuh 1 pinggan RM2.50
  6. ayam hangus,tak masak & hangit
   Nasib baik lah aku tak order kat kedai tu. Kesian kat abang ipar aku,akak,adik & abah sebab tunggu lama gila nak makan. Dahlah tengah lapar sangat. Nak tak nak makan ajelah. Pakcik belakang aku siap sampai terlelap tunggu makanan dia sampai. Masa aku amik gambar ni semua pakcik tu tanya mama "kenapa?". Then ma tunjuk semua ni. Pakcik tu jawab balik "tak senonoh punya kedai. Pengotor!". Dan aku rasa budak kedai tu perasan. Biarkan. Tak haga langsung sensitiviti customer. Abang ipar aku sampai nak termuntah kot. Taubat tak jejak dah makan kat situ.

    Bila dah kecewa tu terus pegi coral wonderland kat Carrefour tingkat 4. Harga dia sorang RM 30. Tapi abah amik pakej family dapat RM205. Actually quite expensive tapi dah alang2 sampai jauh2 masuk ajelah. 

    Dah masuk dalam aku sangat2 teruja! Sebab dia ada touch area untuk kita pegang hidupan2 laut dalam sendiri. Sumpah best gila. 



    
    


teruja gila abah & ma pegang tapak sulaiman
eel section. Comel kan belut2 tu semua


stonefish.The most poisonous fish in the world.  



   Dah nak balik dah. Bes jugak duduk dalam tu. Berbaloi lah bayar mahal. Dia ada kasi kuiz kat kita suruh jawab. Bagus sebab dia suruh kita cari & baca fakta2 kat situ. Then nanti dapat keychain & kalendar. Oklah tu dari tak dapat apa2 kan. Bukan takat amik gambar & tengok2 je. The best thing is ada tempat duduk2 & explanation tentang semua hidupan kat situ. Seronok.

    Last but not least, tak rugi pegi. Teruja sangat.


ok bye

p/s : pagi tadi blog aku diserang komen anon lucah. Yang sangat lucah. Kat shoutbox pun dia ada tinggal jejak. Kalau korang rajin tengoklah. Nightmare gila 2 tahun berblog baru timbul anon tu. Lucah amat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini