Monday, February 8, 2021

Pengalaman Gigi Karat- Scaling Gigi Paling Best & Tips Scaling Gigi

 Assalammualaikum.

Hai semua. Lama gila aku tak bersiaran. Maklumlah kehidupan semakin sibuk. Aku nak share pengalaman aku pegi scaling gigi. Syok gila wei. Actually, to be honest aku dah lama tak scaling gigi bertahun-tahun since past 5 years or more! Sebab aku takut sakit. 

Walaupun aku lama gila tak scaling gigi, aku tetap jaga gigi aku ok. Nak kata karang gigi aku banyak sangat sampai tebal membukit tu tak la tapi ada. Dah dapat kesedaran nak pegi scaling dah masa umur meningkat ni. Aku pun tak tau kenapa boleh berani nak pegi scaling gigi tiba-tiba. 




So aku nak share pengalaman aku scaling gigi & tips masa scaling sekali. Pengalaman aku ni picisan je, tapi maklumlah sebab dalam otak fikir sakit, so aku tak pegi. Sampai lah aku pegi beranikan diri buat scaling. Sumpah tak sakit. Ngilu je. Tu pun beberapa saat je. 

Luckily aku pegi klinik memang indah gila. Dengan tak ada orang, walk in terus buat. Waiting time less than 5 minutes. Tapi depends klinik yang korang pegi jugakla ya. Lain klinik lain lah pengalaman dia. Klinik aku pegi best gila. Nama dia Klinik Pergigian Sungai Abong

Masa aku buat lebih kurang dalam 30 minit kot sekali polishing. Sebelum tu aku tanya doktor, sakit ke tak sebab kalau berkaitan gigi ni aku scary sikit. Kalau sakit, bagitau doktor nanti dia bagi ubat kurangkan sensitif gigi. Sebab karang gigi aku tak banyak sangat. Kalau yang jenis banyak tu makanya lama lagilah. Masa dia buat tu tak sakit cuma ngilu. Ya, sangat ngilu sebenarnya tapi kejap je. Ngilu masa bersihkan je tu pun kat sesetengah gigi je. Chill. 

Lepas dalam 15 minit scaling, doktor suruh kumur dulu, ada darah tu biasa tapi sikit je. Pastu sambung balik. Aku siap nak tertido layan scaling gigi. Nasib baik tak berdengkur. Lepas scaling dah siap, dia polish gigi kau. Time ni best gila. Rasa kilat je gigi. Syok. Pastu kumur lagi. Pastu siap!

Oh ya, total payment RM80 tak silap. Depends on klinik jugak. Nak murah pegi Klinik Gigi kerajaan tapi time PKP tak taulah ada buat ke tak yang penting kena buat appointment dulu. 

So al kisah lepas aku buat scaling, aku pegi cari dental floss. Untuk kegunaan daily, untuk cabut/hilangkan lebihan makanan yang terselit kat celah gigi tu lepas makan. Nak depends on berus gigi ke memang tak lah. Selama ni aku tak pernah pakai & wondering benda apa yang depa dok pakai kat gigi tu penting ke. Lol.



Aku pakai jenis atas ni. Nak pakai jenis yang benang tu pun boleh jugak. Terpulang janji floss. 

So another 6 months kenalah follow up balik. Gigi kena check at least 6 bulan sekali. Dah tua-tua ni baru sedar nak jaga gigi. Maklumlah, gigi tinggal sikit sayang nak buang kalau rosak nanti. So, go get your appointment for scaling peeps. Lepas ni aku share pulak pengalaman aku buat Root Canal Treatment yang macam-macam benda jadi. 


Tips nak scaling gigi tak ada sangat pun. General. Kau kena :

  • gosok gigi atau kumur mulut sebelum datang jumpa dentist. Nanti dentist terkejut
  • Survey dulu harga. Setiap klinik roughly berbeza harga
  • Inform doktor kalau kau fobia atau rasa was-was. Nanti doktor akan confort, inshaallah kalau dia rajin layan
  • lepas scaling, selfie!

Bye!

2 comments:

  1. Perkongsian mantap!!! Mucho gracias, Jiha.

    ReplyDelete
  2. bila dah buat scaling mesti rasa bersalah & rasa tak best bila dh lama x buat... mula rasa gigi byk karang padahal tak pun.. gitu la perasaan dia...

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini