Monday, February 8, 2021

Pengalaman Gigi Karat- Scaling Gigi Paling Best & Tips Scaling Gigi

 Assalammualaikum.

Hai semua. Lama gila aku tak bersiaran. Maklumlah kehidupan semakin sibuk. Aku nak share pengalaman aku pegi scaling gigi. Syok gila wei. Actually, to be honest aku dah lama tak scaling gigi bertahun-tahun since past 5 years or more! Sebab aku takut sakit. 

Walaupun aku lama gila tak scaling gigi, aku tetap jaga gigi aku ok. Nak kata karang gigi aku banyak sangat sampai tebal membukit tu tak la tapi ada. Dah dapat kesedaran nak pegi scaling dah masa umur meningkat ni. Aku pun tak tau kenapa boleh berani nak pegi scaling gigi tiba-tiba. 




So aku nak share pengalaman aku scaling gigi & tips masa scaling sekali. Pengalaman aku ni picisan je, tapi maklumlah sebab dalam otak fikir sakit, so aku tak pegi. Sampai lah aku pegi beranikan diri buat scaling. Sumpah tak sakit. Ngilu je. Tu pun beberapa saat je. 

Luckily aku pegi klinik memang indah gila. Dengan tak ada orang, walk in terus buat. Waiting time less than 5 minutes. Tapi depends klinik yang korang pegi jugakla ya. Lain klinik lain lah pengalaman dia. Klinik aku pegi best gila. Nama dia Klinik Pergigian Sungai Abong

Masa aku buat lebih kurang dalam 30 minit kot sekali polishing. Sebelum tu aku tanya doktor, sakit ke tak sebab kalau berkaitan gigi ni aku scary sikit. Kalau sakit, bagitau doktor nanti dia bagi ubat kurangkan sensitif gigi. Sebab karang gigi aku tak banyak sangat. Kalau yang jenis banyak tu makanya lama lagilah. Masa dia buat tu tak sakit cuma ngilu. Ya, sangat ngilu sebenarnya tapi kejap je. Ngilu masa bersihkan je tu pun kat sesetengah gigi je. Chill. 

Lepas dalam 15 minit scaling, doktor suruh kumur dulu, ada darah tu biasa tapi sikit je. Pastu sambung balik. Aku siap nak tertido layan scaling gigi. Nasib baik tak berdengkur. Lepas scaling dah siap, dia polish gigi kau. Time ni best gila. Rasa kilat je gigi. Syok. Pastu kumur lagi. Pastu siap!

Oh ya, total payment RM80 tak silap. Depends on klinik jugak. Nak murah pegi Klinik Gigi kerajaan tapi time PKP tak taulah ada buat ke tak yang penting kena buat appointment dulu. 

So al kisah lepas aku buat scaling, aku pegi cari dental floss. Untuk kegunaan daily, untuk cabut/hilangkan lebihan makanan yang terselit kat celah gigi tu lepas makan. Nak depends on berus gigi ke memang tak lah. Selama ni aku tak pernah pakai & wondering benda apa yang depa dok pakai kat gigi tu penting ke. Lol.



Aku pakai jenis atas ni. Nak pakai jenis yang benang tu pun boleh jugak. Terpulang janji floss. 

So another 6 months kenalah follow up balik. Gigi kena check at least 6 bulan sekali. Dah tua-tua ni baru sedar nak jaga gigi. Maklumlah, gigi tinggal sikit sayang nak buang kalau rosak nanti. So, go get your appointment for scaling peeps. Lepas ni aku share pulak pengalaman aku buat Root Canal Treatment yang macam-macam benda jadi. 


Tips nak scaling gigi tak ada sangat pun. General. Kau kena :

  • gosok gigi atau kumur mulut sebelum datang jumpa dentist. Nanti dentist terkejut
  • Survey dulu harga. Setiap klinik roughly berbeza harga
  • Inform doktor kalau kau fobia atau rasa was-was. Nanti doktor akan confort, inshaallah kalau dia rajin layan
  • lepas scaling, selfie!

Bye!

Saturday, November 9, 2019

Halo Food Delivery : Food Delivery Paling Top Di Johor


Assalammualaikum

Hai. Hari ni terasa nak update pasal service food delivery yang aku selalu guna dekat sini, Muar. Aku tak sure service ni ada sampai kat tempat korang ke tak. Tapi yang pasti, sangat best & patut aku gunakan dengan kemalasan aku yang berganda.

Selalu aku kalau malas, aku akan guna service HALO.COM ni. Meh aku share kenapa kena guna service ni :



  • convenience
senang nak reach. Aku boleh order bila-bila masa. Boleh pilih masa yang kau nak. Dia ada last service time dia bile. So, anytime je kalau kau lapar, on.
  • murah 
 bagi aku lagi murah dari Grab Delivery & Food Panda. Opss.

  • cepat         
aku selalu advance booking. Balik keje terus ada depan rumah atau terus sampai. 

  • food quality best 
even kedai pilihan aku jauh dari rumah, makanan sampai kat aku still fresh & panas. Sama jugak kalau aku order Tealive. Sampai still fresh. 

  • COD Cash  
Ni salah 1 kelemahan dia la kot tak provide online banking. Dia buat COD  je

  • food tracking 
kau boleh track rider kau dekat mana, makanan kau dah siap ke tak untuk dihantar. 


Tapi aku tak sure kat negeri lain ada ke tak. Yang aku sure area Muar & Melaka dah meluas. So apa lagi pegilah install apps! Senang je. Cara nak guna Apps ni :

  1. Install Apps Halo. Com dekat Google Play atau pun Apple Store 
  2. Sign up atau Sign In
  3. Pilih Date & Masa yang korang nak 
  4. Pilih Kedai
  5. Add to Cart
  6. Proceed
  7. COD
  8. Done
So mana-mana orang Muar atau Melaka kalau nak tengok kedai mana atau francais mana yang dia cover boleh la korang tengok sambil-sambil dekat Facebook Halo. Selamat menggunakan!

Saturday, October 12, 2019

Tips & Pengalaman : Malaysian Street- Syurga Shopping -Pasar Malam Murah & Cool 2019 - (Sesi 2)

Assalammualaikum,

Hai. Lama pulak aku nak amik masa update second session pegi HCM city. Aku baru lepas naik cuti sakit hari tu, so delay lah. Tu pun aku nak share dengan korang since berkaitan dengan medical card, and penting!

So hari ni aku nak share pasal Malaysian Street kat HCM city ni. Mostly sape yang pernah survey atau pegi HCM city kompem akan pegi kat sini. Macam aku cakap kat posting tajuk tu, dia macam syurga shopping. Macam pasar malam yang cool & murah nak mampos.

Murah macam mana murah? Bagi aku rakyat marhaen yang tak berapa nak mewah ni, memang murah gila la. Biasanya yang femes kat sana brand yang tak mampu milik kat Malaysia lah macam Ariani, Siti Khadijah, Duck, Naelofar & Bokitta. Sumpah, murah gila.


Aku pegi sana 4 hari. Hotel aku dekat je dengan Malaysian Street ni so tiap malam aku mesti pegi sampai dah tak tahu nak beli apa. Aku paksa ijam teman kan aku jugak. So apa yang menarik? Jom aku share :


  • waktu niaga-  dia bukak pukul 8 malam sampai 11 malam. Depends pada kedai mana. Ada kedai tu dia bukak sampai 12 malam, ada tu sharp dah tutup. Aku masa pukul 7 lebih macam tu, terkejut nak mampus depa jenis bawak kemah putih tu untuk pacak buat kemah niaga depa. Sambil tak pakai baju, terus bukak kemah. Macam apa kau tahu, macam orang tengah nazak,  ko nak bagi CPR, rushing macam tu. Sampai aku nak record pun tak sempat & kena tolak tepi sebab nak bagi laluan. Fuh. Dasat.  Kat street tu memang kawasan dorang berniaga. So bila dah pukul 10 malam macam tu lagi lah best gila sebab ada tu semua dia bagi murah gila. Kau tinggal sedia duit. 



  • languange - Mostly semua cakap melayu je. Sebab tu aku cakap macam pasar malam. Sama je macam kat Malaysia. Mostly tempat yang aku pegi kat HCM semua pandai cakap melayu since most of the tourism datang dari Malaysia. 
  • duit - Aku belanja kat sana semua pakai RM je. Aku tukar Dong dalam 1 juta lebih, tapi shopping aku habiskan duit RM dulu. Walawei, sekejap je habis dah duit sebab kau beli macam tak ingat dunia. Syaitan nafsu horay horay. Dah habis duit RM baru aku belanja pakai Dong. Debit/Credit boleh je pakai tapi cas mahal lah. Tapi be careful! Kau jangan sesekali tunjuk kau banyak duit, nanti kena tipu & rompak. 
  • harga- berkali kali ganda murah. Contoh kat Malaysia Ariani tu beratus ringgit, kat sana kau boleh dapat dalam RM 20 untuk latest design macam tu. Kualiti, bagi aku sama je. Depends lah. Tapi kena pandai cari kedai jugak sebab ada tu aku compare design sama, harga beza. Kena rajin survey & compare. Mostly ramai hunting for telekung SK. Murah nak mati. Kain pun not bad. Dia macam nilah, kalau kau mampu nak pakai yang original, go for it. Macam aku, aku suka both. Jenama & kualiti. So suka hati akulah nak beli yang mana. Haha. Ramai shopper borong sana & jual sini, so aku taulah berapa harga sebenar kalau seller selain physical store jual. Opss.Harga yang niaga kat atas jalan tar lagi murah compare to yang dekat kemah. And kalau korang nak borong kain cotton pun murah nak mampus kat sana. Aku beli 2 kain japanese cotton & english cotton dapat dalam RM 20 ringgit je. Mana aku tak happy. Semua aku borong. 




  •  makan- Kat kawasan sini je yang ada makanan halal. Dan harga dia mahal gila. Pasal makan nanti aku share lebih ok. Duit aku banyak habis kat sini. Which is rasa dia tak sedap mana compare to Malaysia tapi sebab dah kebulur, aku bedal jela. 



  • kopi- Korang wajib try! Sedap gila. Hari-hari aku minum sebab sedap gila. Harga RM3. Tapi kau kalau nak beli tengok lah dulu seller yang mana. Ada tu, susu semata, tak piaw. Aku recommend ada kakak cantik yang jual kopi ni ramai beli kat dia sebab sedap dia buat. 




Tapi  dalam banyak yang best tu, ada benda yang korang kena hati-hati. Jangan kena sampuk shopping sampai leka. Mana-mana kita pegi pun make sure your safety is your priority.

  • bag jangan leka. Silang atau back pack letak belakang. Tak pun kau letak lock je. Tapi leceh. 
  • barang kemas jangan pakai. 
  • jangan tawar menawar kalau tak nak beli
  • kalau nak beli, kau tawar sampai bankrap. Tawar bagi murah terus. 
  • jangan tunjuk kau banyak duit depan seller kat sana. Kena kencing je. Tak pun, dia tarik je wallet kau
  • nak makan, pastikan yakin dia halal. Kalau kau rasa dia was-was tak payah lah kau makan/minum. Islam tu mudah. Jangan rumitkan.  

Nanti aku sambung sesi ke 3 kat tempat lain pulak. Mehla baca pengalaman aku travel HCM kat Sini jugak. Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini